KEK PISANG BLENDER (kukus)
bahan :
4 biji pisang berangan
3 biji telur
1 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil bikarbonat soda*
(ayak bahan bertanda *)
1 sudu kecil ovalette
2 penutup esen vanilla
1 cawan minyak masak
cara - cara :
Blender telur dan gula hingga kembang dan berbuih.masukkan pisang, ovalette dan esen vanilla.blender hancur.tuang dalam bekas.
Campurkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yg telah diayak kedalam adunan yg telah diblender.
Kaup balik hingga sebati.
Masukkan minyak masak.gaul hingga sebati.
Sudukan kedalam papercup(isi penuh).
Kukus selama 5-7minit atau hingga masak.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment