10 October 2013

KABSA

share dari link fb ~Buku Resepi 
KABSA 
Sumber resipi: An Ideal Kitchen
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
LIKE: Buku Resepi

600g ayam (sy guna 1/2 ekor ayam dipotong2)
1/3 cawan minyak ( sy guna kurang dan sy guna campuran minyak zaitun dan marjerin)
2 cawan bawang besar yg didadu
1/2 Sudu teh halia diparut (sy tumbuk halia ni)
1 sudu besar garam (sy guna kurang dr ni)
1/2 sudu besar parutan kulit limau ( limau sunkist yer)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk buah pelaga ( sy guna biji buah pelaga, buang kulit dan tumbuk)
1 biji lemon kering ( tak guna sebab tak ada)
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk bunga cengkih ( sy tumbuk jer bunga cengkih hingga halus)
1 sudu besar puri tomato
2 cawan buah tomato didadu
1 1/2 cawan beras long grain(sy guna 2 1/2 cawan beras basmathi) - rendam 45 minit, bilas dan toskan
2 cawan lobak merah yg diparut
Lebih kurang 1 liter air
Bahan tabur: (digoreng dalam sedikit minyak dan toskan)
Kismis
Badam

Bahan2 lain yg saya tambah sendiri:
1 helai bay leaf
Sedikit kekoma (saffron) - rendam dalam sedikit jer air panas
1 kiub pati ayam


Cara membuatnya:
Panaskan minyak (sy guna campuran minyak zaitun dan marjerin) dan tumis bawang besar, halia dan bay leaf hingga layu. Masukkan ayam dan kacau hingga bertukar warna. Masukkan garam, parutan kulit limau, serbuk lada hitam, serbuk buah pelaga, serbuk kayu manis, lemon kering, serbuk bunga cengkih, buah tomato dan puri tomato. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan lebih kurang 1 liter air dan tutup periuk ( kalau takut terlebih air, kurangkan skit kuantitinya..kalau tak cukup bleh tambah kemudian). Masak sehingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan panggang hingga luarnya agak garing. Ketepikan. Masukkan beras, kiub ayam, lobak merah dan saffron bersama air rendamannya ke dalam periuk berisi kuah ayam tadi. Tutup periuk dengan tuala bersih dan tutup dengan tudung periuk. Tanak seperti biasa hingga masak. ( boleh ajer kalau nak guna rice cooker). Hidangkan nasi bersama ayam yang dipanggang dan bahan tabur.

Tip supaya beras tak patah semasa masak nasi ni, jangan kacau nasi semasa memasak, cuma balikkan perlahan2 menggunakan piring atau sudip yg hujungnya lebar.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment