11 May 2013

MUTIARA KATA UNTUK MU


share dari link fb ~Datuk Dr Maznah Hamid

MUTIARA KATA UNTUK MU

Apabila hati bersih
Wajah akan kelihatan jernih
Bukan kecantikan yang menambat hati
Tetapi kebaikan itu menambat jiwa
Kebahagian bukan untuk orang yang cantik
Walau sering digambar kan demikian
Kebahagian milik manusia yang baik
Itu lah kenyataan.

Orang yang bertanya kerana tidak tahu adalah orang yang bodoh buat sementara waktu, tetapi orang yang enggan bertanya setelah ia sedar yang ia tidak tahu adalah orang yang bodoh buat selama-lamanya.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan. Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan. Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan. Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niat yang ikhlas. Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah. Kerana seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

No comments:

Post a Comment