blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
"Ya Allah... Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan dan pertengahannya keberuntungan serta akhirnya kejayaan. Aku mohon kepadaMu kebaikan dunia dan akhirat, Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang." Amiiin Ya Rabbal'alamin.
Selamat Datang
banner
30 March 2015
Resipi siap di gambar
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
RESEPI NASI MINYAK
RESEPI NASI MINYAK
Bahan bahannya :
● 4 cawan beras basmathi
● 6 cawan air
● 1 cawan susu cair
● 3 helai daun pandan- disimpul & ikat
● Garam secukup rasa
● Sedikit pewarna kuning
● Sedikit kismis kuning
● 7 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Bahan tumis :
● 3 biji bawang besar
● 2 biji bawang putih
● 2 inci halia
● 5 biji buah pelaga
● 2 inci kayu manis
● 2 kuntum bunga lawang
● 4 biji bunga cengkih
Cara memasaknya :
1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis . Basuh beras dan rendam beras lebih kurang sejam .
2. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan . Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan sampai wangi dan bawang menjadi layu kekuningan .
3. Kemudian masukkan semua air, susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan. Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik. Bila dah masak boleh la ditaburkan sedikit saja pewarna kuning serta kismis dan gaul perlahan-lahan supaya sekata warna kuning dan kismis ini bersama nasi minyak . Boleh la ditutup suis periuk nasi ini.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
Ibu adalah Madrasah
Ibu adalah Madrasah; "Ibu itu adalah madrasah pertama kepada anak-anak. Anak itu dicorak daripada kedua ibu-bapa mereka. Antara tokoh-tokoh hebat didalam sejarah islam bermula daripada didikan ibu mereka. Ada satu kisah ibu yang hebat, yakni ibu kepada Al-Imam As-Syafie. Ibunya suruh imam syafie menuntut ilmu dan tidak membawa balik harta
ketika imam as-syafie berusia 15tahun."
"Beliau keluar menuntut ilmu di madinah bersama Imam Malik, kemudian setelah beberapa tahun menuntut ilmu. Imam Syafie pulang. Sebelum pulang, Imam Malik memberi sedikit pemberian untuk bekalan imam syafie pulang ke rumahnya. Sebelum sampai ke rumahnya, imam syafie telah mengagih-agihkan harta bekalan itu kepada orang miskin sehingga hanya tinggal satu kantung wang sahaja."
"Sampai saja dirumah, ketika mengetuk pintu dan memberi salam kepada ibunya. Ibunya didalam rumah pon bertanya
"Siapa itu?" Lalu imam syafie menjawab, "ini anakmu"
kemudian bertanya lagi, ibu beliau tanpa membuka pintu
"Apa yang kamu bawa pulang wahai anakku?"
Imam Syafie menjawab "Tiada dunia yang dibawa pulang wahai ibu." Selepas itu barulah ibunya membuka pintu dan menyambut anaknya."
"Subhanallah. Berbeza dizaman kita sekarang, kata alim ulamak, dunia sekarang sudah terbalik,
disuruh anak mereka belajar tinggi-tinggi untuk membawa pulang dunia yang akhirnya memakan diri anak itu sendiri dan melukakan hati ibu bapa. Anak-anak sudah kerja bagus, kemudian ditinggalkan itu ibu dirumah orang-orang tua."
"Antara ibu yang hebat adalah ibu kepada Syeikh abdul qadir al-jailani. Ibunya menyuruh keluar menuntut ilmu dan menyuruh syeikh jujur dan disaksi oleh Allah سبحانه وتعالى. Ketika syeikh abdul qadir jailani masih kecil remaja,
ibunya menyuruh ke baghdad untuk menuntut ilmu bersama kabilah arab yang ingin kesana.
Diberikan sedikit wang peninggalan arwah ayahndanya kepada beliau,
dan diwasiatkan oleh ibunya supaya jangan kamu sesekali berdusta."
"Didalam perjalanan kabilah mereka dirompak oleh sekumpulan perompak, namun syeikh itu diabaikan oleh kumpulan perompak kerana beliau masih kecil itu sehingga salah seorang dari perompak itu bertanya pada syeikh,
"wahai budak kecil, apakah kamu punya wang?" Lalu dijawab oleh beliau, "ya! ada didalam kantung baju ku ini" Kemudian siperompak itu memeriksa kantung bajunya,
"Benar! tetapi mengapa kamu beritahu kepada aku, setelah kamu tahu aku pasti akan mengambilnya daripada kamu?"
Dijawab oleh syeikh abdul qadir jailani. "Aku ini sudah berjanji kepada ibuku supaya tidak berdusta" Lalu ketawalah siperompak itu lalu memanggil ketua perompak dan diceritakan perihal tadi, kemudian ketua perompak itu bertanya pada syeikh abdul qadir jailani. "kenapa kamu berkata benar?" Dijawab oleh beliau, "Aku telah berjanji dengan ibuku supaya tidak berkata dusta"
lalu ketawalah ketua perompak itu dan menyambung, "Ibumu bukanya tahu kamu berkata dusta, dia juga tiada disini"
"Lalu dijawab oleh syeikh. "Ya benar, tetapi sewaktu aku mengambil wasiat dari ibuku supaya berkata benar, ia telah disaksikan oleh Allah سبحانه وتعالى akan wasiat itu. Dimana jua aku berada walaupon tiada ibuku, Allah سبحانه وتعالى sentiasa memerhatikan aku." Tersentak ketua perompak dengan jawapan itu lalu berkata ketua itu kepada kumpulannya
"Sungguh benar kata budak kecil ini, kita merompak walhal Allah سبحانه وتعالى memerhatikan kita tanpa kita hiraukan."
"Lalu ketua perompak itu pon bertaubat dan menyerahkan semua rampasan rompakan kepada kumpulan kabilah itu dan bertanya pada Syeikh. "Kemana kamu ingin pergi wahai budak?" dijawab kembali. "Aku ingin ke kota baghdad untuk menuntut ilmu disana." Ketua penyamun itu kemudian berkata, "Jadi aku akan bersama kamu untuk sama-sama menuntut ilmu."
"Dikisahkan kumpulan penyamun itu adalah orang yang pertama mengucap syahadah hasil dari akhlak Syeikh abdul qadir-jailani,
Nah! lihat betapa hebatnya seseorang itu bila diasuh dengan acuan yang betul yang sempurna oleh seorang ibu yang hebat. Dua tokoh islam yang terkemuka ini yang mana hasil dari didikan madrasah yang pertama iaitu Ibu."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
Antara petua/tips untuk hidup tenang dan redha ialah mudah meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain.
share dari link fb ~Warga Prihatin
Antara petua/tips untuk hidup tenang dan redha ialah mudah meminta maaf dan mudah memaafkan orang lain. Nafikan kebaikan diri sendiri dan tonjolkan kebaikan orang lain.
Tolak segala bentuk HASUTAN yang menjadikan kita WAS-WAS (berprasangka) dan WAS WIS (saling membisikan kejahatan dan keraguan) kerana itu adalah TABIAT SYAITAN. Mengikuti tabiat itu bermakna KITALAH SYAITANNYA.
Perhatikan dasar-dasar al-akhlaqul kariimah yang telah Allah gariskan.
QS:7. Al A'raaf 199-202
"Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka (orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkanmu dan mereka tidak henti-henti."
Renungan pagi
WARGA PRIHATIN
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
29 March 2015
"Jangan kamu berharap untuk duduk bersama dengan orang-orang alim diakhirat jika didunia kamu tidak duduk dengan mereka."
"Jangan kamu berharap untuk duduk bersama dengan orang-orang alim diakhirat jika didunia kamu tidak duduk dengan mereka."
Jangan pernah berharap untuk rapat dengan orang-orang yang soleh diakhirat bilamana kamu tak kenal dengan mereka didunia.
Jangan pernah berharap untuk mendapat manfaat daripada orang-orang yang soleh diakhirat bilamana tidak mendapatkan manfaat daripada ilmu orang-orang soleh ketika berada didunia.
Dikatakan pepatah mengatakan barangsiapa yang tidak pernah tengok duduk ambil manfaat daripada orang yang soleh didunia bagaimana untuk dia mendapat manfaat daripada orang yang soleh.
Sebaliknya barangsiapa yang sudah mengambil manfaat daripada orang-orang yang soleh didunia bagaimana tidak akan duduk diakhirat bersama dengan para assolihin."
-Ad Daie'ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
26 March 2015
IKAN SIAKAP KUKUS BERSAMBAL
IKAN SIAKAP KUKUS BERSAMBAL
Saya ada menjual tepung cheese cake ORIGINAL
Nak Order, Dapatkan di sini ➨ Tepung Cheese Cake - Sedap, Mudah dan Halal
.Bahan-bahannya:
1 ekor ikan siakap
1/4 inci halia - dihiris mancis
3 helai daun salam - (saya gantikan dgn daun limau purut yg dihiris halus)
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 batang serai - dititik
1 sd makan cili kisar
Garam & gula
Daun pisang & aluminium foil
Minyak masak
Bahan kisar:
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
1 sd mkn udang kering
Cara masak:
1. Panaskan kuali, tumis bahan kisar, 2 batang serai, daun salam ( daun limau purut yang dikoyak-koyakkan) dan cili kisar hingga bangkit bau.
2. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati dan sambal masak. Tutup api dan ketepikan.
3. Bentang daun pisang di atas aluminium foil.
4. Letak ikan di tengah-tengah. Taburkan daun salam (daun limau purut), serai, hirisan halia dan daun kunyit.
5. Sapu sambal ke seluruh ikan.
6. Balut daun pisang dan balut aluminium foil kemas-kemas.
7. Masak dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. (Boleh juga nak guna magic pan atau kuali yg bertutup)
8. Sedia untuk dihidangkan.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
Istiqamah dalam iman
share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin
Istiqamah dalam iman; "Para Ulama mengatakan bahwa kekerapan yang baik yang istimewa yang Allah سبحانه وتعالى kurniakan kepada manusia yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى adalah kekerapan mereka dalam iman yakni istiqamah didalam iman."
"Apakah maksudnya? Bagaimana mahu istiqamah dalam iman? Bilamana sakit, mereka tidak lupakan Allah سبحانه وتعالى. Mereka terus beribadat. Bila bekerja, bekerja demi mencari berkat daripada Allah سبحانه وتعالى didalam pekerjaannya. Bila makan, bukan sekadar mahu makan dan mengisi kosong perut sahaja. Bahkan mengisi perut kerana mahukan tenaga untuk terus beribadat kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Manusia yangg punya kesungguhan yang kuat didalam istiqamah dalam iman ini akan selalu Allah سبحانه وتعالى perintahkan para Malaikat untuk menziarahi mereka selalu. Lebih lebih lagi diwaktu genting."
"Apa itu waktu genting? Ianya terdapat tiga waktu genting bagi manusia. Yang pertama, adalah Sakkaratul Maut. Malaikat akan turun dan membantu si fulan yang istiqamahnya dalam iman secara berterusan dengan mempermudahkan urusan pengambilan Ar-Ruh daripada jasad mereka."
"Yang kedua, adalah di alam Barzakh. Malaikat yang ditugaskan akan datang kepada si fulan tersebut bagi membantu si fulan tersebut mempermudahkan urusan dia untuk menjawab pertanyaan Munkar & Nakir. Malaikat juga berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى agar urusan dia dipermudahkan di alam kubur."
"Yang ketiga, adalah Pada hari Kebangkitan. Malaikat akan datang ketemu sama si fulan tersebut dengan berpesan bahawa segala urusannya selepas ini yakni urusan timbangan Mizan, urusan meniti titian Siratul Mustaqim dan lainnya dipermudahkan. Tujuannya untuk menenangkan manusia yang di dunia itu tadi tentang kuat istiqamahnya dalam iman diatas dunia ini."
"Moga-moga kita tergolong bersama sama mereka yang kuat istiqamahnya dalam iman. Moga moga berkat majlis sebegini menjadi asbab dan saksi urusan kita dipermudahkan di akhirat kelak."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)







