31 October 2013

Renungan bersama.."-)

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Renungan bersama.."-)

KISAH kita mungkin berBEZA,,
CERITA kita mungkin tak sama..

KeSEDIHANmu mungkin tak dapat kuSELAMI,,
KeSEDIHANku jua mungkin tak dapat kau FAHAMI..

Namun,,
TUHAN kita SATU..ALLAH,,
IMAM kita SAMA..Nabi MUHAMMAD s.a.w,,
AGAMA kita SERUPA..ISLAM..

Jadi,,
Walaupun UJIAN kita tak SERUPA,,
KATA-KATA PERINGATAN dan NASIHATnya
tetap tak berBEZA,,
Dan KEMAHUAN kita juga tetap SAMA,,
Iaitu RAHMAT dan REDHA-NYA..

[@Solehi Aljerusi]
 

Resepi mee ketam istimewa

share dari link fb ~Buku Resepi

Resepi mee ketam istimewa
Oleh:WanShila Wan Hasan

1 labu bwg merah
3 ulas bwg putih
1 inci halia muda
2 biji cili merah
# bahan2 di atas diblend dan tumis

1kg mee dicelur air panas dan toskan
3 ekor ketam dibersih dan dipotong 2
2 biji telur 
2 biji tomato di blend
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
2 kiub ayam
sayur sawi, 
carrot
Fish cake (tambah jika suka)
1 liter air
sedikit tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

Hiasan
Cili hijau dan merah dimayang
daun sup dan daun bawang 
Bawang goreng
Limau sambal
taugeh jika suka 

Cara buat:
Tumis bahan blend. Masukkan air 1 liter. Bila dah mendidih masukkan semua sos, tomato yg diblend serta carrot. Masukkan kiub ayam.Setelah mendidih masukkan ketam dan fish cake dan biarkan seketika. Kemudian masukkan telur (terpulang samada nak pecahkan atau biarkan ajer..saya tak pecahkan). Last sekali masukkan sayur sawi dan bancuhan tepung jagung. Tambah garam jika perlu. Dah siap boleh angkat dan hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng, cili hijau dan merah, taugeh serta perahan limau. 

Selamat mencuba menjamu selera!!
 

Fruit Tart

share dari link fb ~Buku Resepi

Fruit Tart 
Oleh: Puspa Wangi
cc : www.facebook.com/bukuresepi 
BAHAN2 PASTRY:-
113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
BAHAN2 KRIM PASTRY:-
150 ml susu segar
2 biji telur
8 sudu gula halus
2 sudu tepung gandum*
2 sudu tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla
130 gram butter yg dicairkan

1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
2. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
3. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
4. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan.
UNTUK CUSTARD
1. satukan tepung gandum,tepung jagung,gula bersama 3 sudu susu di dalam sebuah mangkuk.
2. kemudian pecahkan 2 biji telur dan kacau bersama campuran td. setelah itu masukkan baki susu dan kacau.
3. Tuang ke dalam periuk. Masak di atas api yg sgt perlahan. Jangan berhenti mengacau menggunakan whisker.
4.dia akan memekat secara perlahan2. setelah pekat, kacau selama 2 minit lg, tutup api dan sejukkan. Masukkan juga satu sudu kecil esen vanilla dan kacau. Kemudian biarkan menyejuk di dalam petii sejuk.
5. setelah pastry dan custard sejuk, boleh mula mengisi custard di dalam pastry. gunakan piping bag utk. kemudian hiaslan buah pilihan anda.

Selamat mencuba! 
 

PUDING TEMBIKAI

share dari link fb ~Buku Resepi

PUDING TEMBIKAI
Oleh:Suhaila Ainis

BHN-BHN
5 kpg roti xksh jnama ape diracik-racik dan ketepikan
25 g agar-agar tali
5 cwn air
11/2 cwn gula
1 cwn susu pekat
11/2 cwn susu cair
pewarna merah,hijau,kuning pn blh kalau nk wat tembikai kuning..ikt suka
2 sdb planta@marjerin
1 sdt vanilla esen
sdkt cincau utk buat biji tembikai

CARA-CARA
1.Cincau dicincang biar jd kiub dan ketepikan.
2.Masak agar-agar bersama air sampai larut dan masuk gula.Kacau sebati.
3.Kemudian masukkan susu pekat,susu cair dan planta.Kacau biar betul-betul sebati dan padamkan api.
4.Ambil separuh adunan dan kisar bersama roti yang dracik td.Kisar sampai halus dan letak esen vanila.
5.Masukkan kesemua bhn yg dkisar ke dalam periuk td dan hidupkan api semula.Kacau sebati.
6.Sendukkan sedikit dan letak pwarna hijau utk dijadikan kulit.Kemudian masukkan dalam loyang dan sejukkan seketika.Tapi jangan telampau keras,nanti lapisan ke 2 x lekat.
7.Agak-agak keras terus msk adunan ke 2 iaitu wane natural.Sendukkan sikit je dan jangan tlalu tebal.
8.Baki adunan ltk wane merah @ kuning d atas lapisan natural tadi.Kemudian tabur cincau yang d cincang tadi
9.Sejukkan dan sedia utk d makan.

RENUNGAN: WALAU SEHEBAT MANA KITA SEKALIPUN


shared Bicara Hidayah's status.  
RENUNGAN: WALAU SEHEBAT MANA KITA SEKALIPUN 

- Seseorang yang terukir senyuman manis di wajahnya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian hatinya terukir dengan kedukaan dan kesedihan

Seseorang yang hilai tawanya menceriakan dan menghiburkan di hadapanmu

Sesungguhnya saat ia bersendirian ia menangis keseorangan memuntahkan segala penderitaan yang menyiksakan

Seseorang yang lidahnya petah berbicara meriuhkan keadaan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian lidahnya sepi membisu membungkam kesepian

Seseorang yang sentiasa memberi kata-kata semangat di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia juga mencari punca menyuntik semangat dan keyakinan

Seseorang yang kelihatan begitu gigih dan sabar di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian ia acap kali terjelepok jatuh tersembam ke bumi dalam mengumpul kekuatan

Seseorang yang meringankan tangan membelanjakan wang sakunya di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian dia akan mengikat perut menyimpan perbelanjaan diri untuk kehidupan

Seseorang yang begitu rasional dalam berdepan sebarang keadaan di hadapanmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian adakalanya emosi mengatasinya di dalam membuat sebarang keputusan

Seseorang yang memberikan segala kudrat tenaga untuk memudahkan urusan harianmu
Sesungguhnya saat ia bersendirian sering kali jasadnya mengeluh dan mengadu kesakitan

Demikianlah kita
Walau sehebat mana di hadapan manusia
Saat kita bersendirian
Kita juga perlukan sokongan
Saat kita memberi harapan
Hakikatnya kita juga inginkan dorongan
Saat kita keseorangan
Kita juga inginkan kekuatan
Kerana kita hanyalah manusia biasa
Punya kekurangan dan kelemahan

Walau sehebat mana kita sekalipun
Kita perlukan ALLAH!

(Artikel iluvislam.com)
________________
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar-Rahman: 60) 
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

Pesanan buat diri: [JANGAN MINTA MATI-andai ditimpa musibah]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Pesanan buat diri:

[JANGAN MINTA MATI-andai ditimpa musibah]

Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati kerana suatu musibah yang menimpa. Jika kamu hendak meminta juga, maka mendoalah sebagai berikut :

"Allahumma ahyini mall kaanatil hayatu khairan Ii, wa tawaffani idza kaanatil wafaatu khairan li."

[Wahai Allah! Panjangkanlah umurku jika umur panjang itu yang lebih baik bagi ku, dan matikanlah aku jika mati itu yang lebih baik bagiku]

[Sahih Muslim,no 2305.]

Aamiin...
 

Pesanan buat diri: SABAR adalah Kunci KEKUATAN Hati]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Pesanan buat diri:

SABAR adalah Kunci KEKUATAN Hati]
Perbanyakkan doa kepada Allah untuk sentiasa
dapat bersabar, mampu bersabar setiap masa..
kuatkan kesabaran dan daya tahan diri.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung [Ali ‘Imran: 173]

لا حول ولا قوة إلا بالله
Tiada Daya dan Upaya Kecuali Dengan Izin Allah.

AAMIIN YA ALLAH..

[MUHASABAH]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

[MUHASABAH]
Ketika hati menjauh daripada Cinta Allah dan enggan mempersiapkan diri untuk 'berjumpa' denganNya, beralih mencintai makhlukNya, senang dengan keindahan duniawi, 
merasa nyaman dengan pesona dunia...

Ketahuilah bahawa....hati itu telah BUTA..
Sesungguhnya..manusia adalah makhluk yang mudah LUPA..
 

[SYUKUR]

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

[SYUKUR]

Dari segi bahasa syukur maknanya PUJIAN.
Yakni pujian apabila mendapat kebaikan atau kelebihan kepadapihak yang memberi kebaikan dengan menyebut kebaikannya. 

Apabila manusia menghargai kelebihan yang ada pada dirinya, maka itulah modal awal untuk bersyukur. Jadi sudah sewajarnyalah manusia bersukur kerana setiap manusia mempunyai kelebihan.

Firman Allah yang bermaksud:'Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan terhitung."

Malah ada yang berasa 'kekurangan' itu juga hakikatnya satu kelebihan sekiranya dibuat perbandingan.

Orang bijaksana sering mengungkapkan:
"SEKIRANYA KAMU MENGELUH TIDAK BERKASUT,
ADA ORANG LAIN YANG TIDAK BERKAKI!"

Untuk merasai kelebihan, pandanglah orang di bawah.

[Pahrol Muhamad Juoi,'Semuanya Soal Hati', ms:341]

29 October 2013

BERSYUKUR DENGAN KEKURANGAN


shared dari link fb ~Bicara Hidayah's status.
BERSYUKUR DENGAN KEKURANGAN 

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (Surah Ibrahim, 7)

Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi ... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kita ... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan. Fiman Allah سبحانه وتعالى:

"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

"After every storm there is a rainbow."
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

Renung-renungkan,

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah Al Anfaal, 46)

Sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Artikel: iluvislam.com
________________
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar-Rahman: 60) 
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

28 October 2013

Mulia Hanya Kerana ISLAM

share dari link fb ~Pearl Yatt Hya
 

♥BismillahirRahmanirRahim♥
(¯`*•.¸♥ Assalaamu'alaikum ♥¸.•*´¯)

 Mulia Hanya Kerana ISLAM 

Hidup mengajari kita utk selalu bersyukur setiap saat,
Mengambil hikmah dalam setiap kejadian,
Dan berusaha utk menjadi yg lebih baik,
Allah maha mengetahui perjuangan yg telah kita lakukan selama ini,
Allah juga mengetahui beratnya usaha kita,
Dan Allah pun tau betapa penat dan lelahnya kita,

Tapi, tetap tersenyumlah....

Krana ternyata bukan hanya senyuman yg akan Allah balas utk kita
Tapi syurga Nya telah menanti bagi orang ~ orang yg mau bersabar selama berjuang dijalan Nya..
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸♥`·.¸.¸¸.•*♥
 

TAUBAT DI PINGGIRAN HATI

share dari link fb ~Bicara Hidayah

TAUBAT DI PINGGIRAN HATI 

- Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini? Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati? Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, “ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus”, seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

“Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati.

Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, “Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali.” Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na’udzubillah!

“Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” (An-Nisaa’: Ayat 27-28)

(iluvislam.com)
________________
“Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan (pula)” (Ar-Rahman: 60) 
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ

Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
Foto Illustrasi: Flickr.com
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ 
Grafiks: bicara.hidayah