04 February 2014

Ketam Rebus Bersayur

share dari link fb ~ Rasa 

Ketam Rebus Bersayur

Pastikan sayur-sayuran jangan dimasak terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang. Sayur-sayuran dimasukkan pada akhir sekali.
BAHAN A:
  • 5 ekor ketam
  • 2.5 cm halia | diketuk
  • 3 batang serai | diketuk
  • 3 biji bawang putih jeruk
  • 3 biji asam boi
  • 2 liter air

BAHAN B:
  • 1 sudu makan stok ayam
  • 2 sudu makan air limau nipis
  • 1/2 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

BAHAN SAYUR ( dipotong):
  • 3 biji jagung muda
  • 10 gm kubis panjang
  • 5 gm brokoli
  • 5 gm cendawan
  • 5 gm bunga kubis
  • 5 gm daun bawang
  • 5 gm daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1. Ketam direbus terlebih dahulu bersama air. Kemudian masukkan halia, serai, bawang putih jeruk dan asam boi. Kacau rata.
2. Selepas itu masukkan bahan B seperti stok ayam, air limau nipis, gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga mendidih.
3. Akhir sekali, masukkan sayur-sayuran tadi. Kacau sehingga beberapa minit dan bolehlah diangkat.
4. Sedia dihidang.

LINK RESIPI: http://rasa.karangkraf.com/resipi-menu/makanan-laut/ketam-rebus-bersayur-1.246077

Blog saya yg lain boleh dilawati : http://www.jasminshahab205@gmail.com/  - blog - Di Celah-Celah Kehidupan

No comments:

Post a Comment