Assalamu'alaikumwarahmatul lahiwabarakatuh.
SETIAP UJIAN ADA PAHALA DI SISI ALLAH S.W.T.
Imam Al-Ghazali telah menyebut satu kisah yang menarik dalam satu kitabnya bagaimana ada dua hamba Allah yang turun ke laut untuk menangkap ikan, seorang kafir dan seorang lagi beriman.
Orang yang kafir itu telah menyeru nama segala jin dan jenisnya yang kononnya boleh memberi rezeki dan menjaga laut.
Kemudian si kafir tadi menghulurkan pukat ke laut, setelah ditarik ditakdirkan dia mendapat banyak ikan.
Manakala orang yang beriman pula menyebut nama Allah S.W.T. sebelum menghulurkan pukatnya ke laut. Setelah ditarik pukatnya ke perahunya, Allah S.W.T. mentakdirkan ia hanya mendapat seekor ikan.
Kemudian apabila hendak ditangkap, terlepas pula ikan itu dari tangannya dan terus jatuh ke laut.
Lalu malaikat yang melihat dan memerhati kedua-dua hamba ini, mengadu kepada Allah S.W.T.
"Ya Allah, mengapakah Engkau memberi ikan yang banyak kepada hambaMu yang kafir itu sedangkan hambaMu yang beriman ini Engkau hanya memberi seekor ikan sahaja kemudian terlepas pula dari genggamannya. Kenapalah Engkau takdirkan begitu wahai Tuhanku ".
Lalu Allah S.W.T. berfirman kepada malaikat berkenaan,
"Lihatlah tempat hambaKu yang beriman dan lihatlah tempat hambaKu yang kafir itu apabila mereka mati kelak".
Justeru itu, wahai orang yang beriman yang berada dalam kesempitan dan kepayahan hidup, janganlah bersedih kerana setiap ujian ada pahala di sisi Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment