Manusia yg berilmu, mereka akan diangkat darjat mereka oleh Allah Taala. Bagaimana caranya mahu punya ilmu dan diangkat darjat oleh Allah Taala? Ambillah ilmu itu drpd para ulama. Sebelum ulama wafat maka rapatlah dgn ulama kerana bilamana kita jauh drpd ulama maka kita tidak akan dibangkit bersama mereka di akhirat kelak. Berkata Al-Imam Al-Haddad: " Siapa yg berkumpul dgn orang yg baik, maka dia akan dikumpulkan bersama orang yg baik walaupun pd awalnya dia orang yg jahat. Siapa yg berkumpul dgn orang yg jahat, maka dia akan dikumpulkan bersama orang yg jahat walaupun dia drpd orang orang yg baik. " Maka rapatkan dirimu dgn ulama. Ambillah ilmu dr mereka dgn adab samada ulama itu sudah wafat ataupun tidak. Orang yang dia tidak mahu sabar dalam mencari ilmu.. Maka dia akan hidup dalam kejahilan selama dia hidup.. Orang yang mencari ilmu mesti sabar susah payahnya, jauhnya (perjalanan), mungkin lewat malamnya juga.. Maka dia akan mendapatkan hakikat daripada ilmu yang akan diberikan oleh Allah SWT lebih daripada yang dia tidak belajar.”
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment