22 February 2014

Cheezy Garlic Bread (appetizer mudah)

share dari link fb ~ Buku Resepi
Cheezy Garlic Bread (appetizer mudah)
Oleh:Noor Abdul Rahim
Like: Buku Resepi

bahan-bahan:
1 bantal roti (jangan gunakan roti yang jenis lembut)
1/2 cawan butter (115g)
keju mozarella secukupnya - diparut
daun bawang secukupnya - di hiris kecil-kecil
4 ulas bawang putih - dicincang

cara-cara:
1. Roti dipotong kepada bentuk 4 segi kecil (macam dalam gambar) tetapi hati-hati jangan potong sampai putus. Bahagian bawah tu masih bersatu.
2. Cairkan butter bersama bawang putih sehingga naik bau.
3. Beruskan atau gunakan sudu, sapukan butter cair pada roti. Pastikan setiap petak disapu rata dengan butter. Jangan ada bahagian yang tertinggal.
4. Masuk kan daun bawang & keju mozarella diantara kiub kiub roti. Taburkan selebihnya diatas roti.
5. Bakar roti didalam oven yg terlebih dahulu sudah dipanaskan pada suhu 160 darjah celcius selama 10 - 15 minit hingga cheese cair.
6. Hidangkan panas (bila koyakkan roti, bergetah je dia) bersama sup kegemaran anda.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment