Berkata Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid :
"Jadilah kamu didunia ini seumpama kamu orang asing atau orang yang sedang melintasi tempat persinggahan " .
Ini dunia yang ada penuh dengan pelbagai macam yang menarik perhatian kita,orang kalau hari raya balik kampung yang singgah di R&R itu,adakah dia akan duduk disitu,tidur disitu?pasang khemah disitu? .
Ini dunia hanya singgah untuk kamu melintasi ke akhirat sahaja.Dengan hartanya,kerjanya,keluarga nya semuanya hanya R&R .
Orang kalau bermusafir berbeza dengan orang yang mahu berpindah,orang yang bermusafir dia akan bawak bekal secukupnya,dia takkan bawak bekal berat-berat,seboleh mungkin nak diringankan .
Seperti itulah kita didunia ini,yang mana ianya hanya tempat persinggahan/musafir untuk kita untuk menuju ke akhirat.
-Wallahu 'Alam-
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment