Agar2 santan
1 paket serbuk agar-agar 10 gm
1 liter air (4 cawan)
1 cwn gula merah (saya guna yg hancur tu)
1/2 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan
Cara-cara:
Masak gula melaka , gula pasir bersama 1 cwn air. Masukkan daun pandan..Masak hingga didih dan
sentiasa di kacau. Bila dah siap tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan. (Guna air yg dari 4 cwn tu ya)..
Dalam periuk lain, masak 2 cawan air bersama dngn serbuk agar2. Masak hingga mendidih.
Masukkan air gula melaka tadi dan sentiasalah di kacau hingga didih.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam.
Kacau dan tunggu hingga menggelegak..ttp api
Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan
dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais.
gambar hiasan...
Blog saya satu lagi yg boleh dilawati:
http//jasminshahab205.blogspot.com
No comments:
Post a Comment