Seorang wanita ada masalah teruk dalam rumahtangganya. Tapi rasa sudah tidak tahan dan nak bunuh diri . Anak-anak semua sudah jauh dari agama dan kebaikan. Dia orang kaya dan mewah.
Tanya dia kenapa rumah saya besar. Semua yang saya, suami dan anak-anak inginkan dalam hidup ini dah dapat. Tapi kenapa jadi resah, buntu, serabut dan masalah macam ni.
Jawab saya saiz rumah ialah untuk keselesaan. Bukan salah rumah atau kekayaan. Tetapi kurangnya rahmat Allah kerana kurangnya Al-Quran dan sunnah Nabi saw dalam rumah dan kehidupan.
Saya minta dia sediakan satu bilik atau ruang seperti ruang masjid. Hanya sejadah, Al-Quran,Hadis-hadis Nabi saw dan tasbih. Kata saya supaya disitulah ada rahmat Allah. Hari ini kita sudah rosakkan hidup kita ini dengan dunia, hiburan, televisyen, gadget sehingga tiada ruang antara kita dengan Allah. Lihat sebelum solat dan majlis ilmu pun orang asyik tengok gadget. Kita sedang menjauhkan diri dengan ketenangan. Kita sudah tidak tenang. Anak-anak pun sudah tidak tenang. Anak-anak sudah tidak sedih tengok kematian dan kekejaman kerana sudah terbiasa dengan tv. Sehingga perasaan hormat dan kasih sayang mula hilang. Kehidupan Nabi saw ialah kehidupan kasih sayang dan rahmat
Kemudian di ruang itu hidupkan bacaan hadis Nabi saw mengenai kepentingan amalan seperti Muntakhab Hadis yang terdapat ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw mengenai iman, sunnah, solat, ilmu, zikir Al-Quran, akhlak, ikhlas dan dakwah serta menjauhi cakap yang sia-sia.
Sebaiknya tiada ipad, tv, radio atau apa sahaja majalah tiada di situ.
Cari waktu yang tetap. Dia mulakan setiap malam 9.30-10mlm. Dia mulakan dengan anak-anaknya selama 2 bulan. Suaminya sudah jauh dan hanyut dengan dunia tidak solat dan pergi entah ke mana-mana serta tidak mahu dengar lagi nasihat dan hadis Nabi saw.
Dia mulakan dengan izin Allah. Satu malam selepas 2 bulan dia terdengar suaminya berdoa di ruang solat itu. Menangis-nangis. Biasanya hanya dia yang solat tahajud di situ..dia terharu dan mula menangis menyedari selama ini dia terperangkap dalam istana yang dibinanya sendiri tanpa nur Al-Quran dan Hadis Nabi saw.
Sekarang mereka berlima membaca hadis Nabi saw termasuk suaminya.
Kita ada rumah luas. Tapi hati yang sempit. Sahabat rhum yang awal kebanyakan rumah mereka kecil tapi hati mereka luas. Luas kerana bahagia. Bahagia mengenal Allah. Bahagia mengikuti jalan yang disukai Allah dan jalan Nabi saw-ebit lew
#kembara iman dan solat
30-2 Dis penuh
6-8 Dis savana hill ulu tiram Jb umur 9-17thn
21-23 Dis kuala kubu selangor 9-23 thn
www.transformjiwa.com / 017 3666 848
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment