15 September 2015

Nugget Ala-Ala KFC

share dari link fb ~ Aneka Resepilike emoticon

Nugget Ala-Ala KFC

Bahan-Bahan :
Isi Ayam : : Ambil 2 Bahagian Dada Ayam (Isi Sahaja)
Sos Lea & Perrins : : 1.5 Sudu Besar
Lada Sulah : : 3 Sudu (Selain Untuk Menambah Rasa, Ia Juga Berfungsi Untuk Hilangkan Hanyir Ayam)
Tepung Jagung : : 3 Sudu Besar
Garam : : 1.5 Sudu Besar
Telur : : 2 Biji (Ambil Puteh Sahaja)
Breadcrumb : : Terpulang
Tepung Serbaguna NONA : : Terpulang

Cara-cara :
Basuh isi ayam, buang semua tulang kemudian hancurkan (lebih mudah menggunakan blender).
Ambil isi ayam yang sudah hancur dan campurkan dengan sos Lea & Perrins, Lada Sulah, Tepung Jagung, Breadcrumb, sedikit tepung serbaguna NONA dan garam.
Kemudian biarkan bahan yang telah dicampur selama 15 minit.
Apabila campuran nampak agak kemas, bentukkan mengikut kesesuaian masing-masing.
Pecahkan telur, ambil bahagian telur puteh sahaja. Kemudian celupkan nugget yang telah dibentuk ke dalam puteh telur tersebut dan golekkan ke atas tepung serbaguna NONA.
Biarkan ia sebati selama 30 minit - sejam dan goreng. Kalau nak terus goreng pun boleh. Ikut minat masing-masing.
Sedia untuk dimakan.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Tingkatan Ibadat Haji

share dari link fb ~ Bahagian Dakwah, JAKIM


Tingkatan Ibadat Haji 

1) Haji Mabrur : Haji yang paling istimewa, diampun segala dosanya, mengekalkan ibadat hingga akhir hayat dan dijamin masuk syurga.

2) Haji Makhsus : Haji yang sah dan diampunkan segala dosa-dosanya.

3) Haji Maqbul : Haji diterima

4) Haji Mardud : Haji yang tidak diterima kerana kekurangan syarat-syarat dan rukun-rukunnya atau sebab-sebab yang lain.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi. ~ Fitnah Dajjal, Akhir Zaman...Kemuncak Nikmat yang Allah swt berikan kepada kita....baca semua di bawah

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Kemuncak Nikmat; "Semakin dekat dengan kiamat maka, makin hilangnya keberkatan hari-hari yang dilalui. Berkat itu bukan bermaksud banyak atau kurang akan tetapi cukup. Keluarga yang berkat ialah memiliki anak-anak yang soleh. Maka kalau nak berkat mulakan segala-galanya dengan bismillah."

"Bila kita lazimkan dengan bismillah maka kita ni akan terhindar dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak. Adakah hidup kita empat puluh tahun dahulu akan membawa bekal untuk kita akhirat nanti? Adakah kita akan ditambah hidup empat puluh tahun lagi untuk kita membuat amal?"

"Kita ni dah tahu dosa banyak, dah tahu amal sikit. Mulalah. Hijrah. Berubah. Mula bermujahadah sekarang juga. Kalau boleh kita mintak doa dengan Allah سبحانه وتعالى supaya bermimpi syurga. Diizinkan bermimpi syurga maka tiada nilai lagi bagi kita dunia ni. Ianya supaya memberi motivasi untuk kita mengerjakan ibadat bersungguh-sungguh kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Berpenat-penat berletih-letih didunia untuk akhirat maka di alam kubur nanti kita akan rehat. Malaikat akan tepuk mendodoi-dodoi kita untuk istirehat. Sejuk mata memandang, lapang seluas mata memandang, rehat yang kedua ialah dipadang mahsyar. Kita dudul diatas bukit yang tinggi dibawah teduhan arasy Allah smbil bersembang-sembang melihat orang yang ditenggelami peluh mereka sendiri."

"Ahli syurga ni besar dia tujuh puluh hasta macam Nabi Adam عليه السلام dan muka berseri-seri mengikut amal masing-masing. Ada yang bercahaya seperti matahari, bulan dan bintang-bintang. Barangsiapa yang menyebut kalimah Laailahailallah secara ikhlas dan menjaga dua belas rakaat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, maka Allah سبحانه وتعالى beri sebuah istana didalam syurga nanti."

"Kemuncak nikmat yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita ahli syurga ialah melihat wajah Allah. Sekeping daun pintu syurga besarnya umpama tempoh perjalanan tiga hari tiga malam naik kuda yang paling laju skali tanpa berhenti. Allahurobbi. Besarnya syurga."

"Dua rakaat sebelum solat subuh umpama peroleh dunia dan seisinya. Ini semua sunat muakkad yang sangat dituntut. Bila kita dah ada istana maka kita ini boleh masuk syurga. Barangsiapa yang cinta akan orang lain melebihi daripada cintanya kepadaku, maka tak sempurna imannya seseorang itu sabda Rasulullah ﷺ."

"Nak tengok hati sedang diruntun dengan dosa dan maksiat antaranya adalah susah nk solat sunat, dan juga susah nk menangis kerana dosa-dosa. Apabila kamu berjumpa dengan kawan yang baik, sahabat yang baik maka pegang dia kuat-kuat, jangan lepaskan dia. Sebab mereka nih susah nak jumpa dan senang nak hilang, kata Al-Imam As-syafie."

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat terawal surah Al-Kahfi dan membaca sepuluh ayat terakhir surah al-kahfi maka dia akan terhindar daripada fitnah dajjal. Tanda Allah سبحانه وتعالى sudah berpaling, dah tak sayang dengan dia ialah dia disibukkan dengan urusan dunia. Timbang-timbangkan amalan yang nak buat tu. Nak buat baik atau tak baik. Timbangkan umpama yang tu last kita hidup. Buat jahat mati didalam kejahatan. Buat baik mati didalam baik. Husnul khotimah janganlah suil khotimah."

Daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/
share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Fitnah Dajjal; "kiamat sudah hampir. Dan Topik terpenting diakhir zaman ini adalah disebutkan dengan fitnah dajjal. Ini kerana sejak dari Nabi Nuh عليه السلام. Kenapa dari zaman Nabi Nuh? Kerana sebelum zaman Nabi Nuh tiada manusia yang kufur pada Allah سبحانه وتعالى."

"Sifatnya Dajjal yg tidak diberitahu oleh Nabi-nabi lain kecuali zaman Nabi Muhammad ﷺ iaitu bermata satu Ada riwayat kata kanan ada/ kata kiri. Tapi mesti salah satu buta. Dan Rasulullah juga berkata Tuhanku tidak buta. Dajjal mengaku diri tuhan tetapi tak mampu sembuhkan matanya sendiri. "

"Ada tiga jenis fitnah Dajjal, yang pertama adalah Fitnatul Aqidah, fitnatul maal harta, fitnatul ma'lumat informasi. Amalan yg boleh terselamat daripada fitnah ini adalah menghafal sepuluh ayat pertama Al-Kahfi, ataupun membaca sepuluh ayat terakhir Al-kahfi. Kedua-dua sumber ini adalah sahih. Sebaik-baiknya hafal kesemua surah Al-Kahfi."

"Juga amalan lain adalah membaca dalam setiap solat fardhu, dalam tahiyyat akhir sebelum salam, "Ya Allah, aku berlindung daripada azab kubur, daripada azab neraka jahannam, daripada fitnah didunia & diakhirat dan daripada fitnah Al masihuddajjal" rujuk kitab Al-Azkar, Imam Nawawi."

"Al masih digunakan kepada Dajjal kerana dia akan menyebarkan kesesatan ke seluruh pelusuk dunia tanpa terlepas ditempat-tempat lain dimuka bumi. Sama dengan Nabi Isa عليه السلام. Menggunakan Al masih kerana beliau akan mnyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia juga. Al masikh pula adalah sifat dajjal yang telah diubah daripada manusia normal iaitu satu mata"

"Fitnah Dajjal adalah antara tanda- tanda besar kiamat. Tanda-tanda kecil sudah boleh dilihat banyak seperti masjid-masjid dihias cantik, perempuan ramai bilangannya dari lelaki, masa yang berlalu pantas, berebut membina bangunan-bangunan pencakar langit, ilmu diangkat ramai ulama mninggal dunia, banyaknya alat alat muzik. "

"Semasa khutbah Rasulullah ﷺ, ada yang bertanyakan tentang empat perkara Rukun Agama, dijawab oleh baginda iaitu Iman, Islam, Ihsan & Hari Kiamat. Rasulullah jawab dalam khutbah tersebut dalam masa yang sangat panjang iaitu sebelum zuhur, solat, kemudian sambung lagi sehingga asar, solat dan sambung lagi. Sehinggakan sahabat-sahahat tidak boleh megingati kesemuanya. Ada yg ingat sebahagian dan yang lain ingat sebahagiannya lagi."

"Rasulullah bertanya pada para sahabat; "Dan tahukah kamu siapa lelaki yang bertanya tadi? Lelaki tersebut adalah Jibril a.s yang bertujuan untuk mengajar sahabat, dan umat islam seluruhnya termasuk kita semua."

"Khutbah itu hanya menceritakan tanda-tanda kecil kiamat tetapi huraiannya sangat panjang. Diriwayatkan juga jarak antara diutuskan Rasulullah ﷺ dengan hari kiamat adalah ditunjukkan oleh baginda seperti rapatnya jari telunjuk dgn jari hantu, iaitu betapa hampirnya walaupun sudah seribu empat ratus tahun lepas."

"Zaman Rasulullah ﷺ Dajjal sudah dijumpai oleh sahabat bernama Tamim. Dia dirantai disebuah pulau, dan diceritakan kepada baginda Rasulullah. Dajjal tidak seperti tanda-tanda kiamat besar lain disebutkan dalam Al-Quran, kerana besarnya fitnahnya itu, seburuk-seburuk manusia, tidak layak untuk disebutkan dalam Al-Quran yang mulia."

"Disifatkan dajjal itu bertubuh manusia normal, rambutnya kerinting, tubuhnya tegar, mata ada sedikit bonjolan, mempunyai kuasa-kuasa magik, yg dapat menarik manusia mengakunya sbg tuhan. Pengikut-pengikutnya adalah golongan munafik, kafir, jin kafir, syaitan, ulama-ulama suuk jahat."

"Diakhir Nabi hendak wafat baginda kurang senyum kerana bermimpi nampak khinzir berkhutbah di atas mimbar-mimbir iaitu ulama suuk. Orang yang akan menjadi penyelaras dajjal nanti adalah ulama yang tergelincir dalam percakapannya."

"Munafiq orang yang lemah imannya, gilakan dunia, sunyi dari ilmu, yang itulah dajjal cari. Awaslah manusia yang gilakan harta kerana dajjal kaya dan mampu berikan segala-galanya, mempunyai kekayaan yang luar biasa."

"Awaslah manusia yang lemah iman dan ilmunya kerana dajjal keluar dizaman kemarau yang mana manusia perlukan air dan makanan iaitu kemarau selama tiga tahun berturut turut. Dajjal mampu beri roti dan barang-barang membuat gandum setinggi gandum dan mampu menurunkan hujan. "

"Percaya kepada orang kafir dan yang terang-terang kufur adalah Istidraj. Dua malaikat diturunkan ke dunia untuk memberikan kuasa kepada dajjal. Ini semua adalah fitnah terbesar kepada manusia. Tidak ada tempat yang dajjal tak masuk ke seluruh pelusuk dunia ini termasuk makkah dan madinah."

"Dan tujuh pintu di masjid nabawi tidak boleh dimasuki dajjal kerana setiap pintu ada dua malaikat yang menjaga, Allah سبحانه وتعالى menjaga kedua-dua bumi yang mulia itu. Tidak akan dibenarkan seburuk-buruk manusia iaitu Ad-dajjal memijakkan kakinya ke tempat dikebumikan tempatnya hamba Allah yg paling dicintai iaitu Rasulullah ﷺ. Dimana dajjal pergi, tempat tersebut sudah ada jaringan networking dia yang kuat."

"Diceritakan oleh baginda juga di akhir zaman nanti ade seorang yang beriman kepada hadis baginda saw bertemu dengan dajjal. Orang itu bertambah imannya apabila mlihat mata dajjal seperti yg dikatakan oleh Rasulullah didlm hadis. Dajjal menggergaji tubuh seorg kepada dua, dan menghidupkan semula org tersebut."

"Maka bertambah yakinlah org yg beriman itu kerana dlm hadis juga dikatakan dajjal boleh menghidupkan orang mati penipuan dajjal sebenarnya org tersebut tidak kena gergaji, maka marahnya dajjal ingin menghukum org yg beriman itu. Apabila dihukum, mahu penggal leher orang itu tidak boleh sehingga berkali-kali kerana kuasa Allah سبحانه وتعالى"

"Jangan takut orang yang beriman. Apabila kamu dihukum apabila bertemu dajjal, dan diberikan makanan dan minuman yang nampak sedap iaitu syurga dunia, janganlah ambil. Diberikan makanan dan minuman yang nampak jijik dan kotor neraka, pejamlah mata dan makanlah, kerana itulah jalan yg lurus dan benar."

"Fitnatul aqidah adalah seperti menghidupkan orang mati, menurunkan hujan dan lain-lain. Fitnatul maal adalah diberikan kemewahan dunia, kekayaan yang menyesatkan manusia kepada Allah سبحانه وتعالى, ini kerana dajjal memegang keseluruhan kekayaan dunia ini, Fitnatul ma'lumat paling besar sekarang adalah internet. Penyebaran maklumat palsu tanpa ilmu, sesetengahnya. Sumber yg tidak diketahui."

"Syeikh Abdul Qadir Al Jailani pernah dikisahkan nampk cahaya di langit dan keluar suara mengatakan pada hari ini tanggungjawab kamu digugurkan. Beliau baling seliparnya ke langit dan tidak percaya mengatakan itu adalah iblis. Ditanyakan bgaimana dia tahu? Dia kata Rasulullah ﷺ yang lebih mulia daripada dia pun tidak pernah digugurkan tangungjawab baginda seperti solat, puasa sehinggalah baginda wafat. Itulah beza org yang berilmu dengan tidak berilmu. Tidak akan tertipu dengan tipu daya iblis."

"Pakar tasawwuf pernah mengatakan jika kamu lihat ada manusia yg bole berjalan atas awan, boleh jalan atas air tidak tenggelam, dan melanggar syariat Allah dan Rasulullah, maka itu adalah penipu. Dajjal adalah pendusta terbesar yang akan menyesatkan ramai orang-orang beriman dengan tipu dayanya. Timbangkan dengan neraca syariah."

"Pentingnya ilmu. Dajjal akhirnya akan dibunuh di baitul maqdis oleh Nabi Isa عليه السلام. Islam akan kembali seperti zaman kegemilangannya yang dahulu bawah kepimpinan Nabi Isa. Sesudahnya akan ada tanda-tanda besar lain spt yakjuj & makjuj, dabbatul ardh binatang melata, tetapi seperti yakjuj & makjuj hanya fitnah zahir sahaja tidak akan mbawa fitnah aqidah seperti bahayanya dajjal "

"Antara tanda besar lainnya akan ada angin yang mematikan semua orang-orang beriman sehingga tiada seorang pun yang akan menyebut nama Allah سبحانه وتعالى lagi, ayat-ayat Al- Quran diangkat, kaabah dirobohkan dan tinggallah seburuk- buruk nasib manusia adalah yang akan menghadapi kedahsyatan hari kiamat."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."-Bukhari dan Muslim.

share dari link fb ~ Mohd Hanif

Tidak ada seseorangpun apabila dia lahir ke dunia ini secara fitrahnya terus mengasihi Baginda Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam seumpama dia mengasihi kedua ibu-bapanya.Maka dengan itu, untuk mengasihi Baginda Nabi Shallallahu alaihi wassalam, perlu kepada ikhtiar, usaha dan sebagainya, maka dengan mengadakan sambutan Maulidurasul, merupakan satu ikhtiar dan usaha yang baik, semoga akan terbit rasa kasih dalam benak hati kita diberikan oleh Allah untuk kita mencintai Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam.Alhamdulillah, ada tafsiran dengan "tidak sempurna iman" berbanding dengan ahli tasawuf yang berkata, "tidak beriman",namun apakah selama-lamanya kita mahu iman kita "tidak sempurna", maka berikhtiarlah kita untuk menyempurnakan iman dengan mengasihi Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam....-Syeikhuna Dato' Muhammad Fuad Kamaluddin as-Sanusiah hafizahullah.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ
أَجْمَعِينَ. (البخاري ومسلم)

Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya."-Bukhari dan Muslim.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

14 September 2015

6 Cara meningkatkan rezeki menurut Al Quran & Hadis

Berikut adalah 6 cara meningkatkan rezeki menurut ayat-ayat Al Quran dan hadis…

1. BERTAUBAT

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu” [Surah Nuh 71: 10-11]

2. TAKWA

…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)… [Al-Talaaq 66 2-3]

3. ERATKAN SILATURRAHIM

Daripada Anas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesiapa yang suka diluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia mengeratkan silaturahim”. ~Bukhari dan Muslim

4. BERSEDEKAH

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Surah Saba’ 34: 39]

5. BERIBADAH

“Firman Allah: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

6. MENUNAIKAN HAJI DAN UMRAH

“Lanjutkanlah haji dengan umrah, karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa, sebagai-mana api dapat menghilangkan kotoran besi, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji yang mabrur itu me-lainkan Surga” (Hadis riwayat Imam Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasa’, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Abdullah bin Mas’ud r.a)
Mudahan kita dapat amalkan bersama.
[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi akan bermula dalam masa 2 minggu sahaja lagi. Tempat adalah amat terhad. Sekiranya anda ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet, tempah tempat anda hari ini. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

03 September 2015

DOA2 YANG BOLEH DIAMALKAN.


share dari link fb ~ Anugerah
ANDA MENDERITA SAKIT SENDI? 

Amalkan ayat ini untuk membantu mengubati sakit sendi agar dapat mengembalikan taraf kesihatan anda seperti sediakala.

Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar kesakitan yang dialami dipulihkan dan dipermudahkan. Insya-Allah
 Doa2 yang boleh diamalkan. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/