05 May 2014

Muhasabah Diri - 55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

share dari link fb ~ Biggie Storm's status.


Muhasabah Diri

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. 

Note: Boleh juga semak dlm kitab yg muktabar.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Sesuap dibalas sesuap....baca yg selanjutnya

share dari link fb ~Syifa Collections

Diceritakan oleh Habib Umar bin hafidz disebuah majlis di Mesir ������
Dulu ada seorang perempuan bani Israel, dia sedang makan, dan ketika suapan terakhir telah masuk ke mulutnya datang seorang pengemis yang lapar, mengemis padanya, lalu oleh perempuan tadi dikeluarkanlah suapan terakhirnya tadi dan disuapkan kemulut pengemis yang lapar tadi.
Suatu hari datang seekor serigala memangsa anak perempuan tadi dan membawa lari anak tersebut, perempuan tadi mengejar serigala sambil berteriak anakku!!! anakku !!!

Kemudian Allah memerintahkan seorang malaikat untuk mengeluarkannya Lalu malaikatpun mengeluarkan anak tersebut dari mulut serigala tadi membersihkannya sampai tak ada luka lagi dan mengembalikannya kepada ibunya, 
Sang ibu terheran-heran, lalu malaikat mengatakan ini perintah Allah karena engkau telah memberi suapan terakhirmu kepada pengemis yang sedang kelaparan. Sesuap dibalas sesuap.

Diceritakan pula bahwa setelah selesai Nabi Ibrahim membangun Ka'bah, Allah mengatakan padanya "wahai Ibrahim Aku lebih suka pada orang yang memberi makan orang yang lapar dari pada membangun Ka'bah"
اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله وصحبه ������

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi sos chessy wedges

share dari link fb ~Buku Resepi
 
Resepi sos chessy wedges
Oleh:Shahida Kamal Shah
FB:www.facebook.com/bukuresepi

Bahan-bahan
1. 3 -4 sudu makan butter
2. 250ml susu cair (boleh juga guna susu segar)
3. 1 sudu makan tepung gandum
suku kiub pati ayam
4. 6 keping chesse
5. sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
6. pewarna kuning

cara-cara penyedian :
1. panaskan butter hingga cair
2. masukkan susu
3. masukkan tepung , kacau sentiasa sehingga tepung sebati
4. masukkan chesse , kiub pati ayam dan serbuk lada..
5.masukkan sedikit pewarna
kacau sebati dan siap !

Copyright 2014 www.bukuresepi.com  

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

29 April 2014

Jazakallahu khairan kathira -- sebutannya dan kalau ada yang mengucapkannya...perlu kita jwb yang bagaimana

share dari link fb ~Aidah Yazid

Bismillahirrahmanirrahim......
Assalamualaikum wrbt kepada semua PENCINTA ILMU... Joommmm kita hayati dn renungi posting kali ini sejenak..... 
Rasulullah s.a.w bersabda: Jika seseorang berkata kepada saudaranya “Jazaakallah khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka ia telah memujinya dengan setinggi-tingginya. (H.R. Thabrani)

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang diberikan satu perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan: “Jazaakallahu khair” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya. (H.R. Tirmidzi, An-Nasai, Al-Maqdisi, Ibnu Hibban, Al-Bazzar)

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah Maha Penyantun, Dia menyukai sifat penyantun (lemah lembut). Allah akan memberikan sesuatu dalam sikap santun yang tidak diberikan pada sikap kasar dan sikap selain itu. (H.R. Muslim)

Perbuatan baik yang dilakukan oleh orang lain kepada kita sudah sepantasnya kita balas dengan yang sebanding, kalau kita tidak bisa membalas dengan pemberian maka minimal kita mengucapkan ucapan yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu,
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا
Dibaca “jazakallahu khairan” atau bila di perinci panjang pendeknya ditulis, “JazaakAllaahu Khairan”, yang maknanya adalah “Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal.”
Kalimat di atas di baca ketika dhomirnya adalah kata ganti ke-2 seorang lelaki tunggal, adapun kalau dhomirnya adalah kata ganti ke-2 perempuan tunggal maka kalimatnya di rubah menjadi,
جَزَاكِ اللهُ خَيْرًا
Artinya sama, hanya kalimat ini ditujukan untuk perempuan tunggal....Wallahua'lam !!!
p/s lelaki seorang ( kallah ) = jazakallah
perempuan seonag ( killah ) = jazakillah
untuk ramai = jazakumullah

Kalau seseorang mengucapkan Jazakallahu khairan kathira kpd anda, baiknya anda membalas:

❝Wa iyyaka✿❞(utk seorang lelaki).

❝Wa iyyaki✿❞(utk seorang perempuan).

❝Wa iyyakum✿❞(utk ramai).

Dan ini adalah maksudnya:

❝Wa iyyaka✿❞

❝Dan ke atas kamu juga.❞

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

Pisang goreng cheese

share dari link fb ~Resepi Ummi

Pisang goreng cheese

Bahan-bahannya:

7 biji pisang kepuk - kupas dan belah 2 memanjang
6 sb tepung gandum
3 sb tepung beras
1 biji telur
1 sb mentega
sedikit pewarna kuning
air untuk bancuhan secukupnya
Selain itu kita juga perlukan keju yang diparut, 2 sb susu pekat manis dan 2 sb mentega

Cara-caranya:

1. Bancuh tepung gandum, tepung beras, telur, garam dan mentega bersama air hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
2. Tambahkan sedikit pewarna kuning dan kacau sebati. Rehatkan bancuhan tepung ini sekejap.
3. Panaskan minyak dan celupkan pisang dalam tepung tadi dan goreng secara terendam hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Buat langkah 3 ini hingga habis.
4. Dalam kuali yang lain pula panaskan mentega hingga cair, masukkan susu pekat. Kacau sebati.
5. Masukkan sedikit keju parut dan kacau lagi. Kemudian gaulkan dengan pisang tadi.
6. Angkat pisang dan letakkan di bekas yang sesuai dan taburkan lebihan keju parut tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba !!

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

Kisah Rasulullah saw dan Siti Aisyah...

share dari link fb ~ Sayyid Syarifah

Suatu hari Rasulullah Saw pulang dari perjalanan jihad fisabilillah.

Beliau SAW pulang diiringi para sahabat. Di depan pintu gerbang kota Madinah nampak Aisyah sudah menunggu dgn penuh Rasa rindu..

Ketika Rasulullah tiba ditengah kota Madinah, Aisyah dgn sukacita menyambut kedatangan suami
tercinta.

Rasulullah pun tiba di rumah dan beristirahat melepas lelah. 
Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Rasulullah.. Lalu minuman itupun disuguhkan kepada Rasulullah Saw..

Beliau meminumnya perlahan.. hingga hampir menghabiskan
minuman tersebut. 
Tiba2 Aisyah berkata, 
“Yaa Rasulullah, biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku, tapi kenapa hari ini tidak engkau berikan..?”

Rasulullah Saw diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Yaa Rasulullah, kenapa tidak kau berikan sebagian kepadaku..?”

Akhirnya Rasulullah Saw memberikan sebagian air yang
tersisa di gelas itu kpd Aisyah.
Aisyahpun meminum air itu. 
Aisyah kaget! dan langsung memuntahkan air itu.

Ternyata air itu terasa asin bukan manis. Aisyah baru tersadar bahwa minuman yang ia buat dicampur dengan garam bukan gula. 
Kemudian Aisyah langsung meminta maaf kepada Rasulullah Saw. 
Dan Rasulullah punn. tersenyum2 memaafkannya..

آللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ



Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

28 April 2014

~TAUHU TELUR~


share dari link fb ~ Fiza Sezali's status


Fenomena tauhu telur yg melanda FB masa kini...
Saye pon tak ketinggalan mencubanya..dah 2× buat..mmg sedap..
pada yg nak mencuba ni resepinye yer...

~TAUHU TELUR~
4keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut
segenggam isi udang (kalu nak buh lebih pon apa salahnye)
2 bj telur
-kesemua bahan2 ni di blender sampai lumat yer
-dah sudah masukkan dlm bekas mcm yg sye buat tu

2bj cabai merah di cincang halus (kalu nak pedas tambah la lg)
sedikit daun bawang yg di potong halus2 (nak gune daun sup pon boleh)
sedikit serbuk cukup rasa Maggie..(jgn buh byk tau..1st buat sye buh 1 paket yg rm1 tu..masin giler huh)
tapi kalu tak suka gune serbuk cukup rasa maggie ni pon takpa..buh je garam yer..
-gaulkan sebati bahan2 ni dgn tauhu yg dah di blender lumat tu yer
-dah tu bolehlah di kukus dlm 20-30min (masa nak kukus tu terpulang la nak gune loyang ke ,tapawe ke..sya gune loyang tp melekat la..baik gune tapawe lg selamat)
-biarkan sejuk br di potong (ikut suke kome le nak potong gaye apa yer hihihi)
-celopkan tauhu yg dah di potong dalm telur yg dah di pukul sedikit..barulah di goreng hingga kekuningan..
-mudahkan..
~selamat mencuba~

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@blogspot.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan