28 August 2014

Alangkah bagus kalau ramai ibubapa boleh bertindak sepertimana ibu Anas buat padanya.

share dari link fb ~ One Heart Creative Solution



Si anak lelaki kecil berumur 3 tahun cuba mengalihkan sebotol susu besar dari peti sejuk. Dia tiba-tiba tak mampu mencengkam botol licin tersebut lalu botol itu jatuh dan habis semua susu membasahi lantai dapur. 


Lalu datanglah si ibu menjenguk. Bukan membebel, memarahi atau memukul si anak kecil, sebaliknya si ibu berkata "Wow Anas, pandai dan hebatnya kamu sepahkan! Umi jarang tengok lautan susu macam ni. Takpe, benda dah jadi. Jom kita buat sesuatu sebelum kita kemas dan cuci susu ni?"


Si anak kecik mengikut. Selepas beberapa minit, si ibu berkata "Anas tahu tak, nanti kalau Anas buat sepah macam ni lagi lepas ni, Anas kena bersih dan kemaskan sendiri tau. Ok, sekarang macam mana Anas patut bersihkan ni? Kita boleh guna tuala, span, atau mop. Yang mana Anas rasa sesuai?"



Si kecil kemudian memilih span dan mereka sama-sama bersih dan lap susu yang tumpah tersebut.


Si ibu kemudian berkata "Anas tahu tak, sebenarnya tak boleh nak bawa botol susu besar dengan dua tangan kecil. Jom kita ke halaman belakang dan isi botol dengan air dan kita tengok jika Anas boleh jumpa cara nak bawa botol tanpa jatuhkannya." 


Lalu si anak kecil comel ni pun belajar macam mana cara nak genggam botol iaitu dengan menggenggam bahagian atas botol berhampiran bibir botol dengan kedua-dua tangannya. 


Tadaaa..Pelajaran yang baik untuk si kecil kan? 


Pengajaran untuk kita :


Jangan takut jika anak kecil kita buat salah. Sebaliknya, kita perlu memahami bahawa kesilapan adalah peluang untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru. Walaupun eksperimen mungkin tak berjaya, sekurang-kurangnya kita akan belajar sesuatu yang berharga daripadanya dan betambah baik pada masa akan datang.


Alangkah bagus kalau ramai ibubapa boleh bertindak sepertimana ibu Anas buat padanya.


Jom bertindak dengan bijak. Anda mampu mengubahnya 



Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http//jasminshahab205.blogspot.com

No comments:

Post a Comment