Akan Ku Buru Iman
Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh
Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah.
Ya, bak kata kumpulan Raihan, kita tak akan dapat memiliki iman jika tidak kembali pada Allah. Begitu juga dengan diriku, seorang insan cukup sempurna Allah ciptakan namun masih mencari-cari, di mana imanku. Apakah masih bersisa iman di dadaku atau yang tinggal hanyalah debunya saja, yang bakal di tiup angin-angin leka duniawi. Ahh.., iman oh iman, penting sangatkah iman ini? Hebatkah kita jika punya iman di dada, bahagiakah?.
Aku pelik dengan sahabat-sahabat sekeliling. Kak Yana, Zafirah dan Khadijah. Dari bergemulang dengan dosa, sekelip mata berubah begini. Dengan tudung labuhnya, sarung kaki, serta pergaulan semuanya dijaga rapi. Apabila di tanya, jawab mereka, ingin menjaga iman dan hati. Ahh, lagi-lagi iman!..
"Kak Yana, maniskah iman itu?..best ke kalau dapat iman itu?. Boleh cerita tak? Saya nak bayangkan, " Tanyaku ingin kepastian. Masakan tidak, aku tidak pernah merasa apakah iman itu? Manis, pahit, gembira , bahagia, tenang.. Semua belum pernah ku rasai dan sedikit pun aku tidak tahu ada apa dengan rasa iman. Cuma yang pernah ku dengar berkaitan iman, semuanya positif-positif belaka!.
Kak Yana tersenyum manis memandangku dengan lesung pipit di pipi. Ayu sekali dengan tudung labuh litupnya!
"Sayangku Amani, akak tak boleh nak gambarkan betapa manisnya iman yang akak rasakan sekarang, Amani kena gapai sendiri iman itu dan rasakan manisnya. Cuma, akak boleh ceritakan di sini, bila kita lakukan semua benda hanya semata-mata mendapat redha-Nya, menjaga hati dan iman kerana Allah, Ya Allah, indah rasanya."
"Kita rasa tak sabar nak dating dengan Allah selalu, tertunggu-tunggu bila masuknya waktu solat, kadang-kadang bila kita terpandang kalam Allah, Al-Quran, terasa tersangat rindu dengan ayat-ayatnya, bila baca satu helai, nak baca lagi sehelai, bila sudah baca dua helai, nak baca tiga helai pula. MasyaAllah, sungguh bahagia bila kita selalu rindukan Allah."
"Saat berada di sekeliling rakan-rakan yang sama-sama cintakan agama, kita rasa sangat gembira. Satu persaan yang sangat menyenangkan. Zikirullah ibarat terapi jiwa dan minda, kita bencikan perbuatan dosa yang kita pernah lakukan, benci sebencinya, dan terasa hati kita sentiasa inginkan kebaikan, walau sekecil-kecil pahala. Bila kita melakukan dosa secara sengaja mahu pun tidak, hati terasa tak tenang serta gelisah selagi tidak bertaubat, walaupun dosa itu kecil saja. Sungguh sayangku, Amani kena rasai sendiri betapa manisnya iman itu."
Kak Yana tersenyum manis lagi padaku. Panjang sungguh huraian Kak Yana. Sungguh, aku sukar percaya, wanita di hadapanku sekarang ialah wanita yang pernah mengajakku keluar malam, berpesta suka ria, menghabiskan masa melakukan perkara sia-sia, bercouple sana sini. Aku kagum. Kagum dengan perubahannya, mencari redha Allah dengan menjaga iman.
"Habis tu Kak Yana, macammana saya nak dapatkan iman tu? Rasa teringin pula bila dengar cerita akak." Tanyaku lagi, tersengih-sengih malu. Aku malu, masakan tidak, Kak Yana tahu bagaimana perangaiku, ada hati teringin merasa manisnya iman. Namun ku tahu, demi ilmu dan agama, malu ku tolak ke tepi.
Jawapan Kak Yana mudah tapi padat.
"Bertaubat dahulu. Tinggalkan perbuatan dosa, lakukan perbuatan yang menyumbang pahala, Sentiasalah rasa menyesal dalam diri atas perbuatan dosa kita, dan tanamkan rasa bahagia, gembira dan seronok dalam melakukan perbuatan baik. Sentiasa punya tekad untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi Allah. Allah pun akan sayang kita jika kita melakukan semuanya kerana Dia."
"Dia Maha melihat, Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah, Amani akan rasa kemanisan iman itu datang sedikit demi sedikit. Ikhlaskan semuanya kerana Allah, hati, lisan dan perbuatan. Cuma, akak berpesan, bila sekali sudah merasa manisnya iman itu, jangan pernah kita rasa cukup. Hati manusia ini Allah jadikan lembut, mudah goyah dengan bisikan syaitan. Sentiasalah topup diri kita walaupun kita dah rasa ilmu agama dalam diri kita sudah steady dan baik. Allah sentiasa sayangkan hambanya yang sentiasa berkejar mencari redha-Nya. InsyaAllah"
Terasa hatiku berdegup laju, sebak di dada. Betulkah Allah sayangkan aku. Kalau Allah sayangkan aku, mengapa aku masih lagi begini?. Ajal maut tak menunggu aku walaupun sesaat. Tidak, Aku harus melakukan sesuatu. Allah berikan aku nyawa, dan haruskah aku menggunakan nyawaku, hayatku untuk perkara sia-sia? Allah berikan nyawa untuk ku pada-Nya.
Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah atas segala dosaku dalam mensia-siakan umur yang diberikan-Mu. Akan ku kembali pada-Mu Ya Rabb. Akan ku rasa manisnya iman itu. Tunggu, akan ku buru mu iman!

No comments:
Post a Comment