17 December 2014

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV)

share dari link fb ~Bernama Radio24

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) adalah salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak zaman purba lagi dan digunakan dalam masakan serta perubatan. 

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan asid asetik dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi etanol oleh bakteria asid asetik.

Pengambilan cuka epal juga amat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum cuka epal dua kali sehari.

ANTARA KHASIAT CUKA EPAL :

Detox :
Detox berfungsi mengeluarkan toksin dan bahan berlebihan yang tidak diperlukan oleh tubuh. Amalan ini boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolestrol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

Kuruskan Badan :
Berupaya memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Diabetes & Kencing Manis : 
Cuka epal boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dan berupaya mencegah penyakit kencing manis serta arthritis. 

Selsema & Sakit Tekak : 
Meredakan selsema, sakit tekak dan jangkitan kuman. Sangan berkesan untuk asma atau sinus (resdung). Juga menolong menjelaskan penglihatan dan memulihkan sistem pencernaan.

Kulit : 
Sangat baik untuk kulit yang bermasalah seperti eczema. Merawat kulit berjerawat, tompok hitam yang tak sekata pada kulit dan selulit. Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi. Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.

Badan & Bau yang kurang menyenangkan :
Menolong meneutralkan pH badan/ mulut dan membunuh kuman & bakteria penyebab terhasilnya bau busuk..dan sesuai juga untuk masalah kaki berbau.

Keracunan Makanan :
Jika terkena keracunan makanan, minum 1 sudu setiap 5 minit selepas serangan keracunan. Juga boleh merawat cirit-birit kerana bahan ini mengandungi kadar pectin yang tinggi yang boleh menyelaputi dinding kolon yang terengsa (anti-diarrhea).

Selain daripada itu, asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam badan, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
------------------------------------------------------
"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan Oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi.

"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para Nabi sebelum aku".
- Diriwayatkan Oleh Aisyah, Muslim Dan Ibnu Maja

Jabir Menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Saya bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Dia menjawab "Tidak, hanya ada cuka." 
Nabi berkata, "cuka adalah sos yang baik" 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment