24 November 2014

TOLAKLAH BALA’ DENGAN SEDEKAH

share dari link fb ~ Majelis At-Thahiriyah

TOLAKLAH BALA’ DENGAN SEDEKAH 

ALMUSNID ALHABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ berkata: 

Mau menolak bala’ tolaklah bala’ sedekah. Sungguh sesuap sedekah itu menolak bala dan musibah. Rasulullah bersabda: “Bersegeralah kalian bersedekah di pagi hari sebab bala apabila mau datang tidak dapat melompati dan mendahului sedekah Itu”.

Dan diriwayatkan daripada seorang wanita dari kaum Bani Israel. Diriwayatkan kalau dia sedang memakan makanan tinggal ada satu suapan makanan terakhir. Udah dia bawa ditangannya udah ingin dia suap dia makan, tau-tau dia lihat ada seseorang yang meminta maka dia berikan kepada fakir miskin yang meminta itu.

Maka beberapa hari setelah kejadian itu datang seekor serigala yang. Serigala tersebut menerobos ke dalam rumahnya, ada anak bayi anak wanita tersebut diambil direnggut dan dibawa lari ke hutan. 

Maka wanita itu menjerit mengejar serigala itu dengan kalang kabut dan berkata: “Anakku..anakku.. 

Maka dengan tiba-tiba ada seseorang yang menghentikan serigala tersebut. Dikeluarkan anak wanita itu dari mulut serigala. Kemudian diusap anak tersebut tidak berbekas tidak ada sakit sama sekali.

Maka diberikan itu anak kepada si ibu. Maka ibu tersebut bersyukur kepada Allah dan bertanya: “ Siapa gerangan engkau yang mana engkau telah menyelamatkan anakku”

Aku adalah seorang Malaikat yang mana sebelumnya aku berada di langit ke empat. Maka ketika serigala menyerang anakmu. 

Maka Allah Ta’ala berkata kepadaku: ”Segera turun dan ambil anak tersebut dari mulut serigala dengan izin-KU dan juga usap hingga sembuh dengan izin-KU.dan katakan kepada si ibu bahwasanya suapan dibalas dengan suapan”. 

Engkau sudah memberikan suapan sedekah kepada seorang miskin nah ini sekarang kami kembalikan suapan serigala yang akan memakan anakmu kami kembalikan kepada engkau.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Tahap Kemanisan iman

share dari link fb ~Ustaz Nasir

Tahap Kemanisan iman

Muroqobah
- Allah SWT sentiasa di hati

Mujahadah
- Bersusah payah kerana Allah SWT

Muhasabah
- Lihat kekurangan diri, buat ibadah tetapi masih melakukan dosa dan maksiat

Muaqobah
- Berusaha memperbaiki kesalahan yang dilakukan dan menghukum diri atas kesalahan yang telah dilakukan

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Kita ada rumah luas. Tapi hati yang sempit. Sahabat rhum yang awal kebanyakan rumah mereka kecil tapi hati mereka luas. Luas kerana bahagia. Bahagia mengenal Allah. Bahagia mengikuti jalan yang disukai Allah dan jalan Nabi

share dari link fb ~ Ebit Lew

Seorang wanita ada masalah teruk dalam rumahtangganya. Tapi rasa sudah tidak tahan dan nak bunuh diri . Anak-anak semua sudah jauh dari agama dan kebaikan. Dia orang kaya dan mewah.

Tanya dia kenapa rumah saya besar. Semua yang saya, suami dan anak-anak inginkan dalam hidup ini dah dapat. Tapi kenapa jadi resah, buntu, serabut dan masalah macam ni.

Jawab saya saiz rumah ialah untuk keselesaan. Bukan salah rumah atau kekayaan. Tetapi kurangnya rahmat Allah kerana kurangnya Al-Quran dan sunnah Nabi saw dalam rumah dan kehidupan.

Saya minta dia sediakan satu bilik atau ruang seperti ruang masjid. Hanya sejadah, Al-Quran,Hadis-hadis Nabi saw dan tasbih. Kata saya supaya disitulah ada rahmat Allah. Hari ini kita sudah rosakkan hidup kita ini dengan dunia, hiburan, televisyen, gadget sehingga tiada ruang antara kita dengan Allah. Lihat sebelum solat dan majlis ilmu pun orang asyik tengok gadget. Kita sedang menjauhkan diri dengan ketenangan. Kita sudah tidak tenang. Anak-anak pun sudah tidak tenang. Anak-anak sudah tidak sedih tengok kematian dan kekejaman kerana sudah terbiasa dengan tv. Sehingga perasaan hormat dan kasih sayang mula hilang. Kehidupan Nabi saw ialah kehidupan kasih sayang dan rahmat 

Kemudian di ruang itu hidupkan bacaan hadis Nabi saw mengenai kepentingan amalan seperti Muntakhab Hadis yang terdapat ayat Al-Quran dan hadis Nabi saw mengenai iman, sunnah, solat, ilmu, zikir Al-Quran, akhlak, ikhlas dan dakwah serta menjauhi cakap yang sia-sia. 

Sebaiknya tiada ipad, tv, radio atau apa sahaja majalah tiada di situ.

Cari waktu yang tetap. Dia mulakan setiap malam 9.30-10mlm. Dia mulakan dengan anak-anaknya selama 2 bulan. Suaminya sudah jauh dan hanyut dengan dunia tidak solat dan pergi entah ke mana-mana serta tidak mahu dengar lagi nasihat dan hadis Nabi saw.

Dia mulakan dengan izin Allah. Satu malam selepas 2 bulan dia terdengar suaminya berdoa di ruang solat itu. Menangis-nangis. Biasanya hanya dia yang solat tahajud di situ..dia terharu dan mula menangis menyedari selama ini dia terperangkap dalam istana yang dibinanya sendiri tanpa nur Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Sekarang mereka berlima membaca hadis Nabi saw termasuk suaminya. 

Kita ada rumah luas. Tapi hati yang sempit. Sahabat rhum yang awal kebanyakan rumah mereka kecil tapi hati mereka luas. Luas kerana bahagia. Bahagia mengenal Allah. Bahagia mengikuti jalan yang disukai Allah dan jalan Nabi saw-ebit lew

#kembara iman dan solat
30-2 Dis penuh
6-8 Dis savana hill ulu tiram Jb umur 9-17thn
21-23 Dis kuala kubu selangor 9-23 thn
www.transformjiwa.com / 017 3666 848
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

18 November 2014

Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

Mahu berhenti merokok?

Lakukan amalan berikut... InsyaAllah berjaya...


1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti†setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

PENYEBAB IMAN SESEORANG DI CABUT ALLAH SWT

share dari link fb ~ Majelis Ta'lim Darusshofa

PENYEBAB IMAN SESEORANG DI CABUT ALLAH SWT


Perjalanan Dakwah Guru Mulia Al-Habib Umar bin Hafidz 11/9/2014 Singapura:


Sebab Iman tercabut:

1.Tidak menghormati Agama Allah

2.Tidak menghormati Sunnah Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam

3.Tidak menghormati Para Auliya' dan para Solihin..

4.Melalaikan solat 5 waktu..

5.Tidak mengeluarkan zakat..

6.Menzalimi Auliya' Allah..

7.Merasa lebih baik dari yg lain.

Rasulullah Sollallahu 'alaihi Wasallam adalah Hablullah (Tali Allah)..
Baginda Sollallahu 'alaihi Wasallam adalah pintu untuk sampai kepada Allah SWT..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Allah... lindungilah kami dari sifat tersebut..

Wallahu a'lam

Allahumma shalli wa sallim ‘ala Sayyidina Muhammad nuuri-kas saari wa madaadikal jaari wajma’nii bihi fi kulli athwaari wa ‘ala alihi wa shahbihi yannuur
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

15 November 2014

Kelebihan Berpagi-pagi (Memulakan Awal Hari) Di Dalam Kebaikan

share dari link fb ~As Sunnah

Kelebihan Berpagi-pagi (Memulakan Awal Hari) Di Dalam Kebaikan

Rasulullah bersabda bahawa berpagi-pagi di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya.

Menurut sebuah hadith yang lain, siapa yang keluar dari rumahnya mencari ilmu di jalan Allah sampai pulang dengan niat yang ikhlas, maka ia seolah-olah seperti seorang pejuang di jalan Allah.

Maka semua amalannya yang dilakukan di awal hari dengan niat kerana Allah seperti zikir sebelum dan sesudah subuh dan berniat iktikaf di masjid menjadi sebab untuk dilipatgandakan pahalanya seperti seorang mujahid di jalan Allah.

Akhlak Yang Dianjurkan Rasulullah

Manusia terbina atas dua unsur :

Lahiriah
Batiniah
Di dunia, yang dilihat hanyalah jasad dan anggota badan (rupa kita tiada kaitan dengan keadaan batiniah kita).

Namun di akhirat, rupa keadaan kita ditentukan oleh akhlak dan perbuatan kita.

Maka barangsiapa yang akhlaknya banyak menuruti perjalanan nabi dan siddiqin akan dibangkitkan bersama mereka.

Sebaliknya, jika manusia banyak menuruti perbuatan binatang buas yakni bengis dan mengganggu orang, maka dia akan dibangkitkan dalam bentuk binatang buas.

Maka yang menjadi dasar bagi menentukan keadaan kita di akhirat adalah perbuatan kita di dunia.

Inilah yang dimaksudkan dari firman Allah dalam Surah As-Syu’ara ayat 87-89 :

“Hari yang tiada berguna harta benda dan anak-anak, melainkan sesiapa yang pulang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.”

Pembahagian Akhlak

Akhlak kita terbahagi kepada dua:

Akhlak kita kepada Allah
Akhlak kita kepada manusia & lain ciptaan Allah
Di dalam Surah Al Isra’ ayat 19 disebutkan:

“Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.”

Dalam hadith juga disebut:

“Yang paling aku cintai dan paling dekat denganku adalah sesiapa yang paling baik budi pekertinya.”

Dalam sebuah hadith yang lain:

“Tidak ada yang lebih berat di mizan (timbangan amal di hari kiamat) daripada akhlak yang baik.”

Maka mustahil orang yang berakhlak mulia yang akan ditimpakan azab api neraka.

Para arifin (mereka yang dekat dan mengenal Allah) menyatakan bahawa tidak pernah terjadi keadaan di mana terkumpul semua akhlak yang mulia pada seseorang melainkan hanya pada Rasulullah.

Seseorang yang terkenal mempunyai budi pekerti yang mulia adalah disebabkan keadaannya yang mengikuti akhlak yang dimiliki Rasulullah. Inilah yang terserlah pada:

Para nabi-nabi, Para siddiqin, Para solihin
Akhlak Mulia Adalah Tanda Iman

Antara tanda orang yang berakhlak dengan Allah adalah merasakan diawasi Allah sebagaimana kita berhadapan dengan Allah. Ini boleh dicapai dengan memastikan kita tidak mengutamakan perkara yang lain lebih dari Allah.

Doa seorang solihin:

“Ya Allah Tuhan segala sesuatu. Dengan kekuasanMu atas segala sesuatu. Maka ampunilah aku atas segala kekurangan dan jangan hukum aku atas segalanya.”

Bagaimana Ingin Merasakan Pengawasan Allah

Senantiasa meneliti apa yang diri kita ucapkan & niatkan
Apabila kita tahu sesuatu yang kita lakukan diredhai Allah, maka jangan dipedulikan perkara yang lain yang boleh mengurangkan keredhaan Allah
Dan apabila kita tahu bahawa apa yang kita lakukan tidak diredhai Allah, maka jangan ditakuti dan terancam oleh bisikan hawa nafsu dan ancaman manusia.
Sifat merasakan diri diawasi Allah juga dinamakan muraqabah. Ia juga dianggap anak tangga bagi memasuki kedudukan ihsan.

Ihsan adalah seperti yang disebutkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith: “Engkah menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Maka sekiranya engkau tidak dapat berbuat seolah-olah engkau melihatnya, maka ketahuillah bahawa Dia memerhatikan engkau.”

Nasihat Para Kekasih Allah Tentang Menghadap Allah:

Imam Ali Zainal Abidin apabila ingin solat wajahnya akan merah dan merasa lemah. Katanya: “Engkau tidak tahu kepada siapa aku sedang berhadapan.”

Syeikh Abdul Aziz Dabbagh pula mengumpamakan keadaan seorang hamba yang menghadap Allah seperti seorang rakyat yang menghadap Rajanya. Semakin dia mendekati istana Raja dan melihat kekuasaan Raja, semakin terasa kehebatan sang Raja. Maka dia akan memastikan bahawa dia menghadap Raja dengan penuh penghormatan dan adab.

Ikhlas Adalah Sebahagian Daripada Akhlak Kepada Allah

Ikhlas membawa makna mensucikan diri dari selain Allah.

Dalam sebuah hadith Qudis disebutkan bahawa siapa yang beramal kerana Allah tetapi mencampurkan niatnya dengan perkara yang lain, maka dia akan dicampakkan Allah pada perkara lain yang di dalam niatnya tersebut.

Saidatina Aishah menyuruh pembantunya mendengarkan ucapan orang yang menerima pemberian daripadanya (Saidatina Aishah) lalu didoakan bagi penerima itu dengan doa yang sama untuk menjaga hatinya agar tidak memberi sesuatu dengan harapan untuk mendapat ganjaran walaupun dalam bentuk doa.

Al Habib Umar bin Hafiz menceritakan bahawa gurunya yakni Habib Muhammad bin Abdullah Hadar tidak mengharapkan balasan daripada murid-muridnya walaupun dengan ucapan “jazakallahu khairan” sekalipun.

*jazakallahu khairan : semoga Tuhan membalasmu dengan kebaikan

Habib Abdurrahman Bilfaqih juga memberikan makanan yang terbaik kepada kuda raja sebagai bukti keikhlasannya di dalam memberikan yang terbaik tidak kira pada siapa.

Hubungan Akhlak & Firman Allah : Kepentingan Mengamalkan Al Qur’an

Keadaan Iman kita amat berkait dengan kalam Allah. Tetapi manusia lebih suka mendengarkan kata-kata manusia berbanding dengan kalam Allah.

Pembacaan Al Qur’an perlu dijadikan wirid yang khusus dilaksanakan setiap hari.

Bagi yang lancar, perlu membaca satu juzu’ setiap hari.

Bagi yang kurang lancar, jangan kurang dari separuh juzu’.

Sebaik-baiknya, mengkhatamkan al Qur’an setiap minggu sekali ataupun sekali dalam tiga hari.

Kebiasaan Para Sahabat Dan Para Ulama’ Mengkhatamkan Al Qur’an

Saidina Uthman mengkhatamkan Al Qur’an dalam satu rakaat solat.

Al Habib Hasan Bin Soleh Al Bahar di dalam solat malamnya membaca surah Al Ikhlas sebanyak 90,000 kali dalam rakaat pertama dan mengkhatamkan al Qur’an pada rakaat kedua.

Al Habib Abdurrahman As-Saqqaf pada awalnya mengkhatamkan Al Qur’an pada siang sekali dan pada waktu malam sekali dan meningkatkannya secara beransur kepada 4 kali di siang hari dan 4 kali di malam hari.

Kepentingan Menghayati Makna Al Qur’an:

Selain dari rajin membaca Al Qur’an, kita juga perlu rajin menghayati makna.

Ashabul Qur’an iaitu mereka yang tenggelam dalam membaca dan menghayati Al Qur’an akan

mendapat syafa’at Al Qur’an dan dapat memberi syafa’at kepada orang lain
Semoga Bermanfaat.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/  

Sarapan Itu Penting


share dari link fb ~Bernama Radio24

Sarapan Itu Penting 

1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi yang diperlukan.
2. Sarapan boleh menurunkan berat badan.
3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak. 
4. Perlindungan terhadap sakit jantung.

P/S : Apa sarapan anda pagi ini? 
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/