Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan
menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada
segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian
ialah orang-orang yang berjaya.
(A-li'Imraan 3:104)
..ampunilah kami insan yang BERDOSA Ya Allah.
(A-li'Imraan 3:104)
..ampunilah kami insan yang BERDOSA Ya Allah.
Oleh
sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai
Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan
demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai
Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan
Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang
musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (agama Islam yang aku
bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka
telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu
menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan
(dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah
laku) sekalian hambaNya.
(A-li'Imraan 3:20)
No comments:
Post a Comment