28 January 2013

Pesan berpesan sesama kita



ASSALAAMU'ALAIKUM SAHABAT YANG DIKASIH

"DAN selalu lah berharap kepada ALLAH
Tentang sesuatu yang menyebabkan

Untuk tidak derhaka kepada ALLAH
Dengan sebenar-benar takut(taqwa)

Tentu lah engkau terlepas dari sifat berputus asa
Dari rahmat ALLAH.

(Luqman Hakim)
 

APAM MODEN


share dari link fb ~Buku Resepi
APAM MODEN
Oleh: Zunainah Paiman

BAHAN A: 
1/2 cwn gula (bole gantikan cawan dgn gelas atau mangkuk..jika besar sukatan cawan, adunan lbh bnyk)
1/2 cwn air..
*masak gula sehingga perang dan campurkan dengan air..masak sehingga gula larut(bole masukkan daun pandan tuk lebih wangi)...angkat dan sejukan..

BAHAN B:
2 biji telur
2 cwn tepung gandum
1 s/k soda bicarbonat
1 s/k esen vanilla
1 cwn gula pasir
1 cwn susu cair..

CARA2: Pukul telur dan gula sehingga kembang n gebu(blender je)..masukkan susu cair dan esen vanila...blender sbntr...
masukkan tepung yg telah diayak bersama soda bicarbonat..kedalam mangkuk dan tuangkan adunan yg telah diblender sedikit2 sambil dikacau rata dan sebati...
masukkan bahan A dan dikacau sehingga sebati
masukkan adunan dlm loyang yg telah disapu minyak@majerin...
panaskan kukusan dahulu...
siap bole lah dikukus selama 45 minit - sehingga masak.

Selamat mencuba! :)
 

PUDING ROTI BERSAMA SOS KASTAD


share dari link fb ~Buku Resepi

PUDING ROTI BERSAMA SOS KASTAD
Oleh : Jamaliah Ibrahim 

12 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 litre susu segar/fresh milk
4 biji telur
1 senduk brown sugar
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis

Cara-cara
Rendam roti didalam fresh milk selama setengah jam. Masukkan telur, gula, butter dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Satukan dlm roti dan kacau adunan hingga sebati.
Masukkan kismis dan kacau sedikit.
Tuang adunan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak. Cucuk dgn lidi utk mengetahui bahawa puding betul2 masak. Jika adunan tidak melekat pada lidi, bermakna sudah betul masak.

resepi sos kastard:

2 tin susu cair
4 sudu besar kastad
6 sudu besar gula perang lembut
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
Campurkan semua bahan - susu, kastad, gula perang, esen vanilla.
Kacau sehingga tepung sebati (tidak berketul) dan gula hancur.
Masak di atas api perlahan dan dikacau sentiasa.
Kacau sehingga adunan ini benar-benar pekat dan masak (saya suka sedikit cair).

Selamat mencuba! :)

Puding Kastard Jagung


share dari link fb ~Buku Resepi

Puding Kastard Jagung 
Oleh: Nurqaseh Qalesya 

Bahan2 :
1 tin cream corn 1cwn tpg kastard 2cwn air 1/2 cwn gula(ikut kmanisan msg2) 1 tin susu cair scubit garam(terserah)

cara-cara:
Campurkan semua bahan2 ke dlm periuk,sentiasa kacau dlm 10 minit dgn menggunakan api sederhana.setelah puding agak2 berkilat dan pekat blh lah di simpan d loyang dan sejukkan.

selamat mncuba! :)

Trilogi Ibn Qayyim: Penyakit dan ubatnya :


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Trilogi Ibn Qayyim:
Penyakit dan ubatnya :

Sesungguhnya dalam hati ada robekan yang tidak dapat dijahit kecuali menghadap sepenuhnya kepada Allah. Dalamnya juga ada keterasingan yang tidak mampu diubati kecuali menyendiri bersama Allah. Ada juga kesedihan yang tidak mampu diseka oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya. Ada kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan meninggalkan kegelisahan itu menuju-Nya. Dalam hati juga ada gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran hingga tiba saat perjumpaan dengan-Nya.

'MUHASABAH DIRI'


share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

'MUHASABAH DIRI'

Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang, meskipun anda terusir! Anda ingin menangis ketika solat tetapi anda tidak boleh. Anda ingin meraih kekhusyukan, tetapi anda tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harapan.

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meskipun anda tertolak! Anda pernah membuat maksiat lalu anda bertaubat dan memohon ampunan, tetapi kemudian anda kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti untuk memohon ampun.

Begitu gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang! Ada pengajian di masjid sana, pergilah bersama para jemaah, teruslah bersama orang–orang yang rajin membaca dan merenungi Al–Quran. Apakah anda pernah merasakan manisnya nilai – nilai ini sebelumnya? Sungguh, kata–kata ini di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga hati pun menjadi hidup.

Demi Allah, katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir anda merasa khusyu’ mengadap Allah? Bilakah terakhir kali anda bersujud memohon kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?

Saudaraku tercinta, siapkan diri anda untuk meraih nilai–nilai ini. tempatkan dan hormatilah kekhusyu’kan sebagaimana semestinya. Saya sekarang yakin dengan anda! Sebab hal seperti ini tidaklah mustahil bagi seorang “perindu syurga”.

Wallahu Ta'ala 'Alam

(Idea dipetik daripada Ibadah Sepenuh Hati;Amru Khalid, dalam bab Solat)

[Sumber: mindasunnah.blogspot.com- Abdullah Ibnu Ismail.]

ASAM TUMIS NENAS


ASAM TUMIS NENAS 
Oleh: Jamaliah Ibrahim

Nenas dipotong jadikan kepingan begitu juga ikan tenggiri (ikan lain pun boleh). Beberapa batang cili hidup, sedikit cili kering, sedikit halia, bawang merah, bawang putih dikisar halus bersama sedikit belacan. 2 btang serai dititik dan daun kesom. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan msukkan serai yg dititik. Masukkan air secukupnya, terus masukkan nenas. Biar seketika baru masukkan ikan dan garam. Apabila mendidih baru masukkan daun kesom, kacau dan tutup api....hidang (kalau nak lebih masam tambahkan sedikit asam jawa)

Selamat Mencuba! :)