30 September 2012

Ikan kecil dan air

...Ikan Kecil dan Air...

Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai. Sang Ayah berkata kepada anaknya, “Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini, tanpa air kita semua akan mati.”

Pada saat yang bersamaan, seekor ikan kecil mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ikan kecil itu mendadak gelisah dan ingin tahu apakah air itu, yang k
atanya begitu penting dalam kehidupan ini. Ikan kecil itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hai tahukah kamu dimana tempat air berada? Aku telah mendengar percakapan manusia bahwa tanpa air kehidupan akan mati.”

Ternyata semua ikan yang telah ditanya tidak mengetahui dimana air itu, si ikan kecil itu semakin kebingungan, lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan sepuh yang sudah berpengalaman, kepada ikan sepuh itu ikan kecil ini menanyakan hal yang sama, “Dimakah air?”

Ikan sepuh itu menjawab dengan bijak, “Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu bahkan tidak menyadari kehadirannya. Memang benar, tanpa air kita semua akan mati.”

Apa arti cerita tersebut bagi kita. Manusia kadang-kadang mengalami situasi yang sama seperti ikan kecil, mencari kesana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan, padahal ia sedang menjalaninya, bahkan kebahagiaan sedang melingkupinya sampai-sampai ia sendiri tidak menyadarinya.

29 September 2012

Doa dan Solat Sunat Syukur

shared Izinkan Saya Share's photo.

 SOLAT SUNAT SYUKUR
Apabila mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. Cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah sujud syukur,
sembahsyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.
Sembahyang ini dilakukan dalam dua rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam, asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.
Dari Buku Panduan Lengkap Sembahyang Sunat

Jemput LIKE Page : Izinkan Saya Share
Tag & Kongsikan... Semoga memberi Manfaat kepada kita semua...

Tinta renungan bersama

Tips mendidik wanita cara Nabi Muhammad SAW

Tips mendidik wanita cara Nabi Muhammad SAW. Bagi para suami atau bakal suami, didik & ajarilah wanita dengan sebaik-baiknya. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:

'Ajarilah wanita itu dengan cara yang sebaik-baiknya, kerana wanita itu dijadikan dari seumpama tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika engkau paksa meluruskannya, nescaya (patah), dan jika engkau biarkan sahaja, sentiasa ia bengkok. Sebab itu nasihatilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya..' (Sahih Al-Bukhari).

p/s: sebaik-baik harta adalah wanita solehah..^^

Hidup ini tak selalunya indah

shared ~~LaMan CinTa~~'s photo.
Hidup ini tak selalunya indah, 
Hidup ini berwarna warni macam pelangi.
Ada masa susah ,ada masa senang..
Ada masa suka..ada masa duka.
Oleh itu,sentiasalah bersyukurlah pada Allah,
Mudah-mudahan kita akan menjadi hambaNya yang lebih beriman dan bertaqwa…..

Mutiara kata untuk renungan

ISTERI PEMIMPIN NEGARA MENJADI BIDAN

Gambar sekadar hiasan - link dishare dari Ustaz Ramli Joned rakan fb

Bismillahir rohma nir rohim
SANTAPAN ROHANI - PAGI SABTU 29 SEPT 2012:
ISTERI PEMIMPIN NEGARA MENJADI BIDAN

PADA SUATU MALAM, Khalifah Umar Al-Khattab r.a. menjalankan rondaan seperti biasa, hingga tiba di luar kota... Tiba-tiba kelihatan
unggun api di kejauhan... Umar al-Khattab menghampirinya bagi mengetahui siapa yang bermalam disitu... Didapati ada sebuah khemah usang disitu.... Di luar khemah itu duduk seorang lelaki sambil menghadap unggun api.... Selepas mengucapkan salam, Umar Al-Khattab terus bertanya: “Adakah kamu sedang bermusafir?” ... “BENAR WAHAI TUAN, SAYA DATANG KE SINI MAHU MENGADU KESUSAHAN SAYA PADA AMIRUL MU’MININ UMAR AL-KHATTAB..” .. 

Tiba-tiba, KEDENGARAN SUARA PEREMPUAN MENGERANG MENAHAN KESAKITAN dari dalam khemah itu... Umar al-Khattab lantas bertanya siapa perempuan itu dan apa yang telah terjadi kepadanya... “Dia isteri saya yang sedang sarat mengandung, dia hendak melahirkan anak kami.” Wajah lelaki itu nampak cemas... “SIAPAKAH BIDANNYA?” Umar al-Khattab juga mula cemas... “Kami Musafir, tiada siapa yang kami kenal disini.. Demi ALLAH, saya amat risaukan isteri saya.” kata lelaki itu sambil mengeluh.... “Kamu tunggu di sini, saya carikan bidan.” Ujar Umar al-Khattab...

Umar al-Khattab segera pulang kerumahnya lalu mengejutkan isterinya, UMMI KALSUM yang sedang lena tidur... “TUHAN MEMBUKA PINTU KEBAJIKAN KEPADA KAMU... JANGAN SIA-SIAKAN PELUANG INI.... di luar sana ada seorang wanita yang hendak bersalin tetapi tidak ada siapa yang membantu kerana mereka musafir... Bersiaplah segera, kita ke sana.” Jawab Umar.... Tanpa banyak bersoal lagi, UMMI KALSUM bersiap... Sementara menunggu isterinya ummi kalsum bersiap tadi, Umar al-Khattab sempat mengambil sedikit makanan bagi diberikan kepada musafir itu... Setibanya mereka di khemah itu, Ummi kalsum terus menjalankan tugasnya menyambut kelahiran bayi itu... UMAR AL-KHATTAB pula menjerang air serta memasak sedikit tepung.... tiba-tiba kedengaran suara bayi dari dalam khemah itu...

“SYUKUR PADA TUHAN KERANA ISTERI SAYA SELAMAT MELAHIRKAN... TERIMA KASIH KEPADA TUAN YANG BAIK HATI MENCARIKAN SEORANG BIDAN.” Kata suami wanita itu.... UMMI KALSUM pun keluar dari khemah itu dan berkata kepada suaminya... “WAHAI SUAMIKU AMIRUL MU’MININ UMAR AL-KHATTAB, BERSYUKURLAH kerana perempuan itu selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.”... Barulah musafir itu tahu bahawa lelaki yang sedang membantunya itu adalah Khalifah Umar al-Khattab dan isterinya.... Dia berasa amat terharu dan berterima kasih kepada Khalifah Umar al-Khattab... “SAYA SUDAH SEDIAKAN AIR DAN MAKANAN untuk kamu berdua... Selepas isteri kamu sihat, datanglah berjumpa saya... Kamu pasti mendapat bantuan,” kata Khalifah Umar al-Khattab...

24 September 2012

Akan Ku Buru Iman

Akan Ku Buru Iman 

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum warohmatullah wabarokatuh

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah.

Ya, bak kata kumpulan Raihan, kita tak akan dapat memiliki iman jika tidak kembali pada Allah. Begitu juga dengan diriku, seorang insan cukup sempurna Allah ciptakan namun masih mencari-cari, di mana imanku. Apakah masih bersisa iman di dadaku atau yang tinggal hanyalah debunya saja, yang bakal di tiup angin-angin leka duniawi. Ahh.., iman oh iman, penting sangatkah iman ini? Hebatkah kita jika punya iman di dada, bahagiakah?.

Aku pelik dengan sahabat-sahabat sekeliling. Kak Yana, Zafirah dan Khadijah. Dari bergemulang dengan dosa, sekelip mata berubah begini. Dengan tudung labuhnya, sarung kaki, serta pergaulan semuanya dijaga rapi. Apabila di tanya, jawab mereka, ingin menjaga iman dan hati. Ahh, lagi-lagi iman!..

"Kak Yana, maniskah iman itu?..best ke kalau dapat iman itu?. Boleh cerita tak? Saya nak bayangkan, " Tanyaku ingin kepastian. Masakan tidak, aku tidak pernah merasa apakah iman itu? Manis, pahit, gembira , bahagia, tenang.. Semua belum pernah ku rasai dan sedikit pun aku tidak tahu ada apa dengan rasa iman. Cuma yang pernah ku dengar berkaitan iman, semuanya positif-positif belaka!.

Kak Yana tersenyum manis memandangku dengan lesung pipit di pipi. Ayu sekali dengan tudung labuh litupnya!

"Sayangku Amani, akak tak boleh nak gambarkan betapa manisnya iman yang akak rasakan sekarang, Amani kena gapai sendiri iman itu dan rasakan manisnya. Cuma, akak boleh ceritakan di sini, bila kita lakukan semua benda hanya semata-mata mendapat redha-Nya, menjaga hati dan iman kerana Allah, Ya Allah, indah rasanya."

"Kita rasa tak sabar nak dating dengan Allah selalu, tertunggu-tunggu bila masuknya waktu solat, kadang-kadang bila kita terpandang kalam Allah, Al-Quran, terasa tersangat rindu dengan ayat-ayatnya, bila baca satu helai, nak baca lagi sehelai, bila sudah baca dua helai, nak baca tiga helai pula. MasyaAllah, sungguh bahagia bila kita selalu rindukan Allah."

"Saat berada di sekeliling rakan-rakan yang sama-sama cintakan agama, kita rasa sangat gembira. Satu persaan yang sangat menyenangkan. Zikirullah ibarat terapi jiwa dan minda, kita bencikan perbuatan dosa yang kita pernah lakukan, benci sebencinya, dan terasa hati kita sentiasa inginkan kebaikan, walau sekecil-kecil pahala. Bila kita melakukan dosa secara sengaja mahu pun tidak, hati terasa tak tenang serta gelisah selagi tidak bertaubat, walaupun dosa itu kecil saja. Sungguh sayangku, Amani kena rasai sendiri betapa manisnya iman itu."

Kak Yana tersenyum manis lagi padaku. Panjang sungguh huraian Kak Yana. Sungguh, aku sukar percaya, wanita di hadapanku sekarang ialah wanita yang pernah mengajakku keluar malam, berpesta suka ria, menghabiskan masa melakukan perkara sia-sia, bercouple sana sini. Aku kagum. Kagum dengan perubahannya, mencari redha Allah dengan menjaga iman.

"Habis tu Kak Yana, macammana saya nak dapatkan iman tu? Rasa teringin pula bila dengar cerita akak." Tanyaku lagi, tersengih-sengih malu. Aku malu, masakan tidak, Kak Yana tahu bagaimana perangaiku, ada hati teringin merasa manisnya iman. Namun ku tahu, demi ilmu dan agama, malu ku tolak ke tepi.
Jawapan Kak Yana mudah tapi padat.

"Bertaubat dahulu. Tinggalkan perbuatan dosa, lakukan perbuatan yang menyumbang pahala, Sentiasalah rasa menyesal dalam diri atas perbuatan dosa kita, dan tanamkan rasa bahagia, gembira dan seronok dalam melakukan perbuatan baik. Sentiasa punya tekad untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan demi Allah. Allah pun akan sayang kita jika kita melakukan semuanya kerana Dia."

"Dia Maha melihat, Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Penyayang. InsyaAllah, Amani akan rasa kemanisan iman itu datang sedikit demi sedikit. Ikhlaskan semuanya kerana Allah, hati, lisan dan perbuatan. Cuma, akak berpesan, bila sekali sudah merasa manisnya iman itu, jangan pernah kita rasa cukup. Hati manusia ini Allah jadikan lembut, mudah goyah dengan bisikan syaitan. Sentiasalah topup diri kita walaupun kita dah rasa ilmu agama dalam diri kita sudah steady dan baik. Allah sentiasa sayangkan hambanya yang sentiasa berkejar mencari redha-Nya. InsyaAllah"

Terasa hatiku berdegup laju, sebak di dada. Betulkah Allah sayangkan aku. Kalau Allah sayangkan aku, mengapa aku masih lagi begini?. Ajal maut tak menunggu aku walaupun sesaat. Tidak, Aku harus melakukan sesuatu. Allah berikan aku nyawa, dan haruskah aku menggunakan nyawaku, hayatku untuk perkara sia-sia? Allah berikan nyawa untuk ku pada-Nya.

Astaghfirullah, ampunkan aku ya Allah atas segala dosaku dalam mensia-siakan umur yang diberikan-Mu. Akan ku kembali pada-Mu Ya Rabb. Akan ku rasa manisnya iman itu. Tunggu, akan ku buru mu iman!

buat Muhasabah DIRI...

Photo: buat Muhasabah DIRI

Diriku, 
Dalam rancak kau menyiram taman hati insan lain,
Kau terlupa membaja taman hatimu sendiri,
Agar ia sentiasa segar dalam hubungan dengan Allah,
Tersentuh dengan daulat-Nya
Merasa terpikul amanah ad-deen ini?.
Bukan kerana kau berjemaah,
Namun kerana engkau di bawah perintah-Nya.
Diriku,
Seringkah kau mencari jalan,
Agar hatimu sentiasa lembut halus sentuhannya,
Agar sentiasa sedar akan keagungan-Nya
Insafi kekerdilan, kelemahan, kealpaan & kesilapan dirimu??
Ketahuilah diriku,
Hatimu itu keras, khusyu?mu kurang
Syukur & redhamu tidak banyak kau hadiahkan pada-Nya
Terlalu banyak kurang & salahmu?
Diriku,
Tunaikanlah solatmu dalam khusyu? & tenang
Muhasabahlah dirimu kala sunyi,
Selamilah kalam-kalam al-Quran yang kau perjuangkan
Padanya da bekalan
Untuk kau terus menongkah bahtera perjuangan ini
Diriku,
Pada nawafil & amalan sunat
Ada jalan yang hampir untukmu berkasih sayang dengan tuhanmu
Pada qiamullail di keheningan malam
Bersama bisikan doa & munajatmu,
Diiringi esak airmata keinsafan & keikhlasanmu,
Kau akan temui kemanisan taqarrub di bawah duli kebesaran-Nya
Di situ ada bekalnya?.
Lazimilah awal dirimu dengan al-Ma?thurat
Pasti kau akan mengenali siapa dirimu sebagai da?ie.
Diriku,
Pada tawadhu?, pada ukhwah fillah, pada infaq fi sabilillah,
Pada uzlah muhasabah diri, pada zikir selawat,
Adalah ketenangan dan kekuatanmu.
Diriku,
Ketahuilah bahawa hanya hati yang hidup sahaja
Yang bisa memberikan nafas kepada hati yang mati ?.
Hati yang turut mati tidak mungkin menyembuhkan
Hati yang sakit apatah lagi menghidupkan hati yang mati?.
Diriku,
Amanahlah kau di hadapan manusia
Kerana kedaulatan Tuhanmu?.
Namun rasailah kekerdilan dirimu
Di hadpan kudrat dan iradat-Nya?.
PASAKKAN KEYAKINAN UNTUK SATU PERUBAHAN
buat Muhasabah DIRI

Cukuplah Allah bagiku... (dari link sahabat)

Photo: Bismillahirrahmanir rahim..

Dengan namaMu Ya Allah Yang Sentiasa Mengasihi hamba- hambaMu
Ingin aku berbicara denganMu di setiap masa yang aku ada dan di setiap tempat aku berada
Ingin aku meluahkan segala apa yang terpendam dalam hati ini
Walau aku tahu Engkau sangat-sangat memahami dan mengetahui,
Tanpa aku bicarakannya kepadaMu
Malah Engkau lebih tahu segalanya tentang aku daripada diriku sendiri
Kerana Engkau yg memiliki sekeping hati ini
Kerana Engkau lebih dekat denganku daripada urat leherku sendiri

Ya Rabbi, sudilah pandang aku
Ya Rabbi, izinkan aku menghadapMu berulang kali sehingga ke akhir hayatku.
Aku tahu..
Aku sering menghadapMu dengan wajah yang kelam, tidak berseri
Aku sering berhadapan denganMu tika jiwaku berkeluh kesah
Aku mencariMu hanya di waktu susah dan derita.
Di saat senang dan sibuk dengan dunia, aku melupakanMu.
Aku lupa bahawa hidup ini hanya untukMu
Aku leka bahawa dunia ini hanya sementara untuk aku mencari bekal sebanyaknya
Namun, di saat ini aku hadir untuk menghadapMu
Bersama dosa dan noda yang tak terhitung banyaknya
Disebabkan kelalaianku menurut hawa nafsu
Dan tertipu dengan dunia dan syaitan
Allah, pandanglah aku dengan kasih sayangMu
Pandanglah aku dengan keampunanMu
Aku sangat mengharapkan kasih sayang dan redhaMu
Kerana aku benar-benar menagih syurgaMu dan aku takut nerakaMu
Tapi, layakkah aku Ya Allah?
Ya Rabbi, seandainya di saat ini Engkau menjemputku pulang,
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu?
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini?
Bagaimanakah keadaanku waktu itu??
Hitamkah wajahku bila berhadapan denganMu?
Berseri dengan sinar cahayakah wajah ini?
Berlarikah aku menujuMu kerana rindu untuk menemuiMu?
Atau menggigil ketakutan kerana takut dan malu denganMu?
Allah, aku bimbang..
Aku gusar dan takut Ya Allah..
Apabila memikirkan saat itu
Kerana banyaknya dosa aku terhadapMu.
Allah, sukarnya untuk aku meredahi cabaran dunia ini
Ingin ku buang jauh duniaku yang melalaikan
Tapi ia selalu menarik-narik hatiku untuk tetap mengulangi kesilapan terhadapMu
Kadang-kadang aku terlupa, kadang-kadang aku sengaja
Aku takut padaMu Allah tapi kenapa aku seringkali mengulangi dosa-dosa terhadapMu?
Aku sering berjanji di depanMu untuk menyerahkan hidup matiku hanya untukMu
Namun sering aku memungkiri janji-janjiku itu tanpa rasa berdosa
Aku pernah menangis keranaMu kerana takutkan azabMu
Kemudian aku ketawa semula di saat aku lupa tentangMu
Semudah itu Ya Allah aku sebagai hamba yg sebenarnya tidak layak melakukan sebegitu
Tapi Engkau Ya Allah, tetap memberi peluang untuk aku kembali padaMu
Engkau sentiasa bersedia mengampuniku. ..

Aku takut Ya Allah, seandainya waktu aku tiba untuk kembali padaMu
Aku dalam keadaan tidak bersedia dan penuh dengan hitam noda
Apakah yang mampu aku persembahkan di hadapanMu kelak?
Mampukah aku memulangkan segala pinjaman yang Engkau beri kepadaku dalam keadaan yg terbaik?
Allah, aku mohon dengan sangat..
Sucikanlah hati aku dengan maghfirahMu
Agar tersenyum aku pulang mengadapMu
Allah, terimalah taubatku
Agar bercahaya wajahku dengan nuurMu bertemu denganMu
Allah, pimpinlah aku dengan hidayahMu
Agar mudah jalanku ke JannahMu...
 pegang eratlah hati ini agar sentiasa aku rasa dekat denganMu

Aku harap Kau terima amalku untuk aku persembahkan di hadapanMu kelak
Ya Allah, dengarkanlah rintihan & permohonan hatiku ini
Hadiahkanlah cahayaMu kepadku sehingga saat aku dipanggil pulang olehMu
Amiin Ya Rabb..
Aku mohon dengan sangat..Perkenankan lah.
 Ya Allah, maafkanlah bila hati tidak sempurna mencintaiMu ::
Bismillahirrahmanir rahim..

23 September 2012

MENGENAI REZEKI

MENGENAI REZEKI

Rasulullah(ﷺ) Bersabda:

مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوْتُ يَوْمِهِ ، فَكَأَنَّمَا حِيْزَتْ لَهُ الدُّنْيَا بِحَذَافِيْرِهَا

"Barang siapa diantara kalian yang tatkala di pagi hari merasa aman/tenang, tubuhnya sehat, dan ia sudah memiliki makanan untuk hari tersebut maka seakan-akan dunia seluruhnya telah dikumpulkan untuknya." 

(Hadith Riwayat Imam Bukhari di Al-Adab Al-Mufrod, dan At-Thirmidzi, dan dishahihkan oleh Al-Albani dalam As-Shahihah no 2318)

18 September 2012

Kata-kata hikmah dari Saidina Usman bin Affan :

shared Mutiara Hati Santapan Rohani's photo.
1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.

Jauhi sifat takbur (sombong)

shared Tanpa nama's status.
 Dari Abdullah bin Mas'ud, katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.
Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong). Berkata seorang laki-laki: Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus. Berkata Rasulullah s.a.w. Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak
menghargai orang lain.
Riwayat: (Muslim)

Huraian Hadith:
Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia? Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya. Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut). Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

♥ Belajar Setia Dari Burung Merpati ♥

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sahabat saudaraku fillah... burung merpati adalah salah satu binatang tertua yang dijadikan binatang peliharaan manusia. Sejak dahulu, Bangsa Mesir menjadik
an burung merpati sebagai makanan dan dilatih menjadi pengantar pesan dari satu tempat ke tempat lainnya.

Burung merpati walaupun dilepas jauh dari kandangnya,namun dia tahu kemana harus pulang sehingga ia tidak akan tersesat. Keistimewaan lainnya ia tahan haus dan selalu setia kepada pasangannya. Merpati akan berganti pasangan apabila salah satu pasangannya meninggal.

Merpati adalah burung yg tidak pernah mendua hati. Coba perhatikan, apakah ada burung merpati yang suka berganti-ganti pasangan ? "Tidak".Pasangannya cukup 1 seumur hidupnya.

Burung merpati tahu bagaimana pentingnya bekerja sama. Coba perhatikan ketika mereka bekerja sama membuat sarang. Sang jantan dan betina silih berganti membawa ranting untuk sarang anak-anak mereka. Apabila sang betina mengerami, sang jantan berjaga diluar kandang. Apabila sang betina kelelahan, sang jantan mengerami.

Merpati adalah burung yang tidak mempunyai empedu, ia tidak menyimpan kepahitan sehingga tidak pernah menyimpan dendam.

Saudaraku,kita memang memiliki empedu yang mudah menyimpan kepahitan, namun kita memiliki akal pikiran juga rasa kasih sayang yang melebihi merpati. Saudaraku, sudahkan kita memiliki kesetiaan,menghargai dan menghormati pengorbanan pasangan kita ?

Jika burung merpati bisa melakukannya, mengapa kita tidak bisa ?

Saudaraku, hubungan yang baik tak kan terwujud manakala kesetiaan hanya sebelah pihak, diperlukan kerjasama yang baik antara kedua belah pihak. Sesungguhnya hidup itu indah jika kita saling mengerti,menghargai dan tidak saling mengkhianati....

Silahkan ditag/share. Salam santun erat silaturrahim dan ukhuwah fillah

MERAIH HIKMAH DALAM SETIAP KEJADIAN

share dari  link sahabat fb -- Strawberry

Bismillahirrahmannirahim,

Sesungguhnya HIKMAH tidak muncul begitu saja. Hikmah terbuka melalui proses pemikiran dan perenungan yang panjang ..

Hikmah hendaklah mempunyai sumber atau tempat untuk tumbuh. Perumpamaannya seperti bibit tanaman yang tidak akan tumbuh dan berkembang kecuali setelah kita menyiapkan baginya lahan yang subur, air yang cukup dan lingkungan yang cocok. Ketika hati kita mulai condong pada kemaksiatan, kita merasakan hikmah itu tertutup pada diri kita. Hati kita mengeras.. Dan cahaya kebenaran sulit menembus hati yang pekat...

Dengan hati yang bersih .. dan karunia Nya , niscaya akan mampu merasakan petunjuk Allah ada dimana-mana ... 

“ Allah memberikan hikmah kepada siapa yang dikehendakinya. Dan barang siapa yang diberi hikmah, sungguh ia telah diberi kebajikan yang banyak. Dan tak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal. ” (Q.S. Al Baqarah: 269). 

Tidak ada jalan lain bagi orang yang ingin meraih hikmah, kecuali semakin mendekat kepada Rabb .. meluruskan perkataan dan perbuatannya... Orang-orang yang bermujahadah (bersungguh-sungguh) melawan nafsunya akan menikmati setiap amal yang dilakukannya...

KEJERNIHAN HATI dan KEKUATAN IMAN , sangatlah dibutuhkan untuk dapat menangkap hikmah-hikmah yang Allah hadirkan dalam setiap kejadian .., karena memang tidak semua orang dapat meraih hikmah. Proses pencarian hikmah pun sangat beragam. Ada yang berhasil dalam waktu singkat, namun ada juga yang membutuhkan waktu bertahun-tahun.

Ketika kita sedang menyusun rencana dan cita-cita, Allah SWT sesungguhnya juga telah memiliki rencana untuk kita ... 
Kita mempunyai keinginan dan Allah pun mempunyai kehendak. Yang perlu kita pahami, Allah yang dengan kebesaranNya telah menciptakan kita dan Allah pulalah yang Maha Mengetahui akan segala kebutuhan, kesanggupan, serta segala sesuatu yang baik atau buruk bagi kita. Sehingga suatu kepastian bahwa akhirnya kehendak Allahlah yang akan berlaku ...

Ketika keinginan kita tidak selaras dengan kehendak Allah, maka tugas kita adalah bagaimana menyelaraskan keinginan sesuai dengan kehendak Allah... dan bermohon agar Allah membukakan hati 

Allah mengetahui segalanya tentang kehidupan kita, sehingga apapun yang Allah tetapkan tentu merupakan yang terbaik berdasarkan pandanganNya. Sementara pandangan kita sangatlah terbatas.

>>> “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ”

... Boleh jadi dalam pandangan kita apa yang Allah berikan saat ini terasa jauh dari kebaikan. Namun pemberian Allah inilah justru yang nantinya akan mengantar kita pada KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

Semoga Allah senantiasa memberi kemudahan bagi kita untuk menangkap butiran hikmah yang cahayanya mampu menerangi hati. Aamiin ya Robbal alamin ...

~ Salam santun ukhuwah sahabat fillah ~

Kisah teladan sebagai renungan.......

Photo: Pelepah pisang yang menyelamatkannya dari api neraka

Suatu ketika seorang kaya yang kedekut telah mengalami mimpi ngeri yang sangat menakutkan. Dalam mimpinya dia dikejar oleh api yang besar serta menggerunkan. Dalam mimpinya itu dia lari
dengan sekut-kuatnya namun api itu mengejar dengan laju. Ketika api itu hampir menyambar badannya, datang satu pelepah pisang yang menjadi pelindung. Dia terselamat.

Apabila terjaga dari tidur dia masih menggeletar dan berpeluh kerana ketakutan. Pagi esoknya dia pergi meninjau kebun pisang di belakang rumahnya dan memang dia dapati terdapat satu pelepah pisang yang ada kesan dipotong dengan pisau.

Orang kaya itu bertanya-tanya dengan penduduk kampung kalau mereka tahu siapa yang mengambil satu pelepah pisang tersebut. Seorang pemuda telah mengaku dan minta maaf kerana tidak minta izin terlebih dahulu. Pemuda itu mengatakan yang dia terpaksa mengambil pelepah pisang itu untuk dia pulang ke rumah sebagai payung dari hujan yang amat lebat.

Semenjak dari peristiwa itu orang kaya tersebut telah berubah menjadi pemurah. Dia berfikir sedangkan satu pelepah pisang yang diambil tanpa izin pun sudah menjadi pelindung dari api yang mengejarnya betapalah kalau membanyakkan sedekah.
Pelepah pisang yang menyelamatkannya dari api neraka

17 September 2012

Usahlah kita terlalu banyak mengeluh....

shared dari link He Who Has No One HAS Allah's photo
Pesanan buat diri:
Jangan terlalu banyak mengeluh
kerana keluhan itu akan membuatkan mu

semakin letih,
jiwa semakin lemah dan hati semakin pedih!
Just smile..
Take it as it is..

Be calm always :))
Teguh dan utuh,
Tetap semangat!
 
~~~tentang INSAN, EHSAN DAN KASIH SAYANG~~~

shared SubhanALLAH Alhamdulillah Walaa illaha illallah Allahu Akbar's photo.
♥ Mereka katakan aku miskin... di hina kerana pakaianku yang lusuh, dan rumahku yang mereka sebut sebagai pondok buruk. Aku bertanya, "Siapakah mereka? Inikah peduli...?"

♥ Mereka labelkan aku seorang miskin... mereka mencemuh, mencebik, malahan memfitnah di belakangku. Aku bertanya, "Siapakah mereka? Inikah belas kasihan...?"

Photo: tentang INSAN, EHSAN DAN KASIH SAYANG....

♥ Mereka katakan aku miskin... di hina kerana pakaianku yang lusuh, dan rumahku yang mereka sebut sebagai pondok buruk. Aku bertanya, "Siapakah mereka? Inikah peduli...?"

♥ Mereka labelkan aku seorang miskin... mereka mencemuh, mencebik, malahan memfitnah di belakangku. Aku bertanya, "Siapakah mereka? Inikah belas kasihan...?"

♥ Mereka ucapkan aku ini miskin... dengan tatapan jijik aku ditampar dan dengan senyuman pahit aku ditusuk. Aku bertanya, "Siapakah mereka? Inikah kasih...?"

♥ Mereka katakan aku ini miskin... gersang kerana matahari dan kotor berlumuran debu. Akukah itu...? Ataukah itu hati mereka...?

♥ Sekarang aku ragu-ragu... benarkah aku yang miskin... ATAUKAH MEREKA...??!!

... LA TAHZAN, SAHABATKU ... ^___^

shared Strawberry's photo.
... LA TAHZAN, SAHABATKU ... ^___^

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ... Untuk Yang Sedang Bersedih ...
Beramalah karena Allah, agar peluhmu tak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu karena banjir airmata kecewa yang menghadang jalanmu.

Sesungguh
nya Allah tak pernah luput hitungan-Nya. Ia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian pada-Nya....

Wahai jiwa yang sedang layu …

Perpanjanglah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahwa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. dan menangislah sepuasnya … ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan saja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawabnya....

Wahai jiwa yang sedang dirundung kabut …

Terkadang manusia tak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasehat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi...

Untukmu yang sedang luka ...

Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tak kan pernah tau siapa yang akan terobati dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu....

Hai pemilik hati yang patah ...

“…yang kau sayang selalu saja terbitkan gerammu di perihnya hatimu..” Percayalah bahwa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Maha Menebar Cinta! ...

Kawanku yang dicintai Allah ...

Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tak ada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang menahun hanya akan membuatmu buta akan beragam kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatmu jauh dari rasa syukur. ...

Ini untukmu yang sedang bersedih ....

keep smile ..
keep spirit ..
keep istiqomah all day ..

.. insya Allah ..
Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ...

Salam Terkasih ..
Dari Sahabat Untuk Sahabat ...

... Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yang telah lama terkunci ...

~ o ~

Salam santun dan keep istiqomah ...

--- Jika terjadi kesalahan dan kekurangan disana-sini dalam catatan ini ... Itu hanyalah dari kami ... dan kepada Allah SWT., kami mohon ampunan ... ----

Semoga bermanfaat dan Dapat Diambil Hikmah-Nya ...
Silahkan DICOPAS atau DI SHARE jika menurut sahabat note ini bermanfaat ....

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#
------------------------------------------------
.... Subhanallah wabihamdihi Subhanakallahumma Wabihamdika Asyhadu Allailaaha Illa Anta Astaghfiruka Wa'atuubu Ilaik ....