KEKUATAN 'PUASA' DALAM PEMBANGUNAN AGAMA YANG KURANG DIKETAHUI GENERASI MASA KINI
Sejak pagi lagi berbagai pihak mengeluarkan berbagai kenyataan yang mengaitkan dengan disiplin puasa dalam berita dan wawancara. Antara yang sering kedengaran ialah saya tidak mahu bercakap bohong, saya tidak mahu berbalah atau bergaduh dalam bulan puasa ni.
Pada sudut lain kita lihat wanita yang biasanya berpakaian seksi dan make up tebal berlikau mula ubah penampilan dengan yang sedikit sopan. Daripada skirt dan baju low cut, ubah jadi baju kurung atau kebaya ketat. Kelab malam, dangdut, karaoke dan pusat maksiat berkurangan sedikit pengunjung dan kadar maksiatnya pada awal awal ramadhan.
Sama juga dengan sedikit perubahan yang sama pada gelagat hari jumaat. Malam jumaat ada juga yang ubah sedikit penampilan yang sama, khususnya di pusat pusat hiburan. Siangnya yang berpakaian seksi ke pejabat mula ubah sedikit penampilan kerana kononnya menghormati jumaat.
Soalnya sekarang apakah yang wajib kita puasakan? Bukankah semua yang dinyatakan tadi memang sudah diharamkan samada dalam bulan puasa atau pun tidak?
UNTUK APA KITA BERPUASA?
Secara prinsipnya, puasa ada kaitan langsung dengan penjimatan. Oleh itu kita menahan diri dari sesuatu yang perlu dijimatkan. Jika kita berpuasa untuk menjadikannya TIANG AGAMA melalui rukun Islam itu, maka hasil penjimatan kita ialah ZAKAT.
Hasil kutipan zakat itu nanti boleh digunakan sebagai modal membangun agama.. Islam akan terbela kerana kekayaannya. Sebut apa saja semua kita boleh buat. Tidak lagi perlu kita jadi hamba riba’, meminjam dan mengemis. Barulah nanti kita boleh bukan sahaja berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bila BERHUJJAH tentang keunggulan agama dengan agama lain, malah kita akan sentiasa di pandang tinggi dan unggul oleh manusia sejagat. Itulah hakikat HAJI.
Apabila hujjah kita mantap, kebaikan cara hidup beragama dengan Islam terbukti mensejahterakan, mengamankan, maka seluruh dunia yang menyaksikan kebaikan itu akan terpikat, tertawan hatinya dan berminat untuk ikut serta. Inilah yang dinamakan aktual dari ritual SYAHADAH yang selama ini hanya bermain di bibir kita, tetapi tidak berlangsung pada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.
Apabila SYAHADAH kita berakar umbi, berpaksi pada hudan dan bainat, atau petunjuk dan bukti, maka ia akan memberikan daya tarikan yang luar biasa. Ia akan menjadi BERITA BESAR (ANNABA’) yang akan mengajak ramai manusia untuk menghubungkan (SILAHKAN) apa yang mereka SAKSIKAN (SHAHADAH) itu kepada manusia lain.
Proses menghubungkan (SILAH) berita besar itu yang menjadi asas SILAT, SOLAT, SOLAWAT. Itulah asas doa(SERU) dan seruan (DAKWAH) dalam solat (ASSOLATUDU’A) yang nabi SAW sabdakan. Itulah asas peningkatan darjat kemanusiaan dalam solat (ASSOLAATUL MI’RAAJUL MUKMININ). Itulah urusan Hang Tuah berlima yang berulang alik dari Melaka ke Acheh untuk kononnya belajar SILAT tetapi menghubungkan Islam dari Acheh ke Melaka.
Proses perhubungan, sampai menyampai itu jugalah asas SELAWAT, di mana ilmu dan wahyu yang telah Allah dan Malaikat sampaikan atau hubungkan kepada Nabi SAW melalui proses SOLAT kita kutip dari baginda melalui proses SELAWAT, mengutip penjelasan dan ilmu melaksanakannya dari sunnah baginda.
KESIMPULAN
Yang sudah jelas haram tidak perlu lagi kita katagorikan sebagai puasa kerana tanpa puasa juga ia sudah tetap haram.
Begitu juga jika kita mahu kaitkan puasa dalam menahan tuturkata. Ada kalanya kita ada kebenaran yang harus kita perkatakan, namun jika apa yang ingin kita katakan itu akan membuatkan manusia yang memang sudah berada dalam situasi panas atau RAMADH ini jadi tambah huru hara, maka puasakanlah. Bukan sekadar menahan diri dari berkata dusta yang memang sudah diharamkan itu dalam puasa.
Rukun Islam yang lima itu adalah TIANG PEMBANGUNAN AGAMA, satu modul pembangunan agama dalam setiap diri umatnya. Bila ia difahami dan dilaksanakan dengan betul, maka agama ini akan tegak berdiri. Ia bukan hanya untuk kita hafal dibibir atau dilakunkan RITUALNYA sekali sekala sahaja.
Pelajari dan SAKSIKANLAH kebenaran dan kehebatan ilmu Allah melalui wahyunya. Bacalah dengan proses mata dan hati, bukan dengan lafaz bibir sahaja. Kerjakan segala yang telah Allah atur dan hidayahkan kepada kita dari wahyu itu sepertimana telah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai uswah. Buktikan kehebatan Islam dengan sungguh-sungguh menjayakan perlaksanaannya hingga boleh dilihat oleh sekalian manusia.
Kemudian berusahalah, carilah wasilah untuk menghubungkan, atau SILAHKAN apa yang telah kita saksikan tadi kepada sekalian umat manusia melalui proses SILAT, SOLAT, SOLAWAT. Hubungkan diri dengan Allah melalui SOLAT, iaitu pembelajaran ilmuNya, hubungkan diri dengan Rasulullah SAW melalui SELAWAT, mencari kefahaman sunnah dan uswahnya. Bersilahlah (SILAT), berhujjah dengan manusia dengan hujjah yang terbukti kebenarannya sebagai proses pengembangan dakwah agama.
Ajaklah manusia menahan diri dari menghabiskan segala rezeki yang telah Allah kurniakan. PUASAKANLAH… Asingkanlah… ZAKAT & INFAQ kanlah dengan rela sebahagian dari rezeki kita untuk turutsama mengambil bahagian dalam misi membela dan membangun agama kita sendiri yang kini sedang diperkotak katikkan manusia sedunia.
InsyaAllah dengan pembinaan sarana, melalui pengumpulan DANA dari aktiviti puasa dan pembinaan jatidiri dengan membina akidah UMMAH melalui proses SOLAT & SELAWAT, banyak masalah boleh diselesaikan. Segala kerja mungkar segera dapat diselesaikan dengan kefahaman dan kerjasama banyak pihak. InsyaAllah, akan banyak juga pembangunan boleh kita adakan: pendidikannya, pertahanannya, ekonominya, kesejahteraan dan juga semangat persaudaraannya. Inilah hakikat amar makruf, nahi mungkar.
Itulah bukti kesejahteraan Islam yang amat perlu kita zahirkan untuk memudahkan kita BERHUJJAH. Bukti baik yang mampu dizahirkan oleh kita hingga dapat diSAKSIKAN sekalian manusia inilah yang mampu menawan hati manusia untuk tertarik kepada Islam. Apabila HATI telah tertawan, maka jasad dan harta mereka juga akan diserahkan tanpa kita memaksa manusia, sibuk berKASAR atau berbunuhan dengan mereka. Itulah konsep FA’IE yang tidak perlu menggerakkan kuda.
QS: 59. Al Hasyr 6. “Dan apa saja harta rampasan (fai-ie) yang diberikan Allah kepada Rasul mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kudapun dan seekor untapun, tetapi Allah yang memberikan kekuasaan kepada RasulNya terhadap apa saja yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Perlaksanaan yang tepat dari ilmu Allah yang sangat strategik itulah yang akan menghasilkan FA'IE.
Semuga sedikit sebanyak perkongsian ini mampu menyuntik kefahaman, menjentik jiwa untuk sama sama bangkit berpuasa dengan sebenar benarnya, demi sebuah misi pembangunan agama, bukan berpuasa sekadar untuk menyambut raya. Islam dahulu relaks dan santai semasa berpuasa. Islam kini semakin tersungkur sungkur mencari rezeki semasa berpuasa sampaikan jenayah pun meningkat dalam bulan puasa. Kenapa? kerana kita berpuasa untuk berpesta..!
Mungkin mesej ini agak susah difahami bagi yang kurang biasa mentafakkur dan mentadabburkan nasib agama dan mencari wasilah untuk membangunkannya semula. Cubalah baca berulang kali. Tak faham juga LIKE & SHARE saja dahulu. InsyaAllah kami cuba jelaskan semula dalam artikel yang lain.
Salam persaudaraan, salam kasih sayang dari kami. Selamat ber PUASA.
Kudap petang ramadhan
WARGA PRIHATIN.
blog saya satu lagi
boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment