09 June 2014

SUBHANALLAH! - GARISAN LEMBUT YANG MEMISAHKAN SIANG DAN MALAM YANG BERJAYA DIRAKAM

SUBHANALLAH! - GARISAN LEMBUT YANG MEMISAHKAN SIANG DAN MALAM YANG BERJAYA DIRAKAM

Gambar ini adalah gambar yang diambil oleh beberapa satelit Wahana Luar Angkasa Amerika Syarikat, NASA, tepat diatas Benua Afrika bahagian utara dan Eropah. Nampak tak lampu yang masih menyala di bahagian Bumi yang masih gelap ?


Bahagian atas eropah barat, boleh nampak pulau di UK dan Ireland..

Di bawah afrika kelihatan Morocco

Para saintis telah melakukan pelbagai usaha dengan menggunakan satelit dan komputer dua tahun yang lalu, mereka telah berjaya mendapatkan gambar yang menunjukkan kawasan antara siang dan malam dibumi.

Cuba lihat gambar di atas yang mengkagumkan ini yang memperlihatkan malam dan siang sekaligus.

Gambar tersebut sebenarnya diambil ketika waktu fajar. Mereka telah menjumpai ada garis lembut yang memisahkan antara siang dan malam tersebut. Kenyataan ini sebenarnya kalau anda perasan telah disebutkan dalam Al Quran sejak 14 abad yang lalu.

Gambar ini memberikan gambaran yang menakjubkan tentang fenomena "pergabungan" antara siang dan malam. Ada benang yang sangat tipis yang memisahkan malam dan siang di sempadan antara keduanya sekiranya anda perhati dengan betul. Fenomena yang membuatkan ramai para saintis terasa kagum. Dan tidak ada contoh yang sesuai untuk menggambarkan fenomena unik ini kecuali firman Allah Ta'ala:

ذلك بأن الله يولج الليل في النهار ويولج النهار في الليل وأن الله سميع بصير * ذلك بأن الله هو الحق وأن ما يدعون من دونه هو الباطل وأن الله هو العلي الكبير
"Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan bahwasannya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dia-lah (Tuhan) Yang haq dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil , dan sesungguhnya Allah, Dia-lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ". [QS. Al Hajj ayat 61-62] Subhana_Llah ...

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah tentang garis pemisah ini:

Yang bermaksud: ‘dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar’. (Surah Al-Baqarah ayat 187)

Jika anda inginkan pulangan PELABURAN 200~300% setahun dan pelaburan diinsurankan, hubungi saya segera yang bersedia membantu anda….Anda akan berpuas hati apabila mendapat pulangan lumayan nanti.

Call/sms/whatsapp/line coach anda,
Pn. Harlina - 013-3396 096
Perunding Pelaburan

Boleh layari / klik untuk motivasi dan pencerahan di

Jumpa di Puncak Kejayaan...!!!
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment