Hotdogs & Mushrooms Pillow
Oleh:Noor Abdul Rahim
bahan-bahan Pillow :
1 1/2 sudu kecil instant yeast
1/4 cawan air suam
1/2 cawan susu suam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter - suhu bilik
cara-cara :
1. Campur yeast bersama gula, air suam & susu suam. Biarkan 15 minit hingga berbuih.
2. Campurkan kesemua bahan & gaul hingga menjadi dough.
3. Uli adunan selama 10 minit atau boleh diuli menggunakan mesen.
4. Letak dough kedalam mangkuk bersih yg telah disapu minyak sedikit. Tutup mangkuk dgn plastic wrap & biarkan ditempat suam supaya size dough berganda ( antara 1 - 1 1/2 jam ).
bahan-bahan inti :
250g cream cheese - suhu bilik
1 1/2 cawan keju cheddar atau keju campuran cheddar & mozarella - di parut
5 batang hotdog - di celur dalam air mendidih & di potong kiub kecil
1/2 tin cendawan butang - dipotong kecil-kecil
garam & lada hitam secukupnya
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 batang daun bawang (jika suka) - dihiris tipis
1 biji telur
2 sudu besar air
cara-cara :
1. Campur kesemua bahan ( kecuali telur & air ) hingga sebati & ketepikan dahulu.
2. Campur telur bersama air, ketepikan.
satukan :
1. Apabila dough ready, tumbuk untuk keluarkan angin & bulat-bulatkan dough.
2. Leperkan dough & bubuh inti ditengah. Tutup & pinch (cubit) rapat supaya apabila bakar inti tak terkeluar.
3. Letak kan diatas dulang pembakar, bahagian pinch di letak kebawah. Biarkan pillow rehat selama setengah jam. Sapukan campuran telur & air diatas roti.
4. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 190 darjah celcius selama 15 - 20 minit (ikut oven masing-masing)
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment