03 September 2015

TUNA CHEESE PIE

 share dari link fb ~ Koleksi Kuih Muih Tradisional D'Mariza added 3 new photos.
TUNA CHEESE PIE
Sumber : Blogger
Dicuba oleh : Ainurmariza D'kitchen
BAHAN PASTRI 
220 g tepung gandum
125 g mentega sejuk, didadu
1 camca besar gula aising
1 biji telur, dipukul sedikit
BAHAN INTI 
1 tin tuna flakes in olive oil, ditoskan
1 biji bawang besar, didadu halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 cawan mix vege (lobak, kacang pis dan jagung) jika suka
8 biji cendawan butang -dihiris
1 biji cili benggala - dihiris
1 camca besar mentega
1/2 cawan susu segar
2 helai daun bay 
1/2 ketul kiub ikan bilis 'MAGGI'- jika suka
1 camca teh serbuk lada hitam
2 camca besar hirisan daun bawang*
25 gm parutan keju cheddar*(*utk hiasan)
BAHAN KASTARD
3 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 cawan tepung jagung
Secubit garam
Cara-cara
1. Satukan tepung, gula aising . Gaul rata. Masukkan mentega dan ramas dengan hujung jari sehingga menjadi seakan2 serbuk roti. 
2. Tuang telur sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Telor tak semestinya dihabiskan.
3. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling, leperkan sedikit dan simpan dalam peti sejuk 20 minit. Keluarkan doh dan canai doh antara 2 keping plastik. Canai setebal 0.3cm dan berdiameter kurang lebih 30 cm..
4. Alihkan doh ke dalam acuan tart yg dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya.
5. Kemudian cucuk2 permukaan doh dengan garfu, tujuan untuk membuang udara semasa proses membakar nanti.
6. Ambil sekeping aluminium foil, letak atas doh tadi dan tuang kekacang ( sebagai pemberat ) dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 15 minit.
7. Keluarkan dari oven, alihkan aluminium foil dan bakar lagi 10 minit. Keluarkan dari oven dan boleh diisi dengan inti.
8. Panaskan mentega dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih, bila wangi, masukkan daun bay, mix vege, lada benggala dan cendawan butang. Gaul rata. Masukkan tuna, serbuk lada sulah, kiub ikan bilis dan susu, kacau rata dan masak hingga sedikit kering. Guna api perlahan.
9. Masukkan inti tadi dalam kulit pai, ratakan. Bancuh semua bahan2 utk kastard hingga sebati dan tuang atas inti tadi. Tabur daun bawang dan parutan keju cheddar.
10. Bakar pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bila masak keluarkan dari oven dan biar sejuk, baru ditanggalkan dari acuan.
Selamat Mencuba
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment