no.1... ambil sejemput adunan ni
no2... panaskan pan.. kemudian alihkan pan ni ke tempat lain tuk kurangkan panaskan supaya jari tak panas masa nak oleskan nanti
no.3... buat dr luar dulu kemudian baru abiska yang dalamnya
no.4 mcm ni..buat nipis je ye
no.5 panaskan balik kulit popia ni sekejap je
no.6..dah siap boleh dilapis2 ye insyaallah tak melekat
no.7 semua bahan2 dah ada
no.8 sayur rangup..lepas masukkan bawang ayam udang saya masukkan sayur sekejap je..utk mendapatkan hasil yangrangup..
no.9 sambal
no.10... sapukan sedikit sambal pada kulit popia...kemudian masukan bahan sayur dan bawang goreng
utk hiasan saya taruk sambal udang tadi kat luar..buat cair sikit dr yang dlm dan ditabur dgn bijan bakar, bawang goreng dan kacang tumbuk... selamat mencuba
siap utk di makan :)
share dari link fb ~ Tahrunnisah Jali
Popia Basah yang superb ni mmg sedap..kerangupan sayuran bila digigit dengan rasa sambal udang ni membangkitkan selera... anak2 pun suka..ingat budak2 kurang ngan kuih mcm ni... jazakillahu khairan pada kak umie myresipi atas resepi ni... cuma saya olah sedikit cara pembikinannya...supaya jari jemari tak terbako..insyaallah. (rujuk gambar step by step)
Bahan untuk kulit*
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering + saya tambah sedikit isi ayam dihancurkan
garam secukupnya
minyak untuk menumis
**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
Bahan untuk sambal***
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.
Cara-cara
1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper yang di panaskan dulu
kemudian alihkan ketempat lain biarkan sekejap supaya pan tu kurang sikit
panasnya.. (contoh seterusnya - lihat gambar)
4. buat dari arah jam
5. mulakan dari tepi iaitu bahagian luar dulu
6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
7. setelah rata - bulat ..letak balik pan atas dpur biarkan sampai tepung masak sebentar
8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
11. lipat macam biasa dan gulung
12. sedia untuk dimakan
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://jasminshahab205.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment