Gambar sekadar hiasan - link dishare dari Ustaz Ramli Joned rakan fb
Bismillahir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 29 SEPT 2012:
ISTERI PEMIMPIN NEGARA MENJADI BIDAN
PADA SUATU MALAM, Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menjalankan rondaan seperti biasa, hingga tiba di luar kota... Tiba-tiba kelihatan
unggun api di kejauhan... Umar al-Khattab menghampirinya bagi mengetahui siapa yang bermalam disitu... Didapati ada sebuah khemah usang disitu.... Di luar khemah itu duduk seorang lelaki sambil menghadap unggun api.... Selepas mengucapkan salam, Umar Al-Khattab terus bertanya: “Adakah kamu sedang bermusafir?” ... “BENAR WAHAI TUAN, SAYA DATANG KE SINI MAHU MENGADU KESUSAHAN SAYA PADA AMIRUL MU’MININ UMAR AL-KHATTAB..” ..
Tiba-tiba, KEDENGARAN SUARA PEREMPUAN MENGERANG MENAHAN KESAKITAN dari dalam khemah itu... Umar al-Khattab lantas bertanya siapa perempuan itu dan apa yang telah terjadi kepadanya... “Dia isteri saya yang sedang sarat mengandung, dia hendak melahirkan anak kami.” Wajah lelaki itu nampak cemas... “SIAPAKAH BIDANNYA?” Umar al-Khattab juga mula cemas... “Kami Musafir, tiada siapa yang kami kenal disini.. Demi ALLAH, saya amat risaukan isteri saya.” kata lelaki itu sambil mengeluh.... “Kamu tunggu di sini, saya carikan bidan.” Ujar Umar al-Khattab...
Umar al-Khattab segera pulang kerumahnya lalu mengejutkan isterinya, UMMI KALSUM yang sedang lena tidur... “TUHAN MEMBUKA PINTU KEBAJIKAN KEPADA KAMU... JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG INI.... di luar sana ada seorang wanita yang hendak bersalin tetapi tidak ada siapa yang membantu kerana mereka musafir... Bersiaplah segera, kita ke sana.” Jawab Umar.... Tanpa banyak bersoal lagi, UMMI KALSUM bersiap... Sementara menunggu isterinya ummi kalsum bersiap tadi, Umar al-Khattab sempat mengambil sedikit makanan bagi diberikan kepada musafir itu... Setibanya mereka di khemah itu, Ummi kalsum terus menjalankan tugasnya menyambut kelahiran bayi itu... UMAR AL-KHATTAB pula menjerang air serta memasak sedikit tepung.... tiba-tiba kedengaran suara bayi dari dalam khemah itu...
“SYUKUR PADA TUHAN KERANA ISTERI SAYA SELAMAT MELAHIRKAN... TERIMA KASIH KEPADA TUAN YANG BAIK HATI MENCARIKAN SEORANG BIDAN.” Kata suami wanita itu.... UMMI KALSUM pun keluar dari khemah itu dan berkata kepada suaminya... “WAHAI SUAMIKU AMIRUL MU’MININ UMAR AL-KHATTAB, BERSYUKURLAH kerana perempuan itu selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.”... Barulah musafir itu tahu bahawa lelaki yang sedang membantunya itu adalah Khalifah Umar al-Khattab dan isterinya.... Dia berasa amat terharu dan berterima kasih kepada Khalifah Umar al-Khattab... “SAYA SUDAH SEDIAKAN AIR DAN MAKANAN untuk kamu berdua... Selepas isteri kamu sihat, datanglah berjumpa saya... Kamu pasti mendapat bantuan,” kata Khalifah Umar al-Khattab...
No comments:
Post a Comment