29 June 2016

MASAKAN AYAM

Share dari link fb ~ Makan Lepak Minum
AYAM PANGGANG TANDOORI - cr: citarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam seekor atau di potong

Bahan Perap
1 inci halia
1 labu bawang putih
3 sudu kecil garam
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu besar cuka / jus lemon
1 sudu besar garam masala
100gm yoghurt
Pewarna oren

Cara-cara :
Ayam di bersihkan, Tumbuk/kisar halia dan bawang putih. Kemudian campurkan bersama cuka, garam masala, lada putih, pewarna oren dan yogurt. Lumur hingga rata pada ayam dan perap semalaman dalam peti sejuk sebelum di panggang.

Chutney Daun Ketumbar
100gm daun ketumbar, cincang kasar
3 biji cili hijau - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil gula merah

Cara : Masukkan semua ke dalam pengisar dan 2-3 sudu besar air dari peti sejuk. Kisar sebentar tetapi tidak terlalu halus. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Tahan 2-3 hari, hidang bersama ayam tandoori.


AYAM PANGGANG MADU - cr: citarasawan



Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana - bersih dan toskan

Bahan A
5cm halia - kisar
5 biji bawah putih - kisar
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos hoisin - K1 tambah
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan madu

Cara-cara :
1. Lumur ayam dengan bahan A dan perap selama 4 jam atau sebaiknya semalaman dalam peti sejuk.
2. Panggan di dalam oven pada suhu 190C selama 40-50 minit (bergantung pada oven)
3. Keluarkan ayam panggang dan sapu dengan bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven dan keluarkan. Sedia untuk di hidang


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan

1 Ekor Ayam
1 Biji Bawang Bombay / Holland
10 Biji Bawang Putih
2cm Halia
2 Sudu Besar Lada Hitam
3 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Madu
2 Sudu Besar Gula Pasir
1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
1 Sudu Besar Serbuk Oregano
2 Sudu Besar Minyak Zaitun

Penyediaan :
Bersihkan ayam. Lumur dengan garam dan limau nipis, perap selama 20minit.
Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun, gaul rata.
Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 -2 jam atau semalaman di peti dalam sejuk.

Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit. Tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam dan kapasiti oven). Setiap 15min, sapu lebihan bahan perapan keatas ayam.

Angkat dan tabur dengan serbuk lada hitam kasar.
Boleh di hidang bersama nasi ayam atau di makan begitu saja bersama salad.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA ORANG DULU-DULU












blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RESEPI GRILL LAMB CHOP

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

RESEPI GRILL LAMB CHOP
By Zylla Ahmad

Bahan-bahan :
2 ketul tulang rusuk kambing
2 gm serbuk lada putih
6 gm garam
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
50 gm sos bawang putih
1 biji bawang besar (dibakar)
1 biji tomato (dibakar)
2 batang daun parsli
1 biji lada benggala

Cara membuatnya :
1. Gaulkan tulang rusuk kambing dengan serbuk lada putih, garam, sos tiram dan minyak zaitun.
2. Perap dan masukkan di dalam peti sejuk selama enam jam.
3. Kemudian, bakar daging tersebut selama 10 minit sehingga masak.
4. Hiaskan dengan lada benggala, sos bawang putih, bawang dan tomato yang dibakar serta daun parsli. Sedia untuk dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

12 April 2016

10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

share dari link fb ~ Rohana Saad
10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :

“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

#Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)

Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.

Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.

Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.

Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Rasulullah SAW bersabda :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)

Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.

Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.

Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)

Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”

Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)

Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.

Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.

Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :

“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.

Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

11 January 2016

DOA UNTUK DIAMALKAN


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

CUBA SEMAK, ADAKAH HATI KITA KERAS?

share dari link fb ~ Rohana Saad

CUBA SEMAK, ADAKAH HATI KITA KERAS?

Akibat bercakap perkara yang sia-sia.. di riwayatkan bahawa seorang tokoh tabien yang bernama Malik bin Dinar rahimahullah (wafat 130 hijrah) pernah berkata:"Apabila kamu melihat hatimu menjadi keras, badanmu menjadi lemah dan rezeki menjadi terhalang bagi dirimu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah berkata-kata pada perkara yang tidak memberikan manfaat kepada dirimu. [Faidhul Qadir, Syarah Al-Jami' Ash-Shaghir, al-Munawi] 

Cuba semak, adakah hati kita keras? Badan selalu terasa lemah? Dan rezeki bagaikan terhalang? Mungkin ini petanda daripada Allah supaya kita kembali sedar dan berubah menuju kepada hidup yang lebih baik. Kurangkan berkata-kata dan perbanyakkan perbuatan yang membawa faedah dunia akhirat!. Biar rupa kita tidak cantik, jangan sampai akhlak kita hodoh. Biar kulit kita tidak putih, jangan sampai hati kita hitam. Biar kita tiada gaya, jangan sampai kita tiada agama. Biar manusia tidak pandang kita, jangan sampai Allah dan Rasulullah tidak pandang kita.

Recheck balik hati kita. Hati ni tempat tersimpan seribu rasa dan perasaan. Bila ada sesuatu yang kotor kita simpan dalam hati, kita beribadat pun kita tak rasa bahagia, kita tak rasa seronok. Seolah-olah apa yang kita buat itu tiada apa-apa. Baju yang kotor kita taknak pakai. Hati yang kotor takkan kita nak simpan? Bersihkan hati kita setiap hari. Macam mana? Ubat untuk hati ialah zikrullah. Basahi lidah dengan zikrullah. Moga hati hati kita terus hidup dalam cintaNya. Allahumma aamiin.
 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Jadi ubatkah herba ini? Pokok KAPAL TERBANG


 


KAPAL TERBANG



Nama Saintifik: Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L. 

Nama Lain: Pokok Jepun, Pokok Jerman,pokok busuk-busuk, seketam bukit, Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush, aeroplane plant,dan Baby Tea. 

Famili : Asteraceae,Compositae


Pokok kapalterbang adalah sejenis pokok renek yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan terbuka tepi jln ini rupa-rupanya mempunyai nilai perubatan. Tumbuhan ini berbatang rapuh dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka yang terkena cahaya matahari dan tidak akan tumbuh dikawasan yang terlindung dari terkena cahaya matahari oleh kanopi pokok lain. 



Adalah difahamkan benih pokok ini ditabur dari kapal terbang oleh tentera jepun semasa perang dunia kedua untuk kegunaan merawat tenteranya yang luka.


Kegunaan dan Khasiat :


Kebanyakan kegunaan perubatan pokok kapalterbang adalah untuk kegunaan luaran sahaja. Manakala penggunaanya untuk dalaman perlulah secara berhati-hati agar jangan terlebih dos.


1. DAUN KAPALTERBANG DIJADIKAN UBAT LUKA. 

Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dan ditampalkan pada bahagian yang luka itu. 


~ kecik2 dlu klau kna pisau msti ambk daun ni...upaq2 boh tmpt yg berdarah


2. HENTIKAN PENDARAHAN

~teringat masa kecik dulu hidung saya berdarah dan datuk saya boh daun ni kat hidung saya..lepas tu darah berhenti


~ Masa saya kecil, tangan saya terluka sangat dalam, akibat terkena buluh masa nak buat pistol buluh. Darah keluar dengan banyak dan tak berhenti, menitis hampir basah seluar pendek yang saya pakai. Saya berlari tunjuk luka saya kepada nenek saya dan dengan segera dia turun ke tanah, capai beberapa helai daun pokok Kapal Terbang, masukkan dalam mulut dan kunyah sampai hancur dan ludah atas tangan dia. 


Daun yang dah lumat tadi bercampur dengan lendir hijau yang likat ditampal ke tapak tangan saya dan tak sampai lima minit, bila dialih gumpalan daun lumat tadi, hanya tinggal satu garisan luka sahaja kat tapak tangan saya. Darah tak keluar pon dari garisan terbelah tu, dan nampak isi putih kehijauan saja.


Lepas tu dia terus cuci tempat luka tadi dengan air bersih dan dia ambil sedikit daun Aloevera (yang berduri), koyakkan dan ambil getah Aloevera tersebut lalu menyapu ke garisan luka tadi dan dibalutnya tangan saya. Keesokkan hari, luka tersebut dah bercantum balik dengan cantik, tak ada kesan darah kering (kuping).


Oleh itu gunalah daun pokok Kapal Terbang sebagai first aid kerana jika kita mahu meletakkan iodin pada luka tersebut, luka itu perlu dibasuh dan iodin hanya boleh digunakan sesudah darah sudah berhenti mengalir.


3. UBAT YANG MUJARAB UNTUK MEREDAKAN KEMBUNG PERUT DAN CIRIT BIRIT PADA BAYI. 


~Caranya daun kapal terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). Buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kembung dan cirit birit bayi. 


~ untuk sakit perut- upar daunnya dengan kapur sirih dan disapukan pada perut.


4. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL PADA KULIT.

Caranya: kisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. 


5. MERAWAT LELAH

Caranya: upar dengan kapor makan. buh kat dada, belakang dan perut


6. UBAT BATUK

Caranya: Upar dengan kapur, sapu didada buat ubat batuk, Insyaa Allah


7. UNTUK RAWATAN BUASIR.


7a. cabut pokok k/terbang basuh bersih akarnya direbus. minum airnya. Insya Allah buasir akan kecut.

7b. daunnya utk menyembuh buasir.caranya dimakan bersama telur itik


8. MENGURUSKAN BADAN YANG SUPER DUPER OBESITY.

Caranya: ambilkan akar pokok kapal terbang ini dan rebuskan, minum airnya. Jangan banyak sangat nanti terlebih dos bahaya pula.


9. RAWATAN SAKIT JANTUNG

Caranya: pokok ini dijemur sehingga kering kemudiannya direbus dan minum airnya.


10. UBAT CACING UNTUK KANAK-KANAK.


upar dgn kapur pah tu sapu perut dan belakang..alhamdulullah saya buat ko anok ari tu jadi..


11. MERAWAT PENYAKIT GOUT


Salaaaam.....Saya baru dihinggapi Gout....sakitnya berdenyut2....kebetulan saya mengendalikan sebuah bengkel BI pada keesokan harinya....salah seorang peserta melihat saya bergerak dlm keadaan kesakitan telah bertanya...memendekkan cerita dia mmberitahu ibunya pesakit Gout...tlh agak lama brgantung dgn ubat hospital....kini brhenti....katanya ibunya meminum air rebusan daun kapalterbang...selepas 'break' dia mmbawakan saya sedikit pohon trsebut...oleh kerana saya sampai rumah sudah malam dan tidak larat utk ke klinik...saya merebus daun itu menurut sukatan yg diberitahu.....Alhamdullillah...bengkak dan sakit kaki saya surut dan keesokan harinya saya tlh mampu menyarung kasut untuk ke tempat kerja....sebelum itu saya berselipar shj...kerana ibu jari kaki bengkak sangat dan sakit berdenyut2.


12. MEMECAHKAN KETULAN


Beberapa bulan lepas, terjadi suatu ketulan bewarna merah sebesar ibu jari dibawah telinga anakku yang berusia hampir 4 tahun. Apabila ditekan ketulan yang lembut itu, akan terasa sakitnya.


Kes ini dirujuk pada Doktor Panel dan Doktor memberi tempoh selama seminggu untuk mencuba ubat yang diberikan iaitu ubat minum dan ubat sapu. Jika tiada perubahan, anak aku akan dihantar ke specialis untuk dibedah bagi membuang ketulan tersebut kerana bimbang ia akan membesar. Disyaki sebagai Lipoma dan perlu dibuang/ dibedah kerana ia tidak akan hilang begitu sahaja.


Ketulan tersebut seolah-olah membesar dan kelihatan warna kehitaman. Bapa saudaraku pula mencadangkan agar aku mencuba perubatan tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan iaitu Pokok Kapal Terbang dan kapur. Mungkin inilah ikhtiar terakhir sebelum kami mengambil keputusan untuk menghantar anak ke pakar bedah.


Pokok kapal terbang dicari dan ditumbuk lumat, dicampurkan dengan sedikit kapur makan dan disapukan pada ketulan tersebut. Dengan kuasa Allah, lebih kurang beberapa jam, aku lihat ketulan itu surut, pecah sedikit dan mengeluarkan nanah. Apabila ditanya pada anakku, katanya dia tidak merasa sakit melainkan apabila dipicit atau ditekan pada tempat tersebut.


Gembira hatiku tidak terkata apabila melihatkan perubahan yang berlalu. Syukur, Alhamdulillah, mujarab juga petua yang bapa saudaraku syorkan. Kini aku tak perlu risau lagi untuk menghantar anakku ke Ipoh untuk dibedah kerana ketulan atau benjolan tersebut hampir surut dan kini telah sembuh sepenuhnya. Cuma tinggal parutnya sahaja. - See more at: http://www.teratakusang.com/2011/07/pokok-kapal-terbang.html#sthash.kJOEXSSV.dpuf


13. MENGECUTKAN PERANAKAN/RAHIM

daun kapal terbang diblender dan dicampur dgn kapur dan ragi. Gunakan untuk berbengkung… salah satu amalan bidan kg. 



Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak. Caranya ialah masukkan daun kapal terbang ke dalam guni atau karung yang telah diisi dengan buah-buah tadi. Ikat guni atau karung itu supaya ianya tidak terbuka. Biarkan beberapa hari sehingga buah-buahan itu cukup masak dari pemeraman. Memang berkesan sekali kerana dengan cara ini tempoh untuk proses pemeraman buah-buahan dapat disingkatkan. Jika kebiasaan tempoh adalah 7 hari, tapi jika dimasukkan daun kapal terbang ini, tempohnya hanyalah antara 3-5 hari sahaja.


PERINGATAN: 


JANGAN GUNA BANYAK SANGAT POKOK INI. 


Elakkan penggunaannya oleh ibu yang mengandung. 


Elakkan penggunaan daunnya yang mentah, yang tidak dicampur apa-apa bahan atau yang tidak direbus. Lembu dan kambing yang memakan daun pokok kapal terbang ini juga dilaporkan jatuh sakit dan boleh membawa maut. Oleh itu cara alternatif adalah gunakan kaedah luaran sahaja iaitu uparkan daun kapal terbang dan tampalkan pada bahagian yang sakit atau bengkak itu.


Simptom yang biasa ditunjukkan jika terlebih dose ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati akibat darah beku). Ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. Oleh itu anda dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini untuk minuman <<< JANGAN OVERDOSE. 


NOTE: difference between medicine and poison is just in the dose.


blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/