12 June 2014

Resepi otak-otak kempas


share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali ~ 

Permintaan anak teruna saya... otak-otak...dah lama katanya tak makan ditanya otak2 tanjung lumpur ke atau otak2 kempas? katanya yang rasa kenyal2 dan warna merah..agak lama tak merasa 14 thn lepas di larkin masa belajar kat sana..siap tempah ngan pakcik tu setiap jumaat tuk buat balik kuantan.. sbb tu anak sulung tau otak2 ni.. siap suruh dia pi amik kat pantai daun kelapa semata2 nak buat otak2 kempas ni..Alhamdulillah hasilnya mmg kenyal ...lps ni boleh plak buat otak2 pantai timur..
Resepi otak-otak kempas

500gm ikan tenggiri amik isi nya sahaja
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serbuk cili babas atau nak rasa lbh pedas tambah lagi
1 biji bawang besar sederhana*
2 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 batang serai dipotong halus*
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk halus
3 biji buah keras direndam dulu ditumbuk halus
1/2 cawan santan
sedikit garam
sedikit gula 
sebiji telor
2 sudu tpg jagung yang dibancuh sedikit air
3 sudu minyak masak tuk menumis

caranya
1. isi ikan tenggiri dikisar halus- ketepikan
2. satukan bahan bertanda dan kisar halus
3. tumbuk ketumbar dan buah keras hingga hancur
4. satukan kedua2 bahan diatas dan masukkan santan, 
5. tumis bahan2 diatas dgn sedikit minyak tumis sehingga pecah minyak, masukkan garam dan gula ..serta masukkan santan ..dan masukkan tpg jagung yang dibancuh sedikit air..kacau hingga sebati dan sedikit pekat dan angkat..bab ni guna api perlahan ye takut hangus nanti dan sentiasa kacau
6. sejukkan bahan yang telah digoreng dahulu kemudian masukkan isi ikan tenggiri yang dikisar halus.. serta telor dan masukkan garam dan gula.. otak2 ni tak manis sangat ye..kacau sebati
7. sediakan daun kelapa potong 9 inci..masukkan adunan ikan pada daun kelapa ambil satu lagi daun kelapa untuk menutup otak2 kita ye. tutup bertindih antara kedua-dua daun tuu. selitkan pencungkil gigi hujung nya.. 
8. siap tuk dibakar
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

No comments:

Post a Comment