07 April 2015

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

share dari link fb ~ Ringkas Tapi Sedap

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
15 biji cili api (ditumbuk halus)
2 senduk tempoyak (agak-agak, nak pekat letak lebih lagi)
1 biji timun cina (dipotong dadu)
2 ikat daun kesum
2 ikat bunga kantan
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam (ikut rasa)
gula (kalau agak terlalu pedas) (tak letak pun tak apa)

Cara-cara

1. Ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam.

2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biarkan selama 3 minit. Kemudian masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, jikalau terasa sangat pedas masukkan gula sikit.

3. Cadangan Hidangan: Sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan. Selamat mencuba.

4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap. Masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Cara Buat Shell Tart


Cara Buat Shell Tart

Bahan-Bahan:

100g Marjerin 
70g Butter
50g Gula Aising
1 biji Telur
290g Tepung Gandum
1 sudu kecil Esen Vanilla

Cara Membuat:

1. Pukul marjerin dan gula dgn menggunakan senduk kayu sehingga sebati (jangan putar lama sangat).

2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Kurangkan atau tambah tepung jika perlu.


4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat dengan padat supaya ia tidak mudah berderai apabila masak.

5. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar ( Terpulang pada anda )

6. Bakar pada suhu 160C selama 15 minit.

7. Sejukkan di atas redai sebelum di simpan dalam bekas kedap udara atau terus buat tart kegemaran anda.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Resepi Pulut Dakap


Resepi Pulut Dakap

Bahan-Bahan:

500 gm pulut – direndam dan dikukus
1 1/2 cawan santan pekat
Pisang raja secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
Daun pisang dilayurkan

Cara Membuat:

1. Kukus pulut hingga masak.

2. Santan dicampur dengan sedikit garam,kemudian digaul bersama pulut.

3. Letakkan pulut di atas daun pisang yang sudah dilayurkan.Pulut ditekan supaya rata.

4. Pisang yang sudah dibelah dua disalutkan dengan gula.Kemudian letakkan di atas pulut.

5. Balut pulut tersebut dan ambik 1 lagi pisang pulut yang telah dibalut dan dakapkan sekali.Ikat dengan tali.

6. Kukus selama 30-40 minit dengan api yang sederhana. Balik balikkan pulut tersebut supaya masak dengan rata.

7. Siap untuk dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

Kebaikan membedung bayi...

share dari link blog ~ http://thebabystore.com.my/Blog/Info/Kepentingan-Bedung-Bayi
Hari ini ramai ibu bapa yang baharu menimang cahaya mata mengadu si kecil cukup tidak suka apabila dibedung. Setiap kali dibedung pasti bayi akan menangis tanda tidak selesa atau mengeluarkan tangannya daripada bedungan.
Mungkin sebagai ibu bapa baharu, anda masih tidak mahir mengaplikasikan teknik membedung bayi dengan cara yang betul membuatkan si kecil jadi tidak selesa atau bedung tersebut mudah terbuka. Ada beberapa teknik yang harus diikuti untuk memastikan bayi selamat apabila anda mengangkat, mendukung atau membuainya ketika dibedung. Bedung yang tidak kemas akan membahayakan keselamatan bayi.
Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:
  • Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.
  • Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.
  • Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
  • Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
  • Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.
  • Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.
Ada dua jenis teknik membedung bayi.
  1. Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.
  2. Teknik moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.
- See more at: http://thebabystore.com.my/Blog/Info/Kepentingan-Bedung-Bayi#sthash.0Uz4TiL1.dpuf 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

05 April 2015

PETUA MELEMBUTKAN AYAM TUA

share dari link fb ~Legacy Secret Trading

PETUA MELEMBUTKAN AYAM TUA

Boleh cuba mana-mana cara berikut...
1. Lada hitam dan halia
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

2. Tempurung kelapa
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

3. Tebu
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

4. Biji selasih
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

5. Daun pisang abu
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

6. Air kelapa
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa. 

7. Pangkal daun nenas
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

8. Buah nanas
kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

9. Buah betik muda :
Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Selamat mencuba. 

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE

share dari link fb ~Kerja Dari Rumah

MARBLE CHOCOLATE CHEESECAKE


Bahan A


1 cawan gula pasir

1 cawan serbuk koko

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat

1 cawan minyak mazola

Semua bahan ini dicampurkan sekali dan digaul sebati dengan memasaknya di atas api perlahan sehingga gulanya larut. Kemudian, bila sudah sebati, biarkan sejuk dahulu.

Bahan B

3/4 cawan tepung gandum

1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat

1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Ayakkan semua bahan ini.

Bahan C

4 biji telur – dipukul sampai kembang

Bahan D

250 gm cream cheese

3 sudu besar gula halus

1 sudu kecil esen vanila

1 biji telur



Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus.

2. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang-seli. Kemudian gaul menggunakan senduk hingga sebati.

3. Dalam bekas yang lain, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Adun bahan-bahan ini hingga sebati.

4. Masukkan telur dan gaulkan di dalam bekas adunan tadi hingga sebati (tekstur berkrim).

5. Sediakan loyang yang siap digris dan lapikkan dalam loyang tersebut; kertas kalis minyak.

6. Masukkan adunan bahan A diikuti adunan bahan D secara berselang-seli ke dalam loyang tadi.

7. Kukus selama 1.5 jam atau sehingga masak. Sila tahan tangan anda daripada membuka tudung pengukus semasa proses mengukus terutamanya dalam 45 minit yang pertama kerana takut kek itu menjadi mendap kerana belum set.


Selamat mencuba ^^

blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/

01 April 2015

CONNIE'S DANISH HEIRLOOM LAYER CAKE

share dari link fb ~ Courtney Luper

My friend used to SELL this to Individuals, Restaurants and Coffee Shops, when she was young. People couldn't get enough of it!!

heart emoticon
CONNIE'S DANISH HEIRLOOM LAYER CAKE 
heart emoticon
So Light and moist ~ Not Too Sweet ~Perfect after a heavy meal!! 
This recipe is so different from any cake you have ever tasted!! Give it a try....I know you will love it!!

You can Freeze the layers easily and have a picture perfect cake ready at the drop of a hat!

Ingredients:
1/2 cup vanilla yogurt
1/2 cup sour cream
1 cup of sugar
pinch salt
1 egg
1/2 tsp. baking soda
1 tsp. baking powder
1 + 1/2 cups flour
1 tsp. vanilla
1 pint whipping cream - whipped and sweetened with 1 Tbsp. icing sugar
1 - 2 pounds sliced slightly sweetened strawberries - or fruit of choice

Directions:
In a medium bowl, mix together with a whisk or wooden spoon, yogurt, sugar, sour cream, egg, salt, baking soda, baking powder. Add flour and vanilla.
Grease or spray 3 - 9" layer pans and divide batter evenly between pans. (the batter will seem skimpy....but spread as evenly as you can with a spatula in each pan - layers will rise on baking).
Bake at 350 oven (325 if using Convection oven 325 oven) Bake for only 10 - 12 minutes....till Very Light Brown. Cool on racks...and remove from pans with a plastic spatula onto racks to finish cooling as soon as you can handle the cakes. 

IMPORTANT: Do NOT over bake!! If not using immediately - put wax paper between layers, cover with plastic and refrigerate or freeze till ready to assemble cake.
Layer cake layers: 1/3 sweetened whipped cream and 1/2 sweetened sliced strawberries, or fruit of choice - then 1/3 sweetened whipped cream and 1/2 berries. Last layer - just sweetened whipped cream. Decorate with berries.
This cake tastes even better the next day and the day after that....if there is any left!! The Trick is Not to Over bake the layers...or it will be dry and not nice and moist.
This will soon become Your Favorite Family Cake too!!

(¯`v´¯) 
`*.¸.*´
¸.•´¸.•*¨) ¸.•*¨)
(¸.•´ (¸.•´ .•´ ¸¸.•¨¯`•.•:*¨¨*:•..•:*¨¨*:•..•:*¨¨*:•..•...
┊  ┊  ☆ 
┊  ★
FRIEND OR FOLLOW ME! I am always posting awesome stuff! You can find me athttps://www.facebook.com/just1courtney
blog saya satu lagi boleh dilawati :  http://jasminshahab205.blogspot.com/