29 September 2014

Terima Kasih AYAH (AL FATIHAH buat ayah dan ibuku)

share dari link fb ~Muhasabah DIRI



Dia orang pertama AZANKAN kita.

Dia orang pertama yang GELISAH.

Dia orang pertama SENYUM pada kita.

Dialah AYAH kita.

Hanya Satu di dunia.



Kasih seorang ayah .. 


Siapa ayah...abah...bapak...daddy...abi...walid??????

Salam...berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....

Bila mak tak tenteram ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah menenangkan mak..ayah tak kisah

Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah

Bila anak nangis, mak marah anak, ayah relax and coolkan mak balik...ayah tak kisah

Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.

Bila baju sekolah ngan baju harian dah buruk,ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah

Bila ayah lepaskan anaknya utk bernikah, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak tercinta...ayah tak kisah

Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang mak,ayah pendam rasa...ayah tak kisah.


Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, mak masak dapat pujian...ayah tak kisah

Bila anak berjaya dalam pelajaran, ayah nangis gembira di dalam bilik,tiada yg tahu...ayah tak kisah

Bila anak telefon duk cakap rindu kat mak, tapi langsung taknak cakap dgn ayah, ayah sedih tapi janji mak gembira...ayah tak kisah

Begitulah pengorbanan seorang ayah. Dia tak kisah bajunya carik, dia tak kisah badannya letih, dia tak kisah jika tiada yg merinduinya, dia tak kisah jika semua pujian dilemparkan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, cantik baju dan akhlaknya, agar isterinya bahagia, agar keluarganya hidup sempurna...ayah seorang jeneral yg tak pernah mintak balasan atas segala usaha murninya, jadi...sayangilah ayah kita sebagaimana kita sayangi mak kita...ayuh!!!


Diari seorang ayah.


YANG PENTING DOAKAN YANG TERBAIK BUAT IBUBAPA KITA


Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya, warhamhumma kama robbayani soghiro 


Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil
 

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/

21 September 2014

PUDING ROTI MABLE

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan

PUDING ROTI MABLE


1 paket agar2 tali (18g )
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cwan gula pasir
1/2 cwan susu pekat manis
1 tin susu cair
2 sudu mkn Mentega
3'1/2 cwan air
Perwarna merah
Sbuk koko / cocoa emulco (nk pkai slah satu bleh...nak pkai dua2 pon bleh)
~cuci agar2...tos airnye...rebus agar2, gula pasir dgn 3 cawan air...rebus sampai agar2 lembut dan cair
~blende roti, susu pekat manis, susu cair, 1/2 cwan air, telur...ktepikan dulu
~bila agar2 dah cair...masukan bahan2 blande tadi...gaul rata (jaga2 api ye..guna api sedang je) tunggu smpai mdidih...masukan mentega gaul smpai mentega cair...padam api
~bahagikn kepada 3 adunan
~ambil 1 adunan...bubuh pwarna merah
~ambil lagi 1...bubuh koko (klu guna serbuk koko pastikn bancuh dulu dgn 1 sudu kcil air suam...sbb xmahu ketul2 nanti)
~1 adunan lagi...biar kaler asli
~ambil loyang...bubuh 1 senduk kaler asli pastu bubuh plak kaler merah dan sterusnye kaler coklat....lapis2kan dia...buat smpai habis...proses ini perlu dlakukan dgn cepat ye...ok siap....masukan dlm peti...nyum2 hihiii



Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/ 

Perkongsian sedikit tips membaiki singki yg tersumbat.

 share dari link fb ~Hanisah Mohamad added 3 new photos.
Perkongsian sedikit tips membaiki singki yg tersumbat.. bahan2 nya senang n murah sahaja..sure semua mama n mami boleh buat..xperlu tgu tukang plumper..InshaAllah. .
1. Garam, kalau boleh garam kasar utk effect yg bagus..hihi 
Harga nya - rm1.80 je sebungkus

2. Clorox/cuka.. Harganya - rm5.50 sebotol kecik.. klu ade clorox lg bagus..
3. Air panas..
Okey..cara-caranya..
1.Taburkan garam kt lubang singki tu
2. kemudian tuangkan clorox untuk mencairkn garam tadi..
3. Kemudian Tuangkan air panas satu jug dulu..
4. Biarkan bahan2 sebati dlm lubang singki dahulu sehingga 10 - 20minit lebih kurang..
5. Kemudian ulang balik semula dari step no 1 - 4..

Buat dlm 3 kali.. InsyaAllah menjadi..
Klu ade ibu2 yg dh cuba bolehla kongsi resultnya nanti macammana ya..
Alhamdulillah setakat ni saya buat menjadi.. bila buat kali ketiga, air mengalir macam singki baru lajunya..hoho selamat mencuba.. hope membantu..


Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/

Petua Untuk Menghancurkan Batu Karang

share dari link fb ~PenMerah [dot] com

Petua Untuk Menghancurkan Batu Karang

Pilihan 1: Kisarkan bawang merah untuk membuat jus dan tambahkan sedikit gula. Amalkan meminum jus bawang selalu. Ia akan menghancurkan batu karang dan akan keluar melalui air kencing..

Pilihan 2: Amalkan meminum 50 gram jus bawang pada waktu pagi semasa perut kosong. Ia pasti akan memecahkan batu karang.

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/ 

kuih tepung gomak

share dari link fb ~PenMerah [dot] com


kuih tepung gomak


Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:


1. Basuh dan toskan kacang hijau.

2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.

3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.

4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.

5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.


Bahan inti:


1 biji kelapa parut

200g (2ketul) gula melaka atau gula merah

1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa

1 sudu besar tepung gandum

Secubit garam

1 helai daun pandan

Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.

2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.

3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut

Sedikit garam

Air secukupnya

Cara penyediaan:


1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.

2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.

3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.

4. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.
 

Blog saya satu lagi yg boleh dilawati: http://jasminshahab205.blogspot.com/