20 June 2014

NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

share dari link fb ~Islam Itu Indah


NAMA - NAMA MALAIKAT DAN TUGASNYA

Nama-nama Malaikat dan tugasnya ada 10, yakni :
1) Malaikat Jibril, tugasnya Menyampaikan wahyu
2) Malaikat Mikail, tugasnya Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
3) Malaikat Israfil, tugasnya Meniupkan Sangkakala
4) Malaikat Izrail, tugasnya Mencabut nyawa Makhluk hidup
5) Malaikat Raqib, tugasnya Mencatat amal kebaikan manusia
6) Malaikat Atid, tugasnya Mencatat amal keburukan manusia
7) Malaikat Munkar, tugasnya Menanyakan mayit di alam kubur ( Barzah )
8) Malaikat Nakir, tugasnya Menanyakan mayit di alam kubur ( Barzah )
9) Malaikat Malik, tugasnya Menjaga pintu neraka
10) Malaikat Ridwan, tugasnya Menjaga pintu Syurga




blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

19 June 2014

YA HAIYYU 'YA QOIYYUM..

share dari link fb ~ PONDOK HABIB

YA HAIYYU 'YA QOIYYUM..

Imam Al-Ghazali r.a mengatakan : Barangsiapa menginginkan agar mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari segala macam bahaya dan tipu daya musuh, didengar dan ditaati tutur katanya dan juga luas rezekinya yang kemudian menjadi kaya maka hendaklah membaca dua Asma Allah (YA HAIYYU 'YA QOIYYUM - Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Berdiri Sendiri) tersebut 1000 kali setiap hari"

Dari Anas bin Malik r.a bahawa dia mendengar Nabi Sholallahu 'alaihi wassalam bersabda kepada Fatimah r.a.h yang bermaksud:

“Apa yang menghalangimu untuk mendengarkan nasihatku, bacalah ketika pagi dan petang hari: Ya Haiyyu 'Ya Qoiyyum Birahmatika…..(sehingga habis).”

(Riwayat Nasa’i, Al-Bazzar & Al-Hakim)
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

12 June 2014

Rendang Kerang

share dari link fb ~Resepi Bonda

Rendang Kerang

Bahan:
2kg kerang direbus dan buang kulit
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*

2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:
kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik..
kacau hingga kuah menjadi pekat..
masukkan kerang dan kacau lagi
masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..
siap..!!
sedia untuk dihidang..
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Resepi otak-otak kempas


share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali ~ 

Permintaan anak teruna saya... otak-otak...dah lama katanya tak makan ditanya otak2 tanjung lumpur ke atau otak2 kempas? katanya yang rasa kenyal2 dan warna merah..agak lama tak merasa 14 thn lepas di larkin masa belajar kat sana..siap tempah ngan pakcik tu setiap jumaat tuk buat balik kuantan.. sbb tu anak sulung tau otak2 ni.. siap suruh dia pi amik kat pantai daun kelapa semata2 nak buat otak2 kempas ni..Alhamdulillah hasilnya mmg kenyal ...lps ni boleh plak buat otak2 pantai timur..
Resepi otak-otak kempas

500gm ikan tenggiri amik isi nya sahaja
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk cili babas atau nak rasa lbh pedas tambah lagi
1 biji bawang besar sederhana*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 batang serai dipotong halus*
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk halus
3 biji buah keras direndam dulu ditumbuk halus
1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit gula 
sebiji telor
2 sudu tpg jagung yang dibancuh sedikit air
3 sudu minyak masak tuk menumis

caranya
1. isi ikan tenggiri dikisar halus- ketepikan
2. satukan bahan bertanda dan kisar halus
3. tumbuk ketumbar dan buah keras hingga hancur
4. satukan kedua2 bahan diatas dan masukkan santan, 
5. tumis bahan2 diatas dgn sedikit minyak tumis sehingga pecah minyak, masukkan garam dan gula ..serta masukkan santan ..dan masukkan tpg jagung yang dibancuh sedikit air..kacau hingga sebati dan sedikit pekat dan angkat..bab ni guna api perlahan ye takut hangus nanti dan sentiasa kacau
6. sejukkan bahan yang telah digoreng dahulu kemudian masukkan isi ikan tenggiri yang dikisar halus.. serta telor dan masukkan garam dan gula.. otak2 ni tak manis sangat ye..kacau sebati
7. sediakan daun kelapa potong 9 inci..masukkan adunan ikan pada daun kelapa ambil satu lagi daun kelapa untuk menutup otak2 kita ye. tutup bertindih antara kedua-dua daun tuu. selitkan pencungkil gigi hujung nya.. 
8. siap tuk dibakar
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Zikir yang menjadi ubat kepada 99 penyakit....mari kita amalkan setiap hari sepanjang masa

share dari link fb ~ Cahaya kasih sayang Syurga

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

“Mahukah engkau aku tunjukkan salah satu kunci syurga?” Aku menjawab, “Ya mahu.” Rasulullah SAW bersabda, “Iaitu ucapan la haula wala quwwata Illa billah (Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.” (Musnad Imam Ahmad)

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar Walahaulawala Quwwata illabilla hil 'aliyil 'azhim. Allahumma sholli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad. Astaghfirullahal 'azhim wa atubu ilaih
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

09 June 2014

SUBHANALLAH! - GARISAN LEMBUT YANG MEMISAHKAN SIANG DAN MALAM YANG BERJAYA DIRAKAM

SUBHANALLAH! - GARISAN LEMBUT YANG MEMISAHKAN SIANG DAN MALAM YANG BERJAYA DIRAKAM

Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah. Nampak tak lampu yang masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap ?


Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau di UK dan Ireland..

Di bawah afrika kelihatan Morocco

Para saintis telah melakukan pelbagai usaha dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka telah berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.

Cuba lihat gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut sebenarnya diambil ketika waktu fajar. Mereka telah menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini sebenarnya kalau anda perasan telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.

Gambar ini memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena "pergabungan" antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya sekiranya anda perhati dengan betul. Fenomena yang membuatkan ramai para saintis terasa kagum. Dan tidak ada contoh yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta'ala:

ذلك بأن الله يولج الليل في النهار ويولج النهار في الليل وأن الله سميع بصير * ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه هو الباطل وأن الله هو العلي الكبير
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ". [QS. Al Hajj ayat 61-62] Subhana_Llah ...

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisah ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)

Jika anda inginkan pulangan PELABURAN 200~300% setahun dan pelaburan diinsurankan, hubungi saya segera yang bersedia membantu anda….Anda akan berpuas hati apabila mendapat pulangan lumayan nanti.

Call/sms/whatsapp/line coach anda,
Pn. Harlina - 013-3396 096
Perunding Pelaburan

Boleh layari / klik untuk motivasi dan pencerahan di

Jumpa di Puncak Kejayaan...!!!
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/ 

05 June 2014

Cintai dunia punca segala kecelakaan.

share dari link fb ~Pencinta Rasulullah(saw)

Cintai dunia punca segala kecelakaan.

Sekiranya dunia bernilai senilai sayap nyamuk, nescaya Allah takkan bagi minum kepada orang kafir.

Dunia tempat tinggal bagi orang yang tak ada tempat tinggal.
Disitulah dikumpulkan orang yang tak ada fikiran.

Dunia tetap dikutuki segala isinya kecuali orang berilmu, orang yang mengajarkan ilmu. Dan perkara yang membawa untuk mengingati Allah.

Tuntutlah, rai lah, apa saja yang Allah bagi, sihat, pasangan, anak, harta, jawatan, kereta, motor, kawan,apa saja semua yang Allah bagi, carilah bahagaian Akhirat dari apa yang Allah beri itu.

Makan, bahagaian kepada perkara dunia untuk melansungskan hidup.
Jadi bila Niat untuk makan, supaya kita boleh taat beribadah kepada Allah. Maka ia tercatit sebagai perkara yang mengingati Allah. Dikira sebagai ibadah.

Orang yang bijak itu bukan orang yang diuniversiti, bukan yang digelari dengan pangkat sijilnya, orang yang pandai itu orang yang ikut definasi Rasulullah walaupun dia duduk dikampung, dia muhasabbah amalnya, dia beramal untuk dia dapat petik buahnya selepas mati.

Kalau hidupnya tak diguna untuk akhirat, dia jahil! 
Orang yang jahil adalah orang yang ikut hawa nafsunya.
Sudahlah ikut hawa nafsu, hendak syurga firdaus..
Buah diatas pokok jangan diambil dengan angan-angan.. Gunalah galah.

Ukuran nya sejauh mana dia gunakan kehidupannya untuk akhiratnya.

Siapa yang ambil dunia lebih dari mencukupi dirinya, sungguh dia sedang ambil kecelakaan.
Ambil dunia sekadar orang musafir saja. 

Jadilah kamu didunia ini umpama orang asing.
Siapa yang bangun dipagi hari, fikirannya disibukkan dgn urusan dunia, akan dikoyak cita citanya, menampakkan kemiskinan padanya.

Sifat zuhud didunia mententeramkan hati.
kalau kita dapat, kita bersyukur, walaupun sikit.
kalau tak dapat apa yang diinginkan, kita bersabar.

Zuhud itu kalau tak diberi, kamu bersyukur, kalau kamu dapat kamu dahulukan orang lain.

Kurang lebih isi Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan Hinanya Dunia.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/