09 September 2014

6 pokok hiasan yang membersihkan udara

share dari link fb ~ Jom Tanam Sendiri

1. Buluh palma: Menurut NASA, ia menyingkirkan formaldahyde dan bertindak sebagai pelembab semula jadi (humidifier).

2. Lidah Jin: Ditemui oleh NASA bahawa ia mampu menyerap nitrogen oksida dan formaldahyde. Ia juga dikatakan dapat menyerap tenaga-tenaga negatif di sekelilingnya memberikan kesan ketenangan bagi yang berada berdekatan.

3. Palma Areca: Salah satu tumbuhan penulenan udara untuk udara sekitar.

4. Spider Plant: Tumbuhan indoor terbaik untuk menyingkirkan karbon monoksida (asap enjin) dan toksin-toksin lain atau pencemaran. Spider plants adalah salah satu dari 3 pokok disarankan oleh NASA dalam menyingkirkan formaldahyde dalam udara.

5. Peace Lily: Peace lilies boleh digelar “pembersihan-semua.” Ia selalu diletakkan di bilik air atau bilik basuh kerana ia terkenal sebagai tumbuhan yang dapat membuang spora lumut. Ia juga boleh menyingkirkan formaldahyde dan trichloroethylene.

6. Gerbera Daisy: Bukan sahaja bunganya mampu menyingkirkan benzene dari udara, ia terkenal meningkatkan suasana tidur dengan menyerap karbon dioksida dan memberi oksigen lebih ketika malam.

Pokok 2 & 4 paling mudah didapati di Malaysia. Apa kata ktia cuba beli dan letakkan di bilik kita?


Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/ 

No comments:

Post a Comment