31 October 2014

Resepi Kulit Wantan/Siumai/dumpling

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tahrunnisah Jali added 11 new photos.

Resepi Kulit Wantan/Siumai/dumpling
250gm tepung gandum
80gm tpg ubi kalau takde tepung ubi boleh digantikan dgn tpg jagung

200-220ml air panas mendidih.. 

sedikit garam

1 1/2 sudu besar minyak masak

cara adunan

1. dalam bekas satukan tpg gandum dan tpg ubi atau tpg jagung serta garam serta
minyak masak
2. kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak
lekat kat tangan (mcm buat kulit karipap)
3. uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar dlm 20 minit dlm bekas tertutup
supaya doh tak keras

untuk intinya
2 keping dada ayam*
12 ekor udang dibuang kulit*
2 sudu besar tpg jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji sederhana besar carrot dipotong dadu kecil
sedikit daun bawang sekali ngan batangnya dipotong halus
2 ulas bawang putih dicincang halus/ditumbuk halus
garam, gula
1 biji bawang merah yang bersaiz kecil dipotong dadu
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
sedikit lada sulah /lada hitam
lada besar dipotong kecik2
sebiji telor ayam (dipukul dahulu)

caranya
1, kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya... hingga hancur
2. masukkan garam dan sedikit gula sebagai penambah perasa
3. masukkan telor , lada sulah minyak bijan, sos tiram dan semua sayur2 kacau
pakai senduk sahaja...


penyediaan siew mai
1. Mula2 kukus dahulu periuk pengukus
2. Sekarang...tabur tpg jagung atas papan pencanai
3. uli doh memanjang kemudian potong sama besar.. kebesaran tu seperti kita
buat kulit karipap..terpulang nak saiz mcmana..saya guna bekas plastik tuk
buat kulit siew mai..saya tekap
4. letak sedikit adunan inti dan mula melipat...cara ada pada gambar..buat sampai
habis... bentuk siew mai terpulang pada anda
5. Lapik siew mai ngan plastik utk elakkan ia melekat pada periuk kukusan..Kukus
siew mai dlm 5-7 minit
6.. jika nak goreng siap dibentuk boleh terus digoreng dlm minyak panas
7. sedia dihidang dengan sos thai atau boleh juga dibuat sup mana2 yang anda
suka..selamat mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment