19 May 2013

Apabila tenang itu jauh dari hati...itu tandanya kita jauh dari ILAHI..


Assalamualaikum,


Jiwa yang tenang bermaksud jiwa yang tidak dihinggapi dengan penyakit–penyakit jiwa yang tercela. Jiwanya tidak ada perasaan keluh–kesah, putus asa, hasad dengki, dan pelbagai lagi sifat–sifat negatif yang tercela atau dikenali sebagai ‘sifat–sifat mazmumah’. Sebaliknya jiwanya dilimpahi dengan sifat–sifat terpuji, yang diredai Allah Taala, atau dikenali sebagai ‘sifat–sifat mahmudah’. Semua cabaran kehidupan dihadapi dengan pandangan dan sikap yang positif.
Justeru, mengingati Allah dalam setiap detik dan ketika, juga dalam mengharungi perjuangan hidup yang serba berkemungkinan ini, berupaya menjadikan kita sebagai Muslim yang tenang, teguh jati diri dan mulia pula di sisi Allah s.w.t.

Dengan memperoleh ketenangan jiwa dalam menjalani liku-liku kehidupan, insya-Allah segala yang cabaran dan dugaan yang mendatang akan dapat kita terima dengan rasa reda dan mengakui akan kebesaran Allah, pencipta sekalian alam.

No comments:

Post a Comment