Allah menguji Rasulullah semenjak kecil sehingga setelah mendapat wahyu,
dengan ujian kematian kedua ibu bapa, kemiskinan, kesusahan dan juga penyeksaan.
Ini tidak lain tidak bukan untuk Allah mendidik Nabi untuk memiliki
jiwa kemanusian dan memahami jiwa manusia yang pernah mengalami kesusahan.
oleh itu bila kita sendiri disakiti,
diuji dengan kesusahan mahupun kekurangan..
Tanamkanlah sangkaan yang baik kepada Allah.
Barangkali Allah mahu mendidik kita untuk memiliki sifat kemanusian itu,
agar kita memahami apakah itu erti sakit dan susah.
Agar kita lebih menghargai manusia dan juga
mensyukuri sekecil-kecil nikmatNya buat kita.
Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda,
“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari).
#Segala sesuatu berlaku dengan izin-NYA jua.
Yakinlah bahawa Allah mahu berikan sesuatu yang lebih bernilai
pada saat dan ketika yang betul..
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment