22 February 2014

Sejak kebelakangan ini banyak kedengaran dan di persoalkan Qasidah & Syair serta Bacaan Mawlid (kisah kehidupan Rasulullah Saw)

share dari link fb ~Idham Al-Hinduan

Sejak kebelakangan ini banyak kedengaran dan di persoalkan Qasidah & Syair serta Bacaan Mawlid (kisah kehidupan Rasulullah Saw), yang persoalkan itu bukanlah dari ahli orang-orang awam, tatapi mereka adalah dari tokoh-tokoh orang yang berilmu ada gelaran Ustaz dan Ulama’.

Sepatutnya mereka memberikan support kepada orang-orang yang hendak menghidupkan HATI mereka untuk CINTA kepada SAYYIDINA MUHAMMAD SAW, bukan menghalang atau mempersoalkannya. Percayalah dan yakinlah dengan CINTANYA KEPADA RASULULLAH SAW SECARA AUTOMATIK HATI AKAN CINTA KEPADA ALLAH SWT.

Kita lihatlah dunia akhir zaman ini, banyak gejala social yang berlaku atas dasar tiada kepercayaan atas agama, kita hanya kenal orang-orang yang kita sanjung terutama artis-artis serta seumpamanya. Akhlak manusia hari ini sudah punah ranah dengan kehidupan mereka yang mereka lalui hari ini, percakapan pun tiada satun dah.,itu baru tutur kata belum lagi disetuh perkara lain.

Memang kita akui manusia tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan setiap hari, tapi adakah kita hanya biarkan ia berlaku macam itu sahaja dengan tiada peningkatan pada diri. Sedangkan kita di dalam tempat kerja bermati-matian untuk tingkatkan diri bagi menjadi pekerja yang bagus.Itulah kita hal-hal dunia menjadi lebih daripada hal-hal akhirat..

Sebab apa terjadi demikian,sebab tiada CINTA KEAPAD ALLAH SWT WA RASULLULLAH SAW, jika ada CINTA sudah tentu kita akan lakukan perkara yang disuruh oleh ALLAH SWT DAN RASULLULAH SAW.

Bagaimana nak CINTA KAN ALLAH SWT Dan RASULLULLAH SAW, banyak kaedah yang kita lakukan,kenal ALLAH SWT kemudian kenal KEKASIHNYA-,bagaimana nak kenal KEKASIH ALLAH SWT,beliau sudah lama wafat, maka kenallah dengan membaca sirahnya, wujudkan majlis RASULULLAH SAW, yakni didalamnya bukan hanya berselawat beramai-ramai,malah berzikir dan mendengar Tausiyah bagi hidupkan HATI CINTA DAN KENAL KEPADA RASULULLAH SAW. ALHAMDULILAH DENGAN WUJUDNYA MAJLIS INI,RAMAI BERUSAHA MENCINTAI RASULULLAH SAW,WALAUPUN SEBELUM INI MEREKA TIDAK BERAPA KENAL RASULULLAH SAW,NAMUN, JANGAN KITA MENGHALANG MEREKA YANG BARU NAK CINTA DAN NAK KENAL RASULULLAH SAW…PERCAYALAH TIDAK AKAN WUJUD CINTA ITU SEKIRANYA TIDAK DILAKUKAN DALAM JEMAAH ATAU GROUP yakni beramai-ramai…SEDANGKAN RASULULLAH SAW SANGAT MENYAYANGI UMAT AKHIR ZAMAN SELEPAS KEWAFATAN BELIAU,MAKA APALAH SALAHNYA KITA MEMBALAS JASA BAGINDA NABI SAYYIDINA MUHAMMAD SAW-SAYANGNYA BAGINDA PADA KITA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN OLEH AKAL FIKIRAN KITA,MAKA USAHAKANLAH CINTA & SAYANG KEPADA RASULULLAH SAW.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment