15 September 2015

Daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi. ~ Fitnah Dajjal, Akhir Zaman...Kemuncak Nikmat yang Allah swt berikan kepada kita....baca semua di bawah

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Kemuncak Nikmat; "Semakin dekat dengan kiamat maka, makin hilangnya keberkatan hari-hari yang dilalui. Berkat itu bukan bermaksud banyak atau kurang akan tetapi cukup. Keluarga yang berkat ialah memiliki anak-anak yang soleh. Maka kalau nak berkat mulakan segala-galanya dengan bismillah."

"Bila kita lazimkan dengan bismillah maka kita ni akan terhindar dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan syarak. Adakah hidup kita empat puluh tahun dahulu akan membawa bekal untuk kita akhirat nanti? Adakah kita akan ditambah hidup empat puluh tahun lagi untuk kita membuat amal?"

"Kita ni dah tahu dosa banyak, dah tahu amal sikit. Mulalah. Hijrah. Berubah. Mula bermujahadah sekarang juga. Kalau boleh kita mintak doa dengan Allah سبحانه وتعالى supaya bermimpi syurga. Diizinkan bermimpi syurga maka tiada nilai lagi bagi kita dunia ni. Ianya supaya memberi motivasi untuk kita mengerjakan ibadat bersungguh-sungguh kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Berpenat-penat berletih-letih didunia untuk akhirat maka di alam kubur nanti kita akan rehat. Malaikat akan tepuk mendodoi-dodoi kita untuk istirehat. Sejuk mata memandang, lapang seluas mata memandang, rehat yang kedua ialah dipadang mahsyar. Kita dudul diatas bukit yang tinggi dibawah teduhan arasy Allah smbil bersembang-sembang melihat orang yang ditenggelami peluh mereka sendiri."

"Ahli syurga ni besar dia tujuh puluh hasta macam Nabi Adam عليه السلام dan muka berseri-seri mengikut amal masing-masing. Ada yang bercahaya seperti matahari, bulan dan bintang-bintang. Barangsiapa yang menyebut kalimah Laailahailallah secara ikhlas dan menjaga dua belas rakaat solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, maka Allah سبحانه وتعالى beri sebuah istana didalam syurga nanti."

"Kemuncak nikmat yang Allah سبحانه وتعالى berikan kepada kita ahli syurga ialah melihat wajah Allah. Sekeping daun pintu syurga besarnya umpama tempoh perjalanan tiga hari tiga malam naik kuda yang paling laju skali tanpa berhenti. Allahurobbi. Besarnya syurga."

"Dua rakaat sebelum solat subuh umpama peroleh dunia dan seisinya. Ini semua sunat muakkad yang sangat dituntut. Bila kita dah ada istana maka kita ini boleh masuk syurga. Barangsiapa yang cinta akan orang lain melebihi daripada cintanya kepadaku, maka tak sempurna imannya seseorang itu sabda Rasulullah ﷺ."

"Nak tengok hati sedang diruntun dengan dosa dan maksiat antaranya adalah susah nk solat sunat, dan juga susah nk menangis kerana dosa-dosa. Apabila kamu berjumpa dengan kawan yang baik, sahabat yang baik maka pegang dia kuat-kuat, jangan lepaskan dia. Sebab mereka nih susah nak jumpa dan senang nak hilang, kata Al-Imam As-syafie."

"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat terawal surah Al-Kahfi dan membaca sepuluh ayat terakhir surah al-kahfi maka dia akan terhindar daripada fitnah dajjal. Tanda Allah سبحانه وتعالى sudah berpaling, dah tak sayang dengan dia ialah dia disibukkan dengan urusan dunia. Timbang-timbangkan amalan yang nak buat tu. Nak buat baik atau tak baik. Timbangkan umpama yang tu last kita hidup. Buat jahat mati didalam kejahatan. Buat baik mati didalam baik. Husnul khotimah janganlah suil khotimah."

Daripada Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment