05 September 2012

~* Damba Kasih *~


~* Damba Kasih *~ 

Ya ALLAH..
aku sangat mendambakan kasihMU,
kerana baru kusedar, itu sahaja yang aku perlukan dalam hidupku..
redhalah aku sebagai hambaMu ya Allah


Ya ALLAH..
semakin jauh ku dariMu
semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh tuhan Yang Maha Pengasih
siapalah diriku di pandangan-MU

semakin cuba ku dekati
semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh tuhan Yang Maha Sempurna
kerdilnya diriku di hadapanMu

bagaimanakah nantinya
tika berhadapan dengan MU
sudikah Engkau menerima hambaMu yang hina ini
ya Allah Kau Maha Pengampun

dibayangi mentari aku kealpaan
dusta dunia penuh kepura-puraan
di kala dini hari aku kepasrahan
mendamba jernih embun kasih sayangMu oh Tuhan

andainya dihitung amalanku
belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurgaMu
oh tuhan yang Maha Pemurah
hindari diriku dari seksaMU








No comments:

Post a Comment