Kekuasaan Allah; "Jika kamu perhatikan semua yang berada di alam cakerawala ini, semua bergerak didalam orbitnya. Bulan, matahari, bintang bintang yang bergerak semuanya pada orbitnya. Lihatlah kehebatan Allah سبحانه وتعالى. Segalanya dalam pentadbiran Allah."
"Semua yang berada didalam galaksi ini, bintang bintang, alam langit semuanya ditadbir oleh Allah سبحانه وتعالى dan berjalan diatas orbitnya. Berjalan tanpa berlanggar antara satu sama lain. Bukan sedikit, berjuta-juta bintang yang ada didalam galaksi kita. Lihat bumi dan planet-planet ini yang berputar mengelilingi matahari. Termasuk matahari itu sendiri juga bergerak."
"Di dalam Al-Quran, Allah سبحانه وتعالى mengatakan; "Dan kamu melihat dengan mata kamu gunung-ganang. Dan kamu menyangka gunung itu tetap. Kamu menyatakan gunung itu bersifat tetap." Tidak! Gunung itu bergerak. Kita juga bergerak. Dalam masa yang sama, Bumi ini juga bergerak pada orbitnya."
"Subhanallah, begini Allah سبحانه وتعالى mentadbir alam ini. Didalam Allah swt mentadbir bintang-bintang yang besar, Allah juga mentadbir makhluknya yang kecil. Ilmunya Allah itu meliputi segala-galanya. Dalam Allah سبحانه وتعالى mentadbir berjuta-juta bintang, Allah tidak pernah leka mentadbir setiap bunyi tapak kaki semut. Allah tidak pernah leka dengan setiap degupan jantung seekor semut sekalipon."
"Hatta di dalam diri manusia pon ada bermacam-macam alam, alam micro yang memberi simbolism kepada alam macro ,alam yang mempunyai bermacam-macam petala dan juga bermacam-macam lapisan yang didalam pentadbiran Allah."
"Sehingga dilihat dalam dirinya manusia, Allah سبحانه وتعالى ciptakan dirinya dari hujung rambut hingga kehujung kaki, lihat nafsu Allah سبحانه وتعالى ciptakan didalam dunia didalam dirinya, roh, nafsu, syahwat,hati, qolbu, sir, akal, minda, sesuatu yang tak dapat difahami dengan pemikiran seseorang dan ianya berada dalam dirinya."
"Allah سبحانه وتعالى tidak pernah lalai walau sedikit pon. Allah tidak pernah penat dan letih dalam mentadbir segala-galanya. Semuanya dalam pentadbiran dan kekuasaan Allah سبحانه وتعالى."
"Tidak bergerak setiap pasir-pasir dipantai didalam lautan, tidak gugur sehelai daun sekalipon daripada dahan pokok tanpa izin-Nya Allah. Allah سبحانه وتعالى juga menghidupkan, Allah juga mematikan, memuliakan dan menghinakan. Allah Allah سبحانه وتعالى juga yang menggerakkan makhluk-Nya. Allah سبحانه وتعالى juga yang memberi rezeki."
"Dan Tiada satu makhluk yang melata pon diatas dunia ini yang rezekinya telah dijamin oleh Allah سبحانه وتعالى. Semuanya telah dijamin oleh Allah, manusia binatang semua makhluk Allah سبحانه وتعالى. Itu adalah jaminan yang umum oleh Allah سبحانه وتعالى kepada semua makhluknya."
"Tetapi, kepada penuntut ilmu agama Allah سبحانه وتعالى. Allah memberi jaminan yang khas yang khusus oleh Allah سبحانه وتعالى kepada mereka. Jaminan khas kepada penuntut ilmu ada rezeki daripada Allah سبحانه وتعالى. Orang yang belajar kemahiran atau ilmu dunia itu, Allah سبحانه وتعالى tidak membiarkan mereka begitu sahaja. Inikan orang yang belajar ilmu agama Allah سبحانه وتعالى."
"Orang yang tolong agama Allah سبحانه وتعالى. Orang yang belajar agama Allah سبحانه وتعالى lagilah kena belajar yakin kepada Allah akan rezeki-Nya. Jangan fikir saya menuntut ilmu agama ini, bagaimana saya nak bekerja, isteri saya nak makan apa, anak saya nak makan apa."
"Kena belajar yakin dengan Allah سبحانه وتعالى. Tawakal kepada Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى tidak akan membiarkan orang yang belajar agama Allah سبحانه وتعالى begitu sahaja. Kepada penuntut ilmu jgn khuatir dgn pemberian rezeki dari Allah. Kena belajar yakin dan betapa hebatnya tawakal kita dengan Allah سبحانه وتعالى. Kerana kasih dan sayang Allah سبحانه وتعالى pada orang yang belajar agama Allah سبحانه وتعالى."
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari
No comments:
Post a Comment