22 February 2014

Faktor-faktor Gangguan Makhluk Halus

share dari link fb ~Ketenangan.com

Faktor-faktor Gangguan Makhluk Halus

Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus.

Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia. 

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasuallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berikut adalah faktor-faktor yang menyebabkan gangguan makhluk halus:

Berpunca Daripada Jin

-Jin yang jatuh cinta kepada manusia dan ingin bersahabat.
-Jin yang sengaja ingin menzalimi manusia.
-Dengki dan hasad kepada manusia yang diberi kelebihan oleh Allah.
-Balas dendam kerana kematian keturunannya sama ada sengaja atau tidak sengaja seperti membunuh ular dan binatang jelmaan jin.
-Benci kepada manusia yang taat dan yang mempelajari agama.
-Jin juga mengamalkan sihir dan pakar tentang sihir.

Berpunca Daripada Manusia

-Kecuaian manusia seperti menyiram air panas ke dalam lubang kecil, mangkuk tandas dan menganggu tempat kediaman mereka walaupun tidak sengaja.
-Mencampakkan benda berat tanpa membaca bismillah.
-Bersama isteri tanpa menyebut nama Allah.
-Perempuan yang mendedahkan aurat dan suka berhias menyebabkan jin terpikat dan jatuh cinta.
-Tidak beradab semasa berada di dalam hutan dan tempat-tempat sunyi.
-Tukang sihir berkerjasama dengan jin dalam melaksanakan permintaan seseorang yang hasad dengki.
-Sikap manusia yang takkabur dan mencabar.
-Keadaan manusia yang tidak terkawal memudahkan jin merasuk:

>Terlalu marah.
>Terlalu takut.
>Nafsu syahawat yang tinggi.
>Manusia yang lalai.
>Jahil

-Mengamalkan sihir dan amalan-amalan yang salah seperti silat yang berkait dengan jin sehingga memakan diri.
-Kesanggupan menerima jin (saka) menyebabkan anak-anak dan cucu menjadi mangsa.

Sumber: Sinar Zamdurani

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment