28 August 2014

SIRI RESEPI SARAPAN MASAKAN MAMAK: PURI ~~ RESEPI MASAKAN INDIA: PURI

share dari link fb ~Mamak Haji


SIRI RESEPI SARAPAN MASAKAN MAMAK: PURI 



"PURI" atau "POORI" adalah makanan ringan yang berasal dari benua kecil India yang mempunyai sejarah kewujudan yang beribu tahun. Perkataan, "PURI" adalah berasal dari Perkataan Bahasa Sanskrit purba, "Purikka", yang bermaksud "mengisi". Maka resepi puri ini adalah resepi yang telah berusia beribu tahun lamanya.


Puri sebenarnya adalah makanan ringan yang paling popular waktu sarapan pagi atau pun minum petang paling digemari rakyat negara India, Nepal, Pakistan dan Bangladesh, begitu hebat resepi puri ini. Hidangan Puri adalah makanan dalam kategori roti (goreng) seperti roti Nan, capati atau Roti Prata (canai) atau Makanan Barat "Tortillas". Ia dijamu dengan berbagai gulai atau pun sambal yang istimewa. Di negara Kita, sambal tumis ikan bilis atau pun sambal sardin boleh digunakan sebagai pencicah puri yang amat lazat. Tak perlulah ikut sangat resepi makanan India yang kebanyakan 'ala vegetarian itu. Kalau makan bersama dengan kari daging cincang masak itam mamak penang yang pekat melekat lagi sedap. 



Puri di negara ini amat digemari oleh masyarakat keturunan India. Apa yang mamak haji perhatikan penyediaan puri di restoren-restoren India di negara ini berbeza dengan puri di India. Puri di sini semasa panas lembut, kembang dan gelembung tetapi bila sejuk ia keras, liat dan menjadi leper seperti roti canai, maka untuk menutup kelemahan dalam menyediakan masakan resepi ini, kebanyakan restoren India, melembabkan puri supaya lembut dengan melapik dua keping puri diantara dua keping puri diletakan masakan kentang kurang pedas. Maka bentuk puri asal tidak lagi kelihatan. Ramai dari kalangan masyarakat India di negara ini kenal puri yang yang telah di'sandwich'kan dengan sambal kentang. Jadi jangan salah faham dengan respi mamak haji ini yea.




RESEPI MASAKAN INDIA: PURI




Bahan-Bahan Yang Diperlukan:



2 cawan (cup) tepung gandum.


1 - 2 sudu besar (tbsp) minyak masak.


1 sudu kecil susu tepung (sekiranya anda ingin puri lembut dan berlemak).


1/2 sudu kecil (tsp) gula.


1/4 sudu kecil (tsp) garam.


Air suam secukup untuk membuat doh seperti roti canai.



CARA-CARA MEMBUAT DOH:



1. Masukkan tepung gandum, tepung susu, garam dan gula dan minyak masak dalam sebuah bekas. Adunkan semua bahan-bahan ini supaya rata.



2. Masukan sedikit demi sedikit air suam dan uli tepung. Uli tepung sehingga anda mendapat doh seperti doh canai. Doh yang baik licin permukaan yang licin dan tak berlekit ditangan.



3. Biarkan doh tersebut di selimuti kain yang lembab selama 20 minit.



4. Bahagi-bahagikan doh itu beberapa bentuk bebola sama saiz yang berukuran sebiji buah lemon. (saiznya separuh dari saiz bebola roti canai atau capati. Titiskan beberapa titis minyak masak atas papan peleper (supaya tidak melekat) dan leperkan bentuk bulat bulat yang tebalnya sama ketebalan roti capati. Sekiranya anda tidak mempunyai papan dan kayu peleper (roller), anda boleh uli di atas kertas plastik dengan menggunakan botol bulat yang berbalut dengan plastik. Kalau mampu, dapatkan sebuah set peleper doh tepung yang sangat berguna di dapur anda.



5. Panaskan minyak dalam kuali dan mula goreng puri.Untuk gorengan yang terbaik sila baca tip-tip yang mamak haji berikan sejeap lagi.




Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http//jasminshahab205.blogspot.com

No comments:

Post a Comment