24 May 2013

YA ALLAH SINARILAH HATI KAMI DENGAN SINARAN (CAHAYA) PETUNJUK HIDAYAHMU


YA ALLAH SINARILAH HATI KAMI DENGAN SINARAN (CAHAYA)
PETUNJUK HIDAYAHMU

Ya Allah, 
Aku memohon kepadaMu segala kebaikan yang ada pada hari ini, iaitu; kejayaannya, kemenangannya, seri cahayanya, keberkatannya dan hidayahnya. 

Dan aku berlindung denganMu daripada segala keburukan yang ada padanya; dan keburukan hari sebelumnya dan keburukan hari selepasnya.

Ya Allah, 
Sesungguhnya hari ini adalah kejadian yang baru, maka bukakanlah kepadaku pintu ketaatan kepadaMu, sudahkanlah pula ia dengan keampunan dan keredhaan daripadaMu buatku, kurniakanlah daku padanya segala amalan baik yang engkau terima daripadaku, sucikanlah ia, gandakanlah ia untukku. 

Dan seandainya aku melakukan kesilapan padanya, maka ampunilah daku. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dosa, Maha Mengasihani, Maha Penyayag juga Maha Mulia.

Ya Allah, 
Sinarilah hati kami dengan sinaran (cahaya) petunjuk hidayahMu, sebagaimana engkau sinari bumi ini dengan sinaran (cahaya) matahariMu. Selama- lamanya. Dengan rahmat kasih sayangMu, wahai tuhan yang Maha Luas limpahan rahmatNya.

Ya Allah, 
Tunjukkanlah kami jalan yang benar, keluarkanlah kami daripada pelbagai kegelapan kepada petunjuk (cahaya iman), dan jauhilah kami daripada segala keburukan sama ada yang zahir ataupun yang tersembunyi.

Ya Allah, 
Cukupkanlah kami dengan rezeki yang halal sehingga kami tidak tamak kepada (perkara-perkara) yang haram. Juga sempurnakanlah kami dengan segala kelebihan (pemberian)Mu sehingga kami tidak mengharapkan (kepada) selain daripadaMu.

Ya Allah! Kami memohon rahmat dari sisi-Mu yang boleh; membimbing hati kami, menyatukan urusan-urusan kami, merungkaikan segala kekusutan kami, memperbaiki orang yang tidak ada bersama kami, mengangkat darjat mereka yang ada bersama kami, membersihkan amalan kami, menambahkan kematangan kami, mengembalikan kemesraan kami dan melindungi kami daripada segala keburukan..dan peliharalah keamanan negara ini.

Ya Allah hanya kepada Mu kami bersujud dan berserah…

Amin..Amin..Amin Ya Allah!

No comments:

Post a Comment