29 June 2016

MASAKAN AYAM

Share dari link fb ~ Makan Lepak Minum
AYAM PANGGANG TANDOORI - cr: citarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam seekor atau di potong

Bahan Perap
1 inci halia
1 labu bawang putih
3 sudu kecil garam
2 sudu besar cili boh
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu besar cuka / jus lemon
1 sudu besar garam masala
100gm yoghurt
Pewarna oren

Cara-cara :
Ayam di bersihkan, Tumbuk/kisar halia dan bawang putih. Kemudian campurkan bersama cuka, garam masala, lada putih, pewarna oren dan yogurt. Lumur hingga rata pada ayam dan perap semalaman dalam peti sejuk sebelum di panggang.

Chutney Daun Ketumbar
100gm daun ketumbar, cincang kasar
3 biji cili hijau - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil jus lemon
1 sudu kecil gula merah

Cara : Masukkan semua ke dalam pengisar dan 2-3 sudu besar air dari peti sejuk. Kisar sebentar tetapi tidak terlalu halus. Simpan di dalam bekas tertutup di dalam peti sejuk. Tahan 2-3 hari, hidang bersama ayam tandoori.


AYAM PANGGANG MADU - cr: citarasawan



Bahan-bahan
1 ekor ayam sederhana - bersih dan toskan

Bahan A
5cm halia - kisar
5 biji bawah putih - kisar
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos hoisin - K1 tambah
2 sudu makan minyak bijan

Bahan B
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ayam pekat Maggi
3 sudu makan madu

Cara-cara :
1. Lumur ayam dengan bahan A dan perap selama 4 jam atau sebaiknya semalaman dalam peti sejuk.
2. Panggan di dalam oven pada suhu 190C selama 40-50 minit (bergantung pada oven)
3. Keluarkan ayam panggang dan sapu dengan bahan B.
4. Masukkan kembali ke dalam oven dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
5. Tutup api oven dan keluarkan. Sedia untuk di hidang


AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS

Bahan-bahan

1 Ekor Ayam
1 Biji Bawang Bombay / Holland
10 Biji Bawang Putih
2cm Halia
2 Sudu Besar Lada Hitam
3 Sudu Besar Kicap Manis
2 Sudu Besar Sos Tiram
2 Sudu Besar Madu
2 Sudu Besar Gula Pasir
1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
1 Sudu Besar Serbuk Oregano
2 Sudu Besar Minyak Zaitun

Penyediaan :
Bersihkan ayam. Lumur dengan garam dan limau nipis, perap selama 20minit.
Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun, gaul rata.
Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 -2 jam atau semalaman di peti dalam sejuk.

Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit. Tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam dan kapasiti oven). Setiap 15min, sapu lebihan bahan perapan keatas ayam.

Angkat dan tabur dengan serbuk lada hitam kasar.
Boleh di hidang bersama nasi ayam atau di makan begitu saja bersama salad.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

PETUA ORANG DULU-DULU












blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

RESEPI GRILL LAMB CHOP

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

RESEPI GRILL LAMB CHOP
By Zylla Ahmad

Bahan-bahan :
2 ketul tulang rusuk kambing
2 gm serbuk lada putih
6 gm garam
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
50 gm sos bawang putih
1 biji bawang besar (dibakar)
1 biji tomato (dibakar)
2 batang daun parsli
1 biji lada benggala

Cara membuatnya :
1. Gaulkan tulang rusuk kambing dengan serbuk lada putih, garam, sos tiram dan minyak zaitun.
2. Perap dan masukkan di dalam peti sejuk selama enam jam.
3. Kemudian, bakar daging tersebut selama 10 minit sehingga masak.
4. Hiaskan dengan lada benggala, sos bawang putih, bawang dan tomato yang dibakar serta daun parsli. Sedia untuk dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

12 April 2016

10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

share dari link fb ~ Rohana Saad
10 AMALAN YANG MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA

Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Solat Tahajud biasanya dilakukan semasa Qiamullail. Ibadah Qiamullail adalah kebiasaan para salaful soleh dan syiar para kekasih Allah SWT. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis :

“ Hendaklah kamu mengerjakan qiamullail kerana qiamullail adalah kebiasan orang soleh sebelum kamu. Qiamullail mendekatkan diri kepada Allah SWT, menghapuskan dosa dan megusir penyakit daripada tubuh.”
( Riwayat At-Tirmidzi)

Solat malam merupakan ibadah yang paling afdal kerana ia lebih mendekatkan diri kepada rasa keikhlasan dan menjauhkan diri daripada riak. Latihan ini sangat baik untuk mendidik diri agar sentiasa bersih, jernih dan suci!

#Kedua :
Melazimi membaca Al-Qur’an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari kerana ia merupakan sumber ketenangan seorang mukmin muslim.

Al-Quran adalah motivasi terulung bagi seorang mukmin. Anda percaya?Ya. Ia merupakan pengerak dan dinamo utama kepada energi kekuatan seorang insan untuk melaksanakan segala bentuk kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Tegas Allah SWT dalam Firmannya yang bermaksud :
“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menajdi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
(Al-Isra 17 : 82)

Dan satu ungkapan yang menarik yang diucapkan oleh Saidina Uthman Bi Affan RA : “ Sekiranya hatimu itu suci, nescaya tidak akan kenyang (puas) dari firman Rabbmu ( Al-Quran).”

Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.

Solat.Ia merupakan talian hayat utama bagai seorang hamba kepada Tuannya.

Solat menghubungkan jiwa, ruh dan hati seseorang insan terus kepada RabbNya. Kesempurnaan solat akan memberi pelbagai bentuk suntikan tenaga yang mampu menggerakan dan melonjakan produktiviti serta amal proaktif semua insan.

Kesempurnaan solat terletak kepada kekhusyukan dan aspek-aspek yang menyempurnakannya. Dengan khusyuk, terbukalah kunci-kunci pintu hati, bersinar serta terserlahlah cahaya keimanan di dalam hati. Dengan ini seseorang akan merasai kemanisan iman di dalam jiwanya.

Solat menjadi kecintaan dan kerinduaannya kerana ia mendapat manfaat bersama ibadah solat. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda :
“ Dan dijadikan mataku sejuk dalam solat.”
( HR Nasai)

Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Rasulullah SAW bersabda :
“ Pada tiap-tiap pagi ada kewajipan ke atas setiap orang perseorangan (individu) untuk bersedeqah, dan cukuplah menggantikan semuanya dengan mengerjakan dua rakaat sunat Dhuha.”
( Riwayat Abu Dzar RA)

Sejujurnya, kita akan merasai kelainan yang berbeza dalam menjalani kehidupan seharian apabila solat sunnat ini telah menjadi malakah (darah daging) kita. Rasa janggal kalau termiss atau tertinggal walaupun sehari.

Sentiasa bersedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman kerana ia penyubur kasih sayang.

Sedeqah adalah amalan yang sangat mulia. Ia membersihkan diri daripada sifat-sifat yang mazmumah dan menyuburkan sifat kasih sayang dalam diri manusia. Dan ganjarannya di sisi Allah SWT amatlah besar dan lumayan.

Allah SWT berfirman :
“ Perumpamaan orang-orang yang menafqahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan ganjaran bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas ( kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
(Al-Baqarah 2 : 261)

Sentiasa memelihara wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu’.

Imam Al Banna selalu berpesan kepada sahabat-sahabatnya : “ Bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Wudhuk adalah senjata mukmin, kerana itu setiap Ikhwan mengambil berat soal memperbaharui wudhuk apabila terbatal walaupun di kala malam yang dingin menusuk tulang.”

Saidina Umar Al-Khattab RA : “ Sesungguhnya wudhuk yang baik, mengusir syaitan dari dirimu.”

Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.

Apa itu istighfar? Maknanya : Proposal atau “ Permohonan Ampunan kepada Allah SWT.”

Istighfar ini menunjukan kemampunan seseorang untuk mengenali kesalahan, dosa, dan kemaksiatan yang telah dilakukan. Kemudian, muncul perasaan menyesal dan tekad yang kuat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

“ Dan bersitighfarlah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Muzamil 73 : 20)

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada kita, sabda baginda :
“ Sesungguhnya hatiku selalu lupa, padahal aku beristighfar kepada Allah dalam sehari sebanyak seratus kali.”
( HR Muslim dan Abu Daud)

Perbaharui azam dan tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT

Saban hari, pastinya jiwa dan hati kita akan diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian dan cabaran. Dan semestinya, jiwa kita itu harus disegarkan dengan memperbaharui azam dan tekad agar ia tidak layu dan kendur.

Terus bersemangat dan mengobarkan cita-cita serta harapan adalah ciri yang harus pada ada seorang yang ingin melaksanakan tugas yang berat ini. Iaitu tugas mendaulatkan deen Allah SWT. Dengan sedikit kemampuan yang Allah SWT berikan kita boleh menyebarkan syiar Islam melalui pelbagai wasilah dan cara dengan kadar kepakaran serta kebolehan yang kita miliki.

Sentiasa ceria, bermanis muka dan berfikiran positif kerana itulah watak sahsiah seorang mukmin sejati.

Rasulullah SAW mengalakan agar budaya senyum itu dihidupkan oleh para sahabat dengan ungkapannya : “ Senyum itu adalah sedekah.”

Senyuman itu akan membahagiakan sesiapa sahaja yang melihat kita dan pastinya ia akan membenihkan bibit-bibit kasih sayang di dalam jiwa manusia. Sahsiah inilah yang harus dihidupkan bagi melahirkan masyarakat yang harmoni hidup berkasih sayang di bawah naungan Islam.

Seharusnya juga, seseorang mukmin memelihara kesentiasaan positif dan meninggalkan pengaruh yang baik terhadap individu disekitarnya.

Imam Al-Banna berkata : “ Orang soleh sentiasa meninggalkan pengaruh yang positif di mana pun ia pernah berada.”

Memelihara Diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana disitulah terletaknya nilai amalan di sisi Allah SWT.

Ikhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Firman Allah SWT :

“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah SWT mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
( Surah Al-Bayyinah 98 : 5)

Ibnu Qayyim berbicara mengenai ikhlas : “ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”

Penutup : Agar Jiwa Kita Sentiasa Terisi

Andaikata sudah lama kekosongan jiwa kita terlopong tanpa apa-apa sentuhan, maka marilah kita isinya dengan Super 10 ini. Ia akan benar-benar menjadi dan berkesan apabila kita sendiri yang melaksana sebagai agenda serta amalan kehidupan kita.

Ayuh, rakan-rakan – kita menjadi 10 amalan ini sebagai kekuatan diri kita dalam rangka menjadi hamba Allah SWT

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/