09 July 2014

Jangan tertipu dengan usia MUDA, kerana syarat mati tidak semestinya TUA.

share dari link fb ~ Zainab Ngah

Jangan tertipu dengan usia MUDA, kerana syarat mati tidak semestinya TUA.

Jangan terpedaya dengan tubuh yang SIHAT, kerana syarat mati tidak semestinya SAKIT.
Jangan terpedaya dengan harta kekayaan, sebab si kaya pun tidak pernah menyediakan kain kafan buat dirinya walaupun hanya selebar.

Mari terus berbuat baik, berniat untuk baik, berkata yang baik-baik, Memberi nasihat yang baik
meskipun tidak ramai orang yang mengenali kita, mengenang jasa kita dan tidak suka dengan nasihat kita.
Cukuplah ALLAH yang mengenali kita lebih daripada orang lain.
Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat, tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh-NYA.

“Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, 
Amalanku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang”
(Ibnu Mas’ud r.a)




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment