shared Mutiara Hati Santapan Rohani's photo.
Suatu ketika seorang kaya yang kedekut telah mengalami mimpi ngeri yang sangat menakutkan. Dalam mimpinya dia dikejar oleh api yang besar serta menggerunkan. Dalam mimpinya itu dia lari
dengan sekut-kuatnya namun api itu mengejar dengan laju. Ketika api itu hampir menyambar badannya, datang satu pelepah pisang yang menjadi pelindung. Dia terselamat.
Apabila terjaga dari tidur dia masih menggeletar dan berpeluh kerana ketakutan. Pagi esoknya dia pergi meninjau kebun pisang di belakang rumahnya dan memang dia dapati terdapat satu pelepah pisang yang ada kesan dipotong dengan pisau.
Orang kaya itu bertanya-tanya dengan penduduk kampung kalau mereka tahu siapa yang mengambil satu pelepah pisang tersebut. Seorang pemuda telah mengaku dan minta maaf kerana tidak minta izin terlebih dahulu. Pemuda itu mengatakan yang dia terpaksa mengambil pelepah pisang itu untuk dia pulang ke rumah sebagai payung dari hujan yang amat lebat.
Semenjak dari peristiwa itu orang kaya tersebut telah berubah menjadi pemurah. Dia berfikir sedangkan satu pelepah pisang yang diambil tanpa izin pun sudah menjadi pelindung dari api yang mengejarnya betapalah kalau membanyakkan sedekah.
No comments:
Post a Comment