10 October 2013

SOLAT TANDA KASIH SAYANG PENCIPTA PADA HAMBANYA

share dari link fb ~Bicara Hidayah
SOLAT TANDA KASIH SAYANG PENCIPTA PADA HAMBANYA 

Semoga Allah menjauhkan kita dari musibah, menjauhkan kita dari perbuatan dosa dan menjadikan kita orang yang banyak bertasbih.

Saudara, solat adalah menghadapanya kita kepada Allah subhanahu wata’ala, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam riwayat Shahih Al Bukhari :

إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي صَلَاتِهِ فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ 

|| “Sesungguhnya diantara kalian jika berdiri untuk melakukan solat, sungguh ia sedang berbicara pada Tuhan Nya”

Maka ketika solat terbukalah hijab antara kita dengan Allah, mulai dari kita bertakbiratul ihram dengan mengucapkan “Allahu Akbar” terbukalah hijab antara kita dengan Allah, tabir ruhiyyah antara kita dengan Allah dibuka, namun tabir jasad tidak dibuka tidak bisa kita melihat Allah dengan mata kita, kecuali sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, namun mata hati kita dipersilahkan untuk berhadapan dengan Allah, sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam :

الإِحْسَانُ أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ 

“Ihsan yaitu engkau beribadah kepada AllAh seakan-akan engkau melihat-Nya, maka apabila belum bisa melihat-Nya (sadarilah) sesungguhnya Allah melihatmu.”

Maka di saat takbiratul ihram rasakan dan sadari bahwa ada satu dzat Yang Maha Tunggal yang melihatmu, melihat fikiranmu dan sanubarimu yang terdalam, mengetahui apa yang akan terjadi padamu, dan mampu mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik atau lebih buruk di masa mendatang, maka kita sedang berhadapan dengan Allah saat melakukan solat mulai dari takbiratul ihram sampai salam.

Al Imam Hasan bin Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu dan juga Al Imam Ali Zainal Abidin, saat berwudhu untuk melakukan solat maka ia gemetar dan wajahnya menjadi pucat, dan ketika ditanya mengapa demikian? Maka dia menjawab: “Tahukah engkau aku akan berhadapan dengan siapa?, Rabbul ‘alamin.”

Demikianlah keagungan solat, dimana di saat engkau membaca surat Al Fatihah dengan menghadirkan hati dan mendalami maknanya, maka Allah menjawabnya sebagaimana Allah berfirman di dalam hadits qudsy:

قَسَّمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِيْ وَبَيْنَ عَبْدِيْ نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ ، فَإِذَا قَالَ : اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ قَالَ اللهُ : حَمَدَنِيْ عَبْدِيْ فَإِذَا قَالَ : اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ ، قَالَ اللهُ : أَثْنَى عَليَّ عَبْدِيْ ، فَإِذَا قَالَ : مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ ، قَالَ الله : مَجَّدَنِيْ عَبْدِيْ ، فَإِذَا قَالَ : إِياَّكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ ، قاَلَ : هَذَا بَيْنْيِ وَبَيْنَ عَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ ماَ سَأَلَ ، فَإِذَا قاَلَ : إِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ، صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضّالِّيْنَ ، قَالَ اللهُ : هَذَا لِعَبْدِيْ وَلِعَبْدِيْ مَا سَأَلَ 

“Aku (Allah) telah membagi salat diantara Aku dan hambu-Ku menjadi separuh, dan hamba-Ku akan mendapat apa yang dia minta. Apabila hamba berkata: “Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara sekalian alam”, maka Allah mejawab: “hambaku telah memujiku”, apabila hamba berkata: “Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”, Allah menjawab: “Hambaku telah memuliakan-Ku”, apabila hamba berkata: “Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat).” Maka Allah menjawab: “Hambaku telah mengagungkan Aku”, apabila hamba berkata: “ Hanya kepada Engkaulah (Ya Allah) kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”, Allah menjawab: “Ini adalah diantara Aku dan hamba Ku, dan hambaKu kan mendapatkan apa yang dia minta”, apabila hamba berkata: ''Tunjukilah kami jalan yang lurus yaitu jalan orang-orang yang Engkau telah karuniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat”, maka Allah menjawab: “Semua ini adalah untuk hamba ku, dan hamba ku akan mendapat apa yang dia minta".

Maka selesai solat akan kau rasakan ketenangan yang membuatmu lebih lebih malas untuk berbuat dosa dan lebih senang berbuat ibadah, itulah makna dari kalimat :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ، صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ 
( الفاتحة : 6-7 )

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” ( QS. Al Fatihah : 6-7 )

Dalami kedalaman maknanyadan rasakan kenikmatannya, dan setelah kau selesai solat pun kenikmatanya akan kekal dan abadi, menuntun kita dari waktu ke waktu, dari satu solat ke solat berikutnya, kita akan semakin luhur, semakin indah dan semakin jauh dari musibah hingga kita berjumpa dengan Dzat yang kita bersujud kepada-Nya, Allah subhanahu wata’ala. 

Saudara,

Semakin hari semakin banyak manusia yang menjauh dari kebenaran, namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

لاَ تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الْحَقِّ لاَ يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ وَهُمْ كَذَلِكَ 

“Terus menerus ada sekelompok dari ummatku yang mereka tetap nampak di atas kebenaran, tidak membahayakan mereka orang mencerca mereka sampai datang ketentuan Allah (hari kiamat) dan mereka dalam keadaan seperti itu.”

Disunting dari artikel dari laman: dieilafamily.blogspot.com
Majlis Rasulullah salallhu 'alaihi wasallam
________________
Shared By: bicara.hidayah 2 ( .. buat diriku ..)
Foto Illustrasi: Flickr.com
Grafiks: bicara.hidayah
☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆ ⋆ ☆

KETAM BEREMPAH.

share dari link fb ~Buku Resepi

KETAM BEREMPAH.
Oleh:Suhaidayanti Zulkifli
Like: Buku Resepi

500 gram ketam (cuci bersih potong 2@4).
3 ulas bawang merah. di mayang.*
2 ulas bawang putih. di mayang.*
3 tangkai cili kering. di potong besar-besar.*
setangkai daun kari.*
1 sudu teh biji sawi.*
2 sudu serbuk rempah campuran.
1 sudu teh serbuk lada hitam.
3-4 sudu air.
1-2 biji tomato.
2 sudu yogurt tanpa perisa.
suku cawan susu sejat.
garam. gula. serbuk perasa.

-tumiskan bahan yg bertanda * sehingga naik bau.
bancuh serbuk rempah dengan air masuk rempah. masak rempah sehingga agak garing.(pecah minyak). masuk kan ketam. susu. tomato. lada hitam. garam. gula. serbuk perasa. perlahankan api. biarkan lebih kurang 7-8 minit (sehingga ketam masak). setelah ketam masak masuk kan yogurt.
biarkan mendidih sekejap. tutup api dah siap.
kalau nak masuk kan telur boleh jugak. untuk kuah yg lebih pekat. masukan telur yg di pukul sedikit. gaul rata tutup api.
SELAMAT MENCUBA.
 

Muhasabah diri

share dari link fb ~He Who Has No One HAS Allah

Muhasabah diri:

Keluhan orang yang berdosa kerana dosa-dosanya,
ALLAH amat suka. Sekiranya gugurnya air mata saat menangis mengenang dosa-dosanya…itu dapat memadamkan api Neraka.

Takutnya kepada AlLLAH kalau-kalau berbuat salah atau takut tidak diampuni dosanya adalah ibadah. Sedangkan orang yang beribadah belum tentu jadi ibadah.

Kerana yang namanya ibadah mestilah sampai terasa dan dihayati oleh hati dalam ibadahnya, penghayatan itulah kerja hati....AllahuRabbi...AllahuAkhbar...

[Akhi Yusri Idham]

KABSA

share dari link fb ~Buku Resepi 
KABSA 
Sumber resipi: An Ideal Kitchen
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
LIKE: Buku Resepi

600g ayam (sy guna 1/2 ekor ayam dipotong2)
1/3 cawan minyak ( sy guna kurang dan sy guna campuran minyak zaitun dan marjerin)
2 cawan bawang besar yg didadu
1/2 Sudu teh halia diparut (sy tumbuk halia ni)
1 sudu besar garam (sy guna kurang dr ni)
1/2 sudu besar parutan kulit limau ( limau sunkist yer)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk buah pelaga ( sy guna biji buah pelaga, buang kulit dan tumbuk)
1 biji lemon kering ( tak guna sebab tak ada)
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk bunga cengkih ( sy tumbuk jer bunga cengkih hingga halus)
1 sudu besar puri tomato
2 cawan buah tomato didadu
1 1/2 cawan beras long grain(sy guna 2 1/2 cawan beras basmathi) - rendam 45 minit, bilas dan toskan
2 cawan lobak merah yg diparut
Lebih kurang 1 liter air
Bahan tabur: (digoreng dalam sedikit minyak dan toskan)
Kismis
Badam

Bahan2 lain yg saya tambah sendiri:
1 helai bay leaf
Sedikit kekoma (saffron) - rendam dalam sedikit jer air panas
1 kiub pati ayam


Cara membuatnya:
Panaskan minyak (sy guna campuran minyak zaitun dan marjerin) dan tumis bawang besar, halia dan bay leaf hingga layu. Masukkan ayam dan kacau hingga bertukar warna. Masukkan garam, parutan kulit limau, serbuk lada hitam, serbuk buah pelaga, serbuk kayu manis, lemon kering, serbuk bunga cengkih, buah tomato dan puri tomato. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan lebih kurang 1 liter air dan tutup periuk ( kalau takut terlebih air, kurangkan skit kuantitinya..kalau tak cukup bleh tambah kemudian). Masak sehingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan panggang hingga luarnya agak garing. Ketepikan. Masukkan beras, kiub ayam, lobak merah dan saffron bersama air rendamannya ke dalam periuk berisi kuah ayam tadi. Tutup periuk dengan tuala bersih dan tutup dengan tudung periuk. Tanak seperti biasa hingga masak. ( boleh ajer kalau nak guna rice cooker). Hidangkan nasi bersama ayam yang dipanggang dan bahan tabur.

Tip supaya beras tak patah semasa masak nasi ni, jangan kacau nasi semasa memasak, cuma balikkan perlahan2 menggunakan piring atau sudip yg hujungnya lebar.

Selamat mencuba

Nasi Ayam

share dari link fb ~Buku Resepi
Nasi Ayam Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Like: Buku Resepi

Bahan2 untuk nasi ayam:

1/2 ekor ayam
air secukupnya untuk merebus ayam
3 cawan beras (sy guna cawan matrik)
4-5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1 inci halia ditumbuk lumat
2 sudu teh atau secukup rasa garam
2 helai daun pandan
sedikit serbuk kunyit jika suka
sedikit minyak bijan jika suka
1 sudu teh serbuk atau 1 kiub pati ayam jika suka (sy guna tanpa msg )
1 sudu besar marjerin/butter + minyak secukupnya untuk menumis

Cara memasak:

Rebus ayam bersama air hingga ayam empuk. Asingkan ayam dgn stok td.

Panaskan marjerin/butter bersama minyak dan tumis bawang putih, halia dan daun pandan biar wangi tp jangan sampai garing. Masukkan 4 cawan stok rebusan ayam tadi bersama beras, garam, kunyit dan serbuk pati ayam jika suka dan tanak hingga nasi masak. Bila dah masak renjiskan sedikit minyak bijan atas nasi dan gaul.

Bahan2 untuk perap ayam:

2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2-3 sudu besar madu
jus dari sebiji limau kasturi
sedikit garam jika perlu

Satukan semua bahan. Toskan ayam yang direbus tadi dan gaul dgn bahan2 ini. Perap seketika sebelum digoreng atau dipanggang. Jika ada lebihan bahan perapan ni, boleh masukkan ke dalam sos kicap.

Bahan2 untuk sos kicap:

2 ulas bawang putih ditumbuk lumat
1/2 inci halia ditumbuk lumat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
1/4 cawan air rebusan ayam/air
Lebihan perapan ayam
garam jika perlu
gula
sedikit minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkn sos tiram dan kicap. Kacau sebentar. Masukkan air atau air rebusan ayam, baki perapan ayam jika ada, gula dan garam secukup rasa dan renihkan sebentar.

Bahan untuk sambal:

7 biji cili hidup (bleh campur cili api jika nak lebih pedas)
2 ulas bawang putih
sedikit halia (dlm 1/2 cm jer)
air, gula, garam, cuka secukupnya

Tumbuk atau kisar cili, bawang putih dan halia hingga lumat. Campur gula, garam, cuka dan air dan gaul rata. Bleh dihidangkan begitu sahaja atau boleh juga direnihkan sebentar atas api sederhana.

Bahan untuk sup:

3 ulas bawang merah dimayang
2-3 ulas bawang putih dimayang
1/2 inci halia dimayang
4 sekawan - kayu manis, bunga cegkih, bunga lawang, buah pelaga
2 cawan stok rebusan ayam
sedikit biji lada hitam atau lada putih jika suka
1 sudu teh rempah sup
1 sudu teh serbuk (1 atau kiub )pati ayam (sy guna tanpa msg)
garam secukup rasa
sedikit bawang goreng, daun sup dan daun bawang
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, 4 sekawan dan lada hitam/putih hingga garing. masukkan rempah sup dan kacau sebentar. Masukkan pula stok ayam, serbuk pati ayam, garam, separuh dari daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Renihkan sebentar. Tabur lebihan daun sup, daun bawang dan bawang goreng semasa menghidang.

Lain2 bahan: daun salad, hirisan tomato dan timun secukupnya

SINGKIRKAN FIKIRAN NEGATIF


share dari link fb ~Datuk Dr Maznah Hamid
SINGKIRKAN FIKIRAN NEGATIF 

Cita-cita atau tujuan hidup ini hanya boleh diraih jika anda mempunyi fikiran positif yang kuat dalam diri anda. Tanpa fikiran positif, agak sukar untuk kita menggapai apa yang anda cita-citakan. 

Keyakinan yang kuat adalah kunci kejayaan dalam segala apa yang kita lakukan. Anda mempunyai peluang yang lebih baik untuk berjaya jika anda yakin anda akan berjaya. Dan dengan kepercayaan anda boleh mengambil alih hidup anda hari ini.

Pelajari bagaimana mengawal fikiran negatif anda. Jangan mendedahkan fikiran negatif anda dalam kata-kata. Walaupun bukan mudah tetapi anda perlu berusaha. Ramai orang yang mengikut kata hati yang negatif bahawa mereka akan gagal. Jika anda salah satu dari padanya, yang paling penting yang anda boleh lakukan hari ini adalah untuk berhenti mempercayainya.

Manusia diciptakan memang unik. Kerana kemampuan kita untuk berubah demi menjadi apa yang kita mahukan. Namun sebelum kita boleh berubah, kita harus mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berubah. Kita ada pilihan. Mahu berubah ataupun tidak. Begitu juga dengan dosa dan pahala, syurga atau neraka. Kita boleh memilihnya.

Tanyakan pada diri anda apa yang boleh anda lakukan. Adakah anda ingin meneruskan hidup dengan fikiran negatif, keraguan, dan ketakutan? 

Fikiran positif dapat membangkitkan semangat demi mencapai tujuan. Motivasi yang kuat di dalam diri, kita akan memiliki apresiasi dan penghargaan yang tinggi terhadap diri dan hidup ini. Sehingga kita tidak akan ragu untuk melangkah ke depan, iaitu mencapai visi hidup kita.

Kita boleh menukar kebiasaan buruk dan yang negatif selagi anda anda percaya anda mampu mengubahnya. 

Salam Inspirasi dan singkirkan FIKIRAN NEGATIF MU !