25 August 2014

INFO RASA: KHASIAT SAYUR SAWI

share dari link fb ~Rasa

INFO RASA: KHASIAT SAYUR SAWI

Anda suka makan sawi? Tahukah anda sawi ada pelbagai khasiat. Antaranya ialah: 

1. SUMBER VITAMIN K 
Vitamin K membantu dalam pembekuan darah, mencegah penyakit seperti penyakit jantung & angin ahmar, menjaga tulang dari proses osteoporosis, mencegah kanser, mencegah penyakit alzheimer dan mengawal kadar gula dalam darah.

2. TINGGI VITAMIN A
Vitamin A sangat penting dalam menjaga kornea mata agar sentiasa sihat.

3. MENGANDUNGI VITAMIN C
Sawi juga berperanan dalam pembentukan kolagen interselular.
Kandungan vitamin c dalam sawi membantu penyembuhan luka serta daya tahan tubuh melawan infeksi dan stres.

4. MENGANDUNGI FOLAT
Sawi juga kaya dengan folat. Sumber ini amat penting bagi mengatasi anemia yang sering terjadi pada ibu hamil.

5. KAYA DENGAN SERAT DAN MINERAL
Sawi kaya dengan serat dan mineral. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol dan gula dalam darah serta mencegah diabetes serta kanser kolon. Kandungan seratnya juga mengelakkan anda dari sembelit. #Karangkraf

Gambar hiasan: xinfully

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http//jasminshahab205.blogspot.com

No comments:

Post a Comment