02 February 2013

Ayam Goreng Berlada


share dari link fb ~Buku Resepi


Ayam Goreng Berlada 
Oleh:Sabrina Love Nanang

Bahan2:
1. Kepak ayam - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.

Dikisar halus:-
- 15 tangkai lada kering - direndam air panas supaya lembut.
- 1 cteh penuh lengkuas hiris.
- 1 cteh penuh halia hiris
- 1 batang serai - dihiris beberapa camca air (jika guna pengisar) utk memekatkan bahan rempah.
- 1 cteh rata serbuk kunyit - dicampur dgn bahan kisar diatas.
- minyak utk menumis.
- garam secukup rasa.

Cara Membuatnya:-
- kelar kepak ayam supaya perencahnya dapat diserap. Lipatkan bahagian hujung kepak ayam ke bawah, sperti bentuk tiga segi (supaya kepak ayam tidak mengembang keluar semasa digoreng).
- Lumurkan kepak ayam dgn bahan2 kisar, dan perap selama 15-20minit.
- Panaskan minyak. Setelah minyak pejar, kecilkan apinya, biar sederhana. Goreng kepak ayam hingga garing. Angkat dan toskan diatas kertas dapur.
- satu cara lain ialah sapukan sedikit minyak pada kepak ayam, kemudian panggang kepak ayam dlm ketuhar hingga garing.

Selamat Mencuba! :)
 

01 February 2013

Ukhuwah....


share dari link fb ~Hayati Yusof


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." Imam Al-Ghazali

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR.Tirmidzi)

" Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(surah al-'Asr:1-3)

Hargailah nikmat masa. Masa tidak menunggu kita dan isilah dengan segala amal kebaikan dan perkara yang bermanfaat. Subhanallah walhamdulillah walaa ilaaha illallah wallahu akbar. Sebagai renungan bersama, sebarkan salam, berzikir dan Salawat

***C T Rose Asmore ~Resepi Tart Keju



***C T Rose Asmore ~Resepi Tart Keju



Bahan Bahan Tart:
450 gm mentega
3 biji kuning telur
100 gm (Kraft Keju-diparut dan dilecek halus)
1 sudu teh essence vanilla
1kg tepung gandum
1 biji putih telur
100 gm gula halus
Caranya:
Mentega,kuning telur,putih telur,gula halus,keju dan vanilla digaul dgn tapak tangan hingga larut lalu masukkan tepung..Uli hingga menjadi doh!Canai seperti tart biasa dan masukkan intinya(dibeli yg dah siap jual di serbaneka.Hias dgn bunga padi mengikut cita rasa..
Perhatian:Oleh kerana saya orang yg ringkas,saya adunkan semua dlm pemukul mesin(adunan butter hingga kembang high speed dan taruh tepung memakai low speed)
Sekian terimakasih dan selamat mencuba!
 

Kek Mentega Cempedak


share dari link fb ~Buku Resepi


Kek Mentega Cempedak
Oleh:zulfaza love cooking

Kek yg harum mewangi dan enak dinikmati...cuba lah

250 gm mentega
200 gm gula
4 biji telur gred A
250 gm tepung kek (saya guna tepung gandum + 1 1/2 sk baking powder - diayak)
200 gm isi cempedak yang dihiris kecil - saya guna gunting sbb isinya lembik utk dihiris(kalau nak letak lebih skit pun boleh)
------
Pukul mentega dan gula hingga gebu dan pucat.
Masukkan telur sebiji2 sambil terus dipukul.
Masukkan tepung dan pukul sebentar hingga sebati.
Masukkan isi cempedak dan gaul rata menggunakan spatula/senduk.
Masukkan dalam loyang yg telah dilapik dgn baking paper dan bakar di dalam oven yg telah dipanaskan dahulu dgn suhu 160° celcius selama 45 minit atau hingga masak. Guna api atas bawah ye.

Selamat Mencuba! :)
 

***Rosnani Razali ~~Murtabak maggi ayam


***Rosnani Razali
Murtabak maggi ayam

bhn:
2 peket maggi ayam(rebus)
ayam cincang
1/2 bj bwg holland
1 sd kari
1/2 bj bwg putih
garam
6 bj telor

CARA:
masukkan maggi yg tlh direbus kedlm semua bhn...letak 2 sd minyak masak dipan ajaib..masakkan hingga masak

Seri muka pulut hitam

***Rohana Harun ~
sri muka pulut hitam:

A
150gm pulut hitam
100gm santan pekat
1 liter air
sedikit garam.
rendam pulut semalaman. masak seperti masak nasi dan biar betul2 kering santannya.
B
400gm beras pulut
400gm santan
sedikit garam.
kukus pulut dan santan. gaulkan A dan B. tekan padat2 dalam loyang 10x10. kukus 10 minit. tuang bhg atas dan kukus hingga masak.
bahagian atas;
1 cwn tpg gandum
1/2 cwn tpg kanji
1/2 cwn tpg beras
1 1/2 cwn gula
5 cwn santan
8helai daun pandan
2 biji telor
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
bancuh kesemua bahan. kacau hingga naik wap. tuang atas pulut. kukus hingga masak..sejukan dulu baru potong..
Selamat Mencuba..

Info Kesihatan: Bahaya Duduk Atas Dompet


share dari link fb ~Johor Southern Tigers
Info Kesihatan:
Bahaya Duduk Atas Dompet


Jangan duduk atas dompet anda. Memang sudah menjadi kebiasaan kita, terutamanya lelaki yang letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet. Salah ke letak dompet dekat poket belakang dan duduk di atas dompet?

Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah. Jadi, untuk memastikan tulang belakang anda terus sihat, maka gunakanlah poket di bahagian depan.Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet anda. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit belakang.

Pada peringkat awal sakit itu tidak datang dan mungkin akan rasa bertahun kemudian. Sakitnya bermula di pinggang sehingga boleh dibawa ke kaki. Duduk di atas dompet untuk satu jangka masa yang lama, biasanya berlaku pada mereka yang bekerja di pejabat. Jadi, cuba bangun dan berjalan-jalan selama satu minit bagi merenggangkan tulang belakang.

#Admin Sha Kett