02 August 2013

Hormati Ulama, Jangan ada sifat sombong dan menghina Ulama.. Semoga Dijauhkan sifat terkutuk itu.


"Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hambahamba-Nya ialah ulama."(Fathir: 28)

"Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat. "(Al Mujadalah: 11)

"dan tidak ada yg lebih baik perkataannya daripada org yg menyeru mengesakan dan mematuhi perintah Allah, serta ia sendiri mngerjakan amal yg solleh.." fusilat 33

Sayyidina Hasan ra berkata, "andai kata tidak ada alim ulama, pastilah manusia akn menjadi seumpama binatang.."

Hormati Ulama, Jangan ada sifat sombong dan menghina Ulama.. Semoga Dijauhkan sifat terkutuk itu.

28 July 2013

:: Lukisan Alam ::


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat malam buat sahabatku semua,

:: Lukisan Alam ::

Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini:
"Ya Allah, janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata."

Mengapa? kerana diri kita lemah, ilmu cuma 'sekerat', kudrat kita terhad. Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri. Justeru, dalam doa itu Rasulullah SAW berpesan agar kita berserah dan pasrahkan hati serta diri kepada Ilahi.

Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi. Yang memberi ialah Allah dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka. Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya kita adalah yang manis-manis sahaja. Apatah lagi nafsu, ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabiinya.

Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stress, marah dan sedih. Itu perkara biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, "sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga."

Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk "bersahabat" dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya, kita rasa tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya, akur kepada Pencipta senja.

Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada kanvas kehidupan kita. Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah SWT. Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah. Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah jua. Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran. Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, "aku mengharap yang baik, Allah akan memberi yang terbaik."

Jika yang diharapkan terjadi, maka bersyukurlah. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka, maka bersabarlah. Belum tentu itu suatu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku, namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.

Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah. DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya kerana ilmu sekelumit cuma. Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih kita, maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului kemurkaanNya. Yang pahit itu akan menjadi ubat. Yang pedih itu akan menjadi penawar.

Jika itulah suara hati kita, 
mana mungkin kita gelisah, resah dan stress keterlaluan? 
Yakinlah, kita hanya hamba Allah dan pastinya.. 
Allah tidak akan mengecewakan kita !!

RESEPI JUS UNTUK PESAKIT GHOUT


RESEPI JUS UNTUK PESAKIT GHOUT
Kredit to Emorra Slim and White Series

1. JUS Tembikai
Bahan
...250 gram buah tembikai
Cara Penyediaan
Buah tembikai dipotong dan bijinya dibuang. Kemudian dikisar.
Minum sehari sekali, 2 – 3 jam selepas makan petang atau malam.

2. JUS Oren
Bahan
100 gram buah oren
Cara Penyediaan
Potong buah oren, buang bijinya dan kemudian kisar sehingga hancur.
Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau malam.

3. JUS Mangga
Bahan-Bahan
50 gram buah mangga dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Kupas mangga, buang bijinya dan potong dadu. Kemudian kisar bersama air yang dimasukkan sedikit demi sedikit.
Minum sekali sehari di waktu pagi atau tengahari (2 – 3 jam selepas makan).

4. JUS Pisang Embun
Bahan
125 – 130 gram pisang embun
Cara Penyediaan
Buang kulit pisang embun dan kisar isinya.
Minum sekali sehari, 2 jam selepas makan malam.

5. JUS Epal
Bahan-Bahan
120 gram epal dan 50 mililiterl air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah epal dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan tambahkan air, sedikit demi sedikit.
Minum sehari sekali selepas makan malam.

6. JUS Jambu Batu
Bahan-Bahan
100 gram jambu batu dan 50 mililiter air.
Cara Penyediaan
Bersihkan buah jambu batu dan buang bijinya. Kemudian kisar sehingga hancur dan lembut. Minum sehari sekali, 2 jam selepas makan pagi atau tengahari, atau malam.

7. JUS Betik
Bahan
130 gram buah betik
Cara Penyediaan
Kupas buah betik, buang bijinya, potong dadu dan kisar.
Minum sehari sekali, pada waktu siang atau malam (2 – 3 jam selepas makan).

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya. ALLAHUAKBAR.


Diceritakan oleh Syeikh Malik bin Dinar bahawa ketika beliau sedang makan di dalam rumah, tiba-tiba beliau terpandang seekor kucing datang meluru ke arahnya. Lantas mengambil seketul daging dari pinggannya lalu melarikan diri.

Beliau terperanjat melihatkan yang demikian. Walau bagaimana pun beliau terus bangun lalu mengikut dari belakang ke manakah si kucing tadi membawa seketul daging tersebut. Rupa-rupanya si kucing berlari sambil menggigit seketul daging menuju ke sebuah lubang. BIla sampai di depan lubang tersebut si kucing pun mencampakkan daging yang digigitnya itu. Lalu berundur sedikit ke belakang.

Tidak lama kemudian rupa-rupanya keluar seekor ular yang buta kedua matanya lalu memakan daging tersebut. 

Begitulah Allah SWT memberi rezeki kepada sekalian makhluk-Nya. ALLAHUAKBAR.

Kalam Ulama


Pendakwah terkemuka diBumi Malaysia, Kerajaan Malaysia perlu memberi penghargaan yang luar biasa kepada mereka, kerana mereka amat berusaha keras untuk membaiki ummat.. antara kalam kalam mereka... 

Kata Sheikh Nuruddin.. "Menang kalah, tidak luput dari takdir Allah. Sakit atau sihat tidak berganjak dari takdir Allah, Apa yg berlaku mesti ada hikmahnya! Kita punya prinsip, Allah yg Maha Kuasai atas segala sesuatau..Apa saja kehendak Allah, itulah yg terbaik bagi orang yang beriman dgn takdir Allah.. Org yg bersyukur dan bersabar akn berkumpul disyurga."

Kata Ustaz Azhar Idrus... "2 kompas terbaik bagi mendapat jalan kemenangan adalah Al Quran dan Sunnah, maka bila para ulama tafsir al quran dan Hadith, maka jadilah kitab tafsir, jadilah kitab-Kitab hadith, jadilah kitab-kitab fekah, jadilah syarah kitab kitab Hadith, maka ulama lah yang menunjukkan jalan kemenangan, pendek kata, duduklah majlis ilmu bersama Ulama' untuk dapat jalan kemenangan.."

Kata Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.. " Allah Maha mengetahui walaupun hanya sehelai daun yang jatuh dari pokok yang berada jauh ditengah tengah hutan, semuanya akan dapat diketahui Allah, Hadirlah ke suatu tempat bilamana kamu mengetahui mereka yang dekat dengan Allah swt hadir ke situ, kehadiran Para Ulama' umpama hujan yg menghidupkan hati-hati yang keras, yang perlu disirami dengan siraman kerohanian"

Kata Ustaz Don Daniyal... " Majlis ilmu agama adalah taman-taman Syurga, bila ditanya nak masuk Syurga atau Neraka? Semua kata nak Syurga tapi bila orang ajak mai Majlis pergi majlis ilmu, mula rasa malas nak pergi, Belajarlah adab kepada guru di masjid atau di surau, di mana penuntut ilmu duduk di bawah dan guru duduk di atas"

27 July 2013

"Bukankah anjing itu kepunyaan tuannya? Kenapa tidak engkau memanggil si tuan rumah untuk mengusir anjingnya itu...."


Diceritakan bahawa ada seorang murid yang telah tamat pengajian dengan seorang guru. Maka sebelum ia berangkat pulang ke kampung halaman, si murid meminta tawsiyah (pesanan) dari gurunya tentang bagaimana harus ia lakukan ketika menghadapi godaan nafsu & syaitan.

Si guru berfikir kemudian menjawab dengan memberikan sebuah perumpamaan. Dia menjawab soalan muridnya itu dengan melontarkan soalan: "Anakku, cuba bayangkan jika engkau diundang untuk bertamu di rumah seseorang. Ketika engkau tiba di depan pintu rumahnya, kau mendapati ada seekor anjing sedang menghalang engkau dari memasuki rumah itu. Katakan kepadaku apa yang akan engkau perbuat dengan anjing itu pada ketika itu?"

Jawab si murid: "Akan aku ambil batu dan lempar ke arah anjing itu agar aku mengusirnya". 

Tanya gurunya lagi: "Tapi jika setelah itu, dia datang lagi di hadapan pintu itu?" "Akan aku lempar lagi dengan batu yang kedua" jawabnya. Dan setiap kali gurunya bertanya soalan itu, dia memberikan jawapan yang sama. 

Maka sang guru pun berkata: "Kalau begitu, engkau akan menghabiskan masa dengan melempar batu dan anjing itu akan tetap kembali lagi. Engkau akan tertinggal jamuan yang engkau diundang kepadanya oleh si tuan rumah." Dengan kehairanan, muridnya pun bertanya: "Kalau begitu, bagaimana yang harus aku lakukan pada menurutmu, wahai guruku?"

Dengan tenang si guru memberikan suatu penyelesaian yang tidak terfikir oleh si murid tadi: "Bukankah anjing itu kepunyaan tuannya? Kenapa tidak engkau memanggil si tuan rumah untuk mengusir anjingnya itu. Si anjing pasti akan segera patuh kepada perintah tuannya tanpa perlu engkau bersusah payah mengusirnya dengan daya usahamu". 

Si murid termenung sejenak memikirkan jawapan gurunya. Gurunya menerangkan: "Begitulah hendaknya engkau ketika berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Nafsu & syaitan itu adalah ibarat anjing tadi. Ketika engkau sudah diundang untuk bertaubat kepada Allah, engkau akan mendapatkan anjing syaitan dan nafsumu di depan pintu rahmat Tuhanmu. Janganlah kau menghabiskan segenap tenaga untuk mengusir godaan-godaan itu. Mohonlah kepada Allah Yang Maha Menciptakan syaitan dan nafsumu itu agar diusir mereka, dan engkau akan dengan mudah dapat memasuki ke pintu rahmat dan keampunan Allah dengan pertolongan Allah سبحانه وتعالى. Itulah jawapanku bagi soalanmu tadi."

Terima kasih, Guru! 

Cerita di atas ini dipetik dari pengajian ringkasan Kitab Ihya' yang disampaikan oleh Tuan Guru kami, Al-Habib Umar Bin Hafiz (semoga kami mendapat manfaat dengan ilmunya) 

Benarlah ungkapan para Ulama: 
لولا المربي ما عرفت ربي
Lau-lal mu-rab-bi ma 'a-raf-tu Rab-bi

Kalau tidak kerana guru yang mendidikku, nescaya tidak akan aku kenal Tuhanku! 

Selamat beramal pada malam Pengampunan Maha Pengampun!
 

Renungan...


Renungan...

Kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam...tetapi kemudian ALLAH menguji lagi...kita kecewa dan harapan seolah-olah sudah hilang...

JANGAN SEDIH...

Selagi kita masih bernafas hari itu selagi itulah masih ada harapan, ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan...yang penting, jangan sesekali putus asa dengan kasih sayang dan Rahmat ALLAH Ta'ala....